terhebat dari ...piouSpdosH..

Saturday 26 December 2009

1 - 10, 10 - 1

Ah Lek was asked to make a sentence using 1,2,3,4,5,6,7,8,9 and 10.
Not only did he do it 1 to 10, he did it again back to 1.

This was what he came up with…

1 day I go 2 climb up a 3 outside a house to peep.
But the couple saw me, so I panic and 4 down.
the man rush out and wanted to 5 with me.
I run so fast until I fall 6 and throw up.
So I go into 7 eleven and grab some 8 to throw at him.
Then I took a 9 and try to stab him. 10 God he run away.
So, I put the 9 back and pay for the 8 and left 7 eleven.
Next day, I call my boss and say I am 6 .
He said 5, tomorrow also no need to come back 4 work.
He also asks me to climb a 3 and jump down.
I don't understand, I so nice 2 him but I don't know what he 1 .


agak lawak la kan....

hahahahaha..

assalamualaikum...

nk cter sikit la nie..
td time aku kuar pi pekan...
on da way blk...
tbe2 aku nmpk ada seekor kucing nie lari..
laju gler...
then aku dengar ada bunyi tembakan...
hahahah


rupa2nya...
ada anak cina tue...
pi tembak kucing...
ngn pistol mainan die...
hahahha

mencicit kucing tue lari...
hahaha

sekian..
wasalam...


Friday 18 December 2009

paling sakit yang pernah aku rasa...


time derma darah

nie la darah aku yang liat sgt nk kuar..

kesan selepas derma..petangnya..

hari kedua after derma

14 december 2009

kali ke3 aku derma darah semenjak aku hidup di dunia nie...tp xtaw la nape nie yg paling sakit...myb sebab aku kurang sihat..berat badan aku punda turun..tp myb sebab aku xbiasa derma darah guna tangan kiri..2 kali b4 nie..aku derma guna tangan kanan..so xde la sakit sgt..coz semua keje yang aku buat menggunakan tangan kanan..darah kat tangan kanan aku nie cepat dipam berbanding tangan kiri..

erm...agak lamalah aku kat dalam GALERI tue..adala dalam 45 minute dalam tue..masa yang paling lama gak...

nurse tue myb salah cucuk kot..cucuk kat pembuluh darah aku yang kecik..sampai aku dah lenguh da genggam tangan aku..sampai aku urut2 tangan aku kat bahagian pergelangan guna tangan kanan..nurse tue pun myb ada rasa bersalah..

sekarang..tempat cucuk nk amk darah tue bengkak..siap jd warna biru lagi..aku xkisah semua tue..aku bertambah suka adalah..sekurang-kurangnya aku da berbakti kat masyarakat..hahaha
dan yang paling penting..aku xserik nk derma untuk kali ke4 dan seterusnya..




Sunday 13 December 2009

bertaubat daripada mengumpat

tadi..time aku pergi program kursus jenazah dan tayamum..aku ada baca buku SOLUSI..boleh tahanlah isi-isi dalam buku tue..dan aku tertarik ngn satu artikel nie...MENGUMPAT...

let's talk about mengumpat...maybe semua orang pernah mengumpatkan..?? kalo xpernah..alhamdulillah..kali nie aku nak share cara untuk bertaubat dari mengumpat...

1st

bertaubat & memohon keampunan daripada Allah, menyesali apa yang telah dilakukan disamping berazam xkan mengulanginya lagi...

2nd

memohon maaf daripada tuan empunya diri, yang telah diumpat sama ada dia terdengar umpatan kita, terdengar secara langsung atau tidak langsung atau tidak...

3rd

maafkan juga semua orang, bersihkan hati daripada berprasangka terhadap orang lain...

4th

memuji kabaikan orang yang telah diumpat, didepan eman yang mendengar umpatan tersebut bagi membersihkan kembali nama orang yang telah diumpat agar tidak dipandang serong oleh orang yang mendengar umpatan..

5th

mendoakan kebaikan untuk orang yang diumpat..

so..selepas nie..bersama-samalah kita bermuhasabah diri untuk kebaikan didunia dan diakhirat..kepada kawan-kawanku..kalau aku ada terngumpat..maafkan la diri ini erk...


Friday 11 December 2009

raya korban 1430/2009

28 November 2009, paklang buat korban kat kampung aku, kat kampung bukit belimbing..1st time wat cmtue..mayak syok...

before sembelih n semasa buang kulit




sesi melapah daging


GEMPA BUMI DI PADANG SUDAH TERCATAT DALAM AL-QURAN


gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september 2009 tempoh hari ialah tepat pukul 5.16 petang (17.16) dan gegaran kedua berlaku pada pukul 5.58 petang (17.58)..

sementara esoknya pada puul 8.52 pagi berlaku lagi gegaran susulan di Jambi..apabila kita selaraskan masa berlakunya gempa bumi dengan surah dan ayat Al-Quran, kita akan temui persamaanya seperti berikut:-

"pukul 17.16 bersamaan dengan surah ke-17, ayat ke-16. pukul 17.58 bersamaan dengan surah ke-17, ayat ke-58 dan pukul 8.52 bersamaan dengan surah ke-8, ayat ke-52"

TERJEMAHANNYA:

17.16 (Surah Al-Israa' ayat 16)
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (Surah al-Israa ayat 58)
"tak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami yang membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Loh Mahfuz) "

8.52 (Surah al-Anfaal ayat 52)
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengiktnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya "

"Suatu bencana itu turun adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sebab. Selain faktor geologi, kejadian gempa bumi di Padang terjadi adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri "(Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin)

Pengalaman Dr. Tajul sendiri semasa berkunjung ke Indonesia sebelum ini mendapati, Indonesia memang dikenali sebagai negara Islam yang mempunyai bilangan Umat Islam terbesar di dunia.

Tetapi dengan apa yang beliau lihat. Lelaki dan perempuan bebas bergaul, bersekedudukan tanpa ada apa-apa pertalian walhal mereka ialah orang Islam. Selain itu, rasuah berleluasa di sana sama ada daripada golongan bawahan ataupun golongan atasan.

Beliau mendapati jurang ekonomi rakyat disana tidak seimbang. Orang kaya terlalu kaya manakala orang miskin terlalu miskin.

Dr. Tajul menyatakan, Malaysia juga tidak akan terlepas daripada mengalami bencana gempa bumi suatu hari nanti jika maksiat dan perkara mungkar terus berleluasa..

Jika dilihat dari segi geologi, Malaysia mungkin akan mengalami bencan gempa bumi berskala besar dalam masa 100 atau 200 tahun lagi.

Kajian mendapati, plat-plat tektonik (kerak bumi) sedang bergerak menghala ke Malaysia akibat gempa bumi yang sering terjadi di negara jiran. Malaysia bernasib baik diselamatkan oleh pulau-pulau besar yang mengelilingi Malaysia..

rujukan : Mastika Disember 2009

Thursday 26 November 2009

KUIS BALAS BALIK (KPT LULUSKAN KENAIKAN HARGA YURAN)

Kenaikan yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dibuat