terhebat dari ...piouSpdosH..

Monday, 20 June 2011

UIA Bakal Jadi Sarang Pelacur

assalamualaikum wahai reader sekalian...


jangan marah atq.. jangan cepat melatah.. atq terjumpa note kat FB tadi... tapi apa yang atq baca.. harapnya tidak la ye... mintak dijauhkan..

jom baca apa yang die tulis..

Saya merupakan seorang pelajar master jurusan IRK di UIA. Sebelum ini mengambil jurusan Usul Fiqh di sebuah universiti yang lain. Sebelum berpijak kaki ke UIA, saya dikhabarkan dengan bermacam-macam cerita menarik dan biah solehah yang menyejukkan hati saya mendengarnya.

Di UIA, ada banyak kuliah agama dan kelas pengajian kitab di luar kelas. Pelajar perempuan semuanya menutup aurat dengan baik dan sempurna. Ramai yang bertudung labuh. Muamalat antara lelaki dan perempuan sangat dijaga sehingga Pak Guard akan menyaman sesiapa yang berdua-duaan di mana-mana sahaja.

Setiap kali masuk waktu azan solat 5 waktu, pelajar-pelajar khususnya lelaki akan memenuhi saf-saf solat di masjid dan juga musolla mahallah. Kegiatan dakwah juga aktif dilakukan oleh kumpulan-kumpulan dakwah yang diiktiraf oleh UIA mahupun tidak. Maka hati saya terpanggil untuk meneruskan bidang pengajian saya di universiti Islam ini. Terbayangnya zaman kegemilangan pemerintahan Islam dahulu kala sepanjang perjalanan ke UIA.

Setelah beberapa bulan menjadi pelajar UIA yang sah, semuanya bagai neraka.

Pelajar UIA Dan Hidup Mereka

Lebih kurang separuh pelajar UIA yang berlatarbelakangkan sekolah agama dan separuh lagi dari sekolah harian biasa. Itulah maklumat yang saya dapat, namun tidak mendapat kepastian yang sahih. Namun, semuanya kelihatan sama, bahkan tidak menampakkan sedikit pun ciri-ciri seorang pelajar yang mempunyai asas agama.

Pelajar UIA tidak seperti disangka. Aktiviti menghisap rokok dalam kalangan pelajar lelaki amat sedih, boleh dikatakan seluruh pelusuk UIA menjadi sarang lepak penagih rokok. Sedikit pun tidak tercampak rasa malu atau takut untuk melepaskan asap masing-masing. Kehidupan mereka bebas untuk berbuat apa sahaja. Saya sangat takut kelamaan ketagihan dadah pula menjadi aktiviti utama dalam UIA. Pemakaian seluar pendek pula sudah menjadi kelaziman dalam kawasan mahallah.

Pelajar-pelajar perempuan pula seolah-olah lebih teruk berbanding minah-minah rempit. Mereka merupakan golongan terpelajar dan tahu hukum-hakam agama, namun dalam beratus-ratus berpakaian jubah dan tudung labuh masih beribu-ribu lagi yang memakai baju dan seluar ketat serta tidak bertudung. Memang benar! Pemakaian tudung di dalam kampus UIA sudah lagi tidak diutamakan. Pameran rambut boleh dilihat di mana-mana sahaja dalam UIA.

Islamization? Couple masih berleluasa di dalam UIA. Tidak perlu bercakap soal couple, cukuplah dengan iktilat yang tidak terjaga antara semua pelajar. Mungkin mereka ingat universiti ini seperti kolej di Amerika Syarikat atau London. Anda mungkin boleh mengintai sebagai bukti kata-kata saya ini di kafetaria kuliyyah IRKHS, kelas-kelas, sekitar bangunan Admin atau bangunan Rektor, sekitar Centre berhampiran Masjid UIA, dab banyak lagi. Baru-baru ini pun telah gempar di KAED sepasang kekasih ditangkap kerana sedang beromen. Sedih!

Bebasnya UIA, pelajar-pelajar perempuan tidak malu lagi untuk berada di mahallah lelaki walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Tidak percaya? Bolehlah selidiknya setiap malam di kafetaria Mahallah Ali atau tanya sendiri mak cik kafe. Jika perempun begitu, apa lagi lelaki. Anda juga boleh lihat setiap malam si lelaki menghantar kekasihnya sehingga ke dalam mahallah. Bebasnya!


panjang lagi die tulis.. atq bagi sebahagian jela.. [READ MORE]

hope apa yang atq baca nie.. tak betul.. dan tak mungkin akan berlaku... nauzubillah mi zalik..

