terhebat dari ...piouSpdosH..

Thursday 26 November 2009

KUIS BALAS BALIK (KPT LULUSKAN KENAIKAN HARGA YURAN)

Kenaikan yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dibuat selepas persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata seorang pegawainya.

"Isu kenaikan yuran, kita ikut KPT. Sebarang kenaikan setiap yuran akan dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah (KUIS) dan mendapat persetujuan mereka.

"Kadar yuran yang dikenakan, telah dipersetujui oleh kementerian. Sebarang kenaikan, kita kena mohon kepada KPT," kata eksekutif pemasaran kolej itu Raja Nor Ashikin Raja Ramli kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan kira-kira 40 pelajar KUIS yang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin yang menggesanya campur tangan berhubung isu kenaikan yuran pengajian peringkat diploma dan ijazah.

Mulai 2007, pelajar diploma membayar RM2,500 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM1,000. Manakala pelajar peringkat ijazah sarjana muda membayar RM5,000 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM2,500.

Raja Nor Ashikin juga berkata, Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Mahasiswa KUIS Mohd Khairi Hussin pernah mengadakan pertemuan dengan pelajar pada 10 November lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu kenaikan yuran pengajian.

Bagaimanapun pegawai pemasaran itu tidak pasti dengan hasil dialog tersebut – yang turut disertai oleh kumpulan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang ke pejabat menteri besar itu.

Tambahnya, KUIS juga memberi diskaun yuran pengajian kepada pelajar cemerlang yang mendapat jumlah markah purata terkumpul CGPA sebanyak 2.8 ke atas.

"Kita juga mengenakan yuran diskaun, bagi pelajar yang cemerlang, iaitu mengurangkan yuran pengajian mereka.

"Sebagai contoh, pelajar yang mendapat jumlah mata 3.5 ke atas, mereka diberi yuran diskaun sebanyak 15 peratus.

"Pelajar yang mendapat mata 2.7 ke bawah, tidak ada potongan," katanya.

Pegawai KUIS itu juga berkata, insitutusi juga turut mencetak dalam borang permohonan mengenai struktur yuran bagi kedua-dua peringkat untuk diisi oleh pemohon.

"Kami tidak ada apa-apa yang hendak disorok," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas memorandum tersebut petang ini, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan bebanan yuran pengajian setelah mendengar penerangan daripada kedua-dua pihak.

"Kita akan dengar bukan sahaja daripada mahasiswa KUIS, tetapi mahasiswa lain juga, kita akan dengar.

"Mereka mesti mempunyai alasan yang munasabah yang mereka akan utarakan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam petang ini.

"Kerajaan negeri prihatin dan cuba untuk menyelesaikan masalah (ini), di samping cuba memikirkan kerana pengajian tinggi ini memerlukan dana-dana yang banyak, antara dana yang diperlukan adalah kutipan yuran tersebut".


GMS HANTAR MEMORANDUM KAT SUK

Sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut.

Kolej tersebut, yang terletak di Bandar Seri Putra, Bangi, milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Memorandum itu diserahkan oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) di kolej berkenaan Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil kepada ketua setiausaha sulit menteri besar, Norzatun Aini Mohd Kassim di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam jam 3.30 petang ini.

Ahmad bersama kira-kira 40 pelajar KUIS tiba di bangunan SUK setengah jam lebih awal untuk menyerahkan memorandum itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas penyerahan itu, Ahmad berkata Norzatun Aini berjanji akan akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri besar untuk perhatian lanjut.

Menurutnya, sejak 2007, yuran pengajian dinaikkan lebih 100 peratus bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran berbanding tahun sebelumnya.

"Sebagai contoh, pelajar diploma Syariah membayar RM45 untuk satu jam kredit pada 2006. Tetapi ia dinaikkan sebanyak RM95 pada 2007.

"Ini bermakna, pelajar diploma membayar kira-kira RM1,500 semester pada 2006. Selepas kenaikan itu, mereka kena bayar kira-kira RM2,500 pada 2007," katanya.

Menurut Ahmad, rata-rata pelajar pengajian diploma menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM4,000 setiap semester.

Setelah ditolak beberapa pembayaran lagi seperti yuran kediaman, sukan, insurans takaful, seseorang pelajar menikmati baki antara RM400 hingga RM500 setiap semester.

Pelajar peringkat ijazah pula, katanya, terpaksa menanggung beban kenaikan RM105 bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran kepada RM255 pada 2007 berbanding tahun sebelumnya.

Akibat kenaikan itu, tambah Ahmad, ada antara mereka yang terpaksa membayar yuran pengajian kira-kira RM5,000 semester, sedangkan menerima pinjaman kira-kira RM8,000 daripada PTPTN.

