terhebat dari ...piouSpdosH..

Thursday, 21 April 2011

BERLAPANG DADA MENERIMA KRITIKAN #1

assalamualaikum wahai reader sekalian..

dalam dunia nie.. tak semua orang boleh terima kritikan kan.?? lagi-lagi bila kritikan yang kaw-kaw punya.. takpe.. mula-mula memang camtu. tapi kita kene ubah sikap kita tue.. ada caranya macam mana nak jadi seorang yang boleh menerima kritikan...

1. RINDUILAH KRITIKAN DAN NASIHAT

> sepatutnya kita perlu rindu menjadi orang yang perlu diperbetulkan dan rindu untuk dinasihati.. tanamkan persepsi yang baik terhadap kritikan dalam diri kita bahawa kritikan itu bagus.. kritikan adalah kunci kejayaan, kemajuan menaikkan prestasi, darjat, dan kedudukan yang lebih baik...

2. CARI DAN BERTANYALAH

> berlajarlah bertanya kepada orang lain dan menerima segala saranan yang diberi.. carilah teman yang mahu jujur untuk saling memperbetulkan.. bertanya akan kekurangan diri kita pada orang yang dekat dengan kita.. 

3. MENIKMATI KRITIKAN


> persiapkan diri kita untuk menerima kenyataan bahawa pembetulan itu tidak selalunya sesuai dengan keinginan kita. adakalanya isinya betul tapi caranya salah.. takde kerugian pun bila diperbetulkan.. jadi bila ada yang menkritik cuba jangan memberikan komen, jangan memotong percakapan dan jangan membantah.. belajar untuk berdiam dan menjadi pendengar yang baik..

4. SYUKURILAH

> jangan beri sebarang komen kecuali ucapan terima kasih kepada pemberi kritikan.. tunjukkan wajah yang bersungguh-sungguh dan penuh perhatian.. sertakan namanya dalam doa kita terutama bila kita ingat akan kebaikan yang pernah diberikan..


* ada sambungan.. haha.. malas nak taip panjang-panjang.. korang bukan nak baca pun panjang-panjang




8 pengondam setia:

risa said...

kritikan2 tu kengkadang boleh menjadikan kite lebih matang kan

Lydia Miza said...

kadang2 panas vontot gak bila dgr kritikan tu atq..tp jika ia betul..patut di ambil kira dan bg perhatian.

Fifi Qhidal said...

kadang kadang kritikan itu boleh menjatuhkan kite kan .

so kena pandai la balance kan .

hihi^^

forever love said...

risa : yup.. sebab tue kita perlu amik kritikan tersebut

forever love said...

Lydia Miza(Aidyl Azim) : betul tue ummi.. tak semua benda yang kita buat betul..

forever love said...

cik fai: sebab die tak amk sebagai cabaran.. sebab tue dia anggap macam menjatuhkan die

Qaseh Dalia said...

kritikan membina lebih mulia dari kritikan yang lansung tiada apa untuk dikagumi

forever love said...

Qaseh dalia adelia: betul.. dah kene kritik tue.. kene la pikir mana yg elok diambil.. mana yg perlu dibiarkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...