18 pengondam setia:

fRaMe+LenSeS said...

nama islam bukan bererti Islam sebenar2 dalam istilah islam kan? actually betul tang bab berada kat mahalah tu.

Unknown said...

Nau'zubillah..T_T

forever love said...

fRaMe+LenSeS: sekarang nie cmtuela.. nama je islam.. tapi tak mengamalkan islam tersebut

forever love said...

mynameismy: hurmmmm...

waniey said...

hhmmmm

farasakura said...

banyak da kes cmni...bkn u ni jer..

Unknown said...

Biar betul?? Urm, tp atul ada jgk dgr mcm ni.. Tp tak tahu lah betul ke tak..

bantalbucuk said...

memang betl pon semua u sebenarnya lebih kurang macam ni..cuma UIA yang selalu dibangkitkan dengan cerita macam ni sebab orang tau tu universiti yang penuh dengan keislaman..

Razil Tahir said...

ye ker?
baru tahu...hu..

Fasihah Supian said...

saya baru kupas nota ni tadi...hurm...kalau org yg tak tahu pasti akan terima bulat2, tp, please lah, everywhere, benda macam ni memang ada, mana ada yang perfect, mungkin sebab UIA, jd dia nak highlight berlebih-lebihan, gaya dia macam lgsg xada yg baik uia nie....kecewa betul.

Anonymous said...

http://www.kaizenshinobi.com/2011/06/dakwaan-melampau-uia-dituduh-bakal-jadi.html

Qaseh Dalia said...

hurm maybe segelintir tapi ntahlah .. kita pun xnampak kan .. wallahualam

forever love said...

Qaseh dalia adelia: sama la macam peribahasa..

kerana nila setitik.. rosak susu sebelanga..

husnaradzi said...

betul sgt lah kot. tgk je lah sesetngah student uia skarang . blogger pon ramai kan uia. tgk je lah sikap dorang . tu bru sikit . yang lain tu camna . ini bukan tuduhan tapi kenyataan .

sgt paham entry ni bukan nak tuju utk semua pelajar uia tp sesetnagh plajar uia yang perangai mcm tuh . so buat apa nak marah org yg tuduh camtu kalao bukan anda yang buat kan .

nauzubillah sama2 lah doakan yang terbaik buat universiti islam kita .

Anonymous said...

bukan untuk menutup kesalahan tetapi sekadar ingin berkongsi....uia asasnya yea islamik...tetapi yang masuk belajar di ctu adalah pelajar dari pelbagai latar belakang....jika dibandingkan dengan u lain,uia masih ada mengamalkan ciri2 islam walaupun pada hakikatnya banyak kelemahan...manusia tidaksemuanya sempurna....segala-galanya bermula daripada diri pelajar itu sendiri...wallahua'lam...

Anonymous said...

penat sebenarnya jd student uia. walaupun dh kerja bertahun, title student uia masih lg ada. Walaupun aku bukan dr kulliyah irk, tp bila ada kemusykilan agama, org akan tny aku. blk kg pun sama. Penampilan kena jaga, pergaulan kena jg. sbb org sekeliling pandang aku student uia. penuh islamic.

Utk pengetahuan. Tudung wajib dipakai oleh semua student n staff uia di dlm kawasan UIA sahaja. kalau bukan Islam wajib pakai scarf utk tutup kepala.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Ini hanyalah pendapat saya dan ini persepsi dr aspek sy sbg geng seluar pendek dan tudung singkat.
Saya rasa artikel yg ditulis oleh bro ini tidak bertujuan untuk mencari publisiti mahupun agar semua mata tertumpu padanya. Cuba bersangka baik.. selemah-lemah ukhuwah ialah dgn bersangka baik.

okey,deal?
Saya rasa,dari aspek yg lain. Penulis berjaya mencipta sesuatu yg membuatkan kita semua utk duduk berbincang ttg isu ini. Isu ini bukan hanya melibatkan UIA sahaja,tetapi semua IPT di Malaysia. Namun, UIA dijadikan subjek utama kerana penulis sendiri belajar di sana dan UIA sebenarnya memang diletakkan kepercayaan yg tinggi.

Cuba lihat perbualan di bawah.
Person A : hang study kat mana?
person B : UIA.
Person A : wow,bagusnya!!!