"Baki pinjaman itu pula perlu digunakan untuk membiayai perbelanjaan seharian selama empat bulan berikutnya dan ini membebankan pelajar dari keluarga berpendapatan yang rendah," tambahnya.


Wednesday 25 November 2009

fikir-fikirkanlah



kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak.

.....Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..


keluasan api neraka

(dipetik dari kitab TANBIHUL GAHAFILIN "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun
yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..


Manusia , Malaikat , Syaitan .....


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


azab tinggalkan solat



Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Dzuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya..

Ashar: Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan..

Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isya: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

Monday 23 November 2009

pendekatan 7P dalam mendidik anak-anak



PERHATIAN :
anak-anak perlu diberi perhatian dari segi makan minum, kesihatan, pergaulan dan sebagainya

PUJI & PELUK :
sentiasa memuji & memeluk anak agar mereka rasa di hargai dan rapat dengan ibu bapa. pelukan ini juga dapat merapatkan lagi hubungan.

PENDIDIKAN :
pendidikan yang sempurna

PUKUL :
sekiranya anak-anak bersalah, pukullah anak-anak dengan niat kerana Allah. pukul bukan niat mendatangkan kecederaan atau mengikut emosi marah.

PUJUK :
apabila dipukul @ dimarahi,cubalah pujuk kembali agar anak-anak terasa mereka masih disayangi.

PENGHARGAAN :
beri penghargaan kepada anak-anak sekiranya berjaya atau melakukan kebaikan

PERIKSA :
selalu periksa e-mel, telefon, beg sekolah untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anak.



Saturday 21 November 2009

CALCULATE YURAN ANDA

alam,

Isu demo pelajar kuis menuntut pihak pengurusan KUIS menurunkan yuran menarik pihak blog mahasiswa kuis kisdar untuk memneri pandangan, Apabila dilihat kepada sepanduk- sepanduk yang ada.... boleh lah di simpulkan pelajar memang marah...hingga terpaksa menjaja terpaksa makan mee maggi untuk meneruskan hidup tetapi..percayalah mee maggi telah menjadi makanan rugi pelajar IPT dari era 90 an lagi. Pengalaman sahabat2 yang pernah belajar di itm yang yurannya hanya RM90 satu semester dan maknanya pulak 3 kali sehari FOC pun masih makan mee maggi...

Isu yuran naik sebenarnya tak timbul kerana kalau nak dilihat kenaikan kos bukan sahaja melibatkan yuran tetapi..semua benda naik bila petrol naik...jadi bukan nak mengaitkan kenaiknan yuran dengan petrol tapi nak mengatakan semua barang naik harga. Kenaikan yuran kuis rasanya berlaku dari masa ke semasa...memandangkan kenaikan kos..dan disamping nak menyerapkan kos operasi dan kos pembangunan.

Menuduh individu dalam JPM (Jabatan Pembangunan Mahasiswa) menyeleweng duit yuran adalah satu tuduhan yang bertaraf lawak antarabangsa, Pihak JPM tidak terlibat dalam dasar menentukan jenis yuran, jumlah yuran atau mengutip yuran. Dasar kenaikan yuran adalah hasil perbincangan pihak pengurusan termasuk Presiden/Rektor dan di bawa kepada mesyuarat Ahli Lembaga KUIS (BOD) sila lihat senarai BOD KUIS , setelah diperkenankan oleh BOD pihak pengurusan akan memohon pula perkenan pihak Kementerian Pengajian Tinggi setelah kelulusan dari pihak KPTT diperolehi barulah yuran baru tersebut di kenakan kepada pelajar. Pihak pelajar sepatutnya ambil tahu berkenaan yuran mereka..sila rujuk senarai yuran di sini .Yuran terbahagi kepada beberapa jenis...yuran pendaftaran RM1060.00 dikenakan sekali sahaja sewaktu pendaftaran. Yuran ain adalah berlaian mengikut program dan semester. Setiap semester yuran adalah berlainan bergantung kepada jumlah kredit yang di ambil

KUIS mengamalkan konsep yuran yang berasaskan kredit jadi jika lebih banyak kredit diambil untuk setiap semester lebih tinggi yuran yang dikenakan, namun jumlah kredit untuk sesebuah program adalah tetap..jumlah minimum kredit untuk sesebuah program Diploma dalam 90 jam kredit dlm masa 3 tahun

Di KUIS setiap jam kredit bagi subjek bukan multimedia adalah RM95.00 dan bagi subjek multimedia RM100.00 manakala bagi pelajar antarabangsa yuran subjek bukn mutimedia adalah RM 125 manakala bagi multimedia RM 130