See, this is how people believe about UIA.
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA!
Tanya saja sesiapa pun, konfirm mereka akan expect UIA adalah pusat pertarbiyahan yg paling baik dan semua ibu bapa nk anak2 mereka belajar di sana. Nak salahkan siapa? Salahkan semua pihak,bukan sebelah pihak sahaja.

ALL ARE INVITED!
Pada artikel yg menjawab note di FB ni, memang semua poster2, iklan2 atau wadah2 yg dicanangkan di UIA menjemput semua lapisan pemikiran. Ya, anda menjemput golongan malaikat, sparuh malaikat, sedikit malaikat dan geng seperti sy yakni geng seluar pendek dan tudung singkat.
Tetapi, geng mcm sy ni dtg ke?
kalau dtg pun kerana ada jamuan makan,then say what? Berambus.
Kenapa? Kerana aktiviti yg dianjurkan tak lain dan tak bukan ialah forum, ceramah, kem kerohanian, aktiviti kemasyarakatan, dan pelbagai lagi yg pastinya membuat geng sperti sy hanya lihat dr jauh.
Kenapa? Kerana pemikiran puak2 yg ada jawatan dlm kelab islami ni tak pernah berfikir di luar kebiasaan . Asyik2 nk buat program2 yg mcm tu. Geng2 mcm kami bukan tak tahu, kami tahu. Cuma kami malas nk buat dan kami malas nk praktikkan.
Cuba kalau puak2 yg pegang jawatn dlm kelab2 islami ni buat somthing different.
buat program futsal ke, battle of the band ke, perkemahan ke... dan selitkan unsur2 dakwah dlm progrm2 mcm ni. Jarang dan SANGAT SUSAH nk jumpa aktvti berunsurkan hiburan dan riadah spt ini dianjurkan oleh kelab2 islami.

Anonymous said...

Contoh aktiviti yg dicadangkn ialah,buat program futsal dr pagi hngga maghrib, dan bila tiba waktu solat ajak mereka ke surau dan masa tu,sorg amik peranan utk sampaikan tazkirah ringkas manakala yg lain ambil peranan laksanakan dakwah fardiah. See,senang ja.. Cuma puak2 yg pegang jawatan ni malas nk main peranan.
Yeap,anda korbankan masa anda dan waktu study anda. Anda nk berkira/mengungkit ttg waktu atau masa yg dah dikorbankan? Habis,kenapa pegang jawatn dlm WUFI dan sebagainya? Bila anda menjejak hati anda untuk memegang jawatn dlm WUFI/ kelab2 islami yg lain, anda telah redha bahawa anda akan kehilangan waktu utk diri sendiri. Kalau nk berkira, lepaskan jawatn tu! Bagi org yg lebih komited dan berwawasan selain dr anda.. !
Ini pandangan sorg sahbat saya dan terbukti benar..!
ape yang ana lihat lemahnye pendekatan dakwah. kita perlu masuk dengan cara yang berbeza, dakwah tidak semestinye dengan cara ceramah sahaja, betul juge cakap enta, aktiviti santai ke, cube dekati menjadi kawan pon boleh....kebanyakan mereka ni nak penuhkan porgrm tahunan dorng je...
Hey,bukalah mata dan terimalah kritikan dan perbezaan pendpat..
Dari aspek yg lain pula,sy melihat note UIA bakal jadi sarang pelacur ni kurang benar. Sebab UIA kan zone tutup aurat. Jadi ,sy rasa pelik di situ. Berkenaan lelaki masuk kawasan perempuan dan sebagainya. Itu sy tak tahu sbb sy bukan pelajr UIA. Kalau betul pun,wallahualam.
Hadis yg dikemukakan :
“Barangsiapa yang melihat kemunkaran, maka ubahlah dengan TANGANnya, jika tidak mampu maka gunakanlah LIDAHnya, dan jika tidak mampu maka gunakanlah HATInya. Maka itu adalah selemah-lemah iman.”
Penulis ni mengubah dgn lidah sbb dia tak ada kuasa yakni tangan. Jadi,puak2 yg ada jawatan tu. Ubahlah dgn tangan. Harap tak de yg terlebih lurus lak bila baca hadis ni.
Sekian,kritikan sy dr aspek geng yg dianggap jahat oleh geng malaikat ni.
Penulis boleh dihubungi melalui laman Pemikiran Seorang Remaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...