JIka pelajar Diloma cthnya jumlah kredit semester satu adalah 18 jam kredit
1. Subjek 1 = 3 jam kredit (bkn multimedia)
2. Subjek 2 = 3 jam kredt (bkn multimedia)
3. Subjek 3 = 4 jam kredit (multimedia)
5. Sbjeck 4 = 2 jam kredit ( bkn multimedia)
6. Subjek 5 = 2 jam kredit (multimedia)
7.Subjek 6 = 3 jam kredit (multimedia)
5. Subjek7 = 1 jam kredit (bkn multimedia)

Jadi jumlah yuran pengajian SAHAJA
Ialah :
subjek 1 3x 95 = 285
subjek 2 3x95= 285
subjek 3 4x100 = 400
subjek 4 2x95= 190
subjek 5 2x100 = 200
subjek 6 3x 100=300
subjek 7 1x95= 95
jumlah yuran pengajian sem 1 = 1755

Yuran Peperiksaan + yuran perpustakaan + tabung infak + yuran asrama

Yuran asrama adalah berbeza mengikut jenis bilik..KUIS, kerajaan negeri (dahulu) dengan kerjasama swasta telah membina asrama taraf pangsapuri untuk keselesaan pelajar bagi mengganti asrama ikan sardin (pernah masuk paper jugak). Caj asrama adalah berbeza untuk setiap type...dan yuran dikira adalah mengikut hari kuliah. Jumlah kuliah setiap semester minimum 140 hari..jadi jika pelajar tinggal di asrama RM 6 sehari jumlah yuran asrama adalah 6 x 140 RM 840, jika tinggal dibilik RM 11 sehari jumlahnye RM1540 satu semester.

kalau tinggal di asrama ikan sardin RM 4 sehari x 140 = Rm560.00


Jadi yuran setiap semester memang berbeza..mengikut jam kredit...jadi jika ada perbezaan yuran untuk setiap semester ia bukan lah kenaikan tetapi perbezaan jumlah jam kredit yang diambil..samaada pertambahan atau pengurangan subjek dibuat yuran tetap berlainan mengikut jumpah kredit diambil...

contoh semester satu 7 subjek 18 jam kredit , manakala semester dua hanya 5 subjek tetapi jumlah jam kredit 20 jam kredit , akan menyebabkan pertambahan yuran bukan KENAIKAN YURAN.


apapun pelajar semua tepuk dada tanya lah pengetahun matematik anda....

bagi pendapat sikit...

ASSALAMUALAIKUM...

aku nk tanya la kat kowg2 semua...pembaca blog aku..pe pendapat kowg mengenai DEMOSTRASI yang dilakukan oleh segelintir masyarakat KUIS yang B******..???

coz..aku rasa..aku nie da cukup didedahkan oleh orang yang rapat ngn aku cara2 company nak amk pekerja diowg..terlalu cukup..

so..ak nk tanyalah pendapat kowg lak...

dan sebenarnya..aku tahu cerita sebenar dan latar belakang owg2 kuat pembuat demostrasi tue...

wasalam...

Thursday 12 November 2009

GERAKAN MAHASISWA SEDAR HARAM

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara setelah lama xupdate..

pada post blog yang lepas..saya memang menyokong Gerakan Mahasiswa Sedar atau lebih dikenali dgn GMS..cara sokong dengan apa yang diperjuangkan,tetapi tidak menyokong dengan cara perjuang mereka..

mmg dengan cara demonstrasi dapat mempercepatkan tindakan,tapi perlu ke sampai panggil media,wartawan..??perlu ke semua tue...?? cukuplah sekadar orang dalaman KUIS sahaja yang mengetahui kenaikan yuran ini..tidak perlulah dihebahkan keseluruh malaysia..

sekarang nie, dah banyak kesan buruk yang diterima KUIS..terutamanya pelajar2 yang bakal graduate tak lama lagi..kesianlah kat mereka yang ditolak biasiswa, di tolak tempat prktikal dan seerti dengannya..xde berperikemanusiaan langsung..

kalo GMS betul2 berani, bersihkan nama KUIS melalui media juga..mintak maaf kat owg2 yang teraniya melalui media..terutamanya PENSYARAH-PENSYARAH yang telah menitiskan airmata kerana perkara ini..

pikirlah mana yang baik, mana yag buruk...student2 sini dah besar pun masing2..da boleh kawin pun...

terima kasih kat MAjlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) kerana telah menerangkan kenapa terjadinya kenaikan yuran..walaupun ada student yang tak puas hati kerana kenapa bukan pihak pentadbiran yang menjawab segala tuntutan yang telah dibuat oleh GMS..terima kasih sekali lagi...

pikir-pikirkanlah dan selamat beramal...

wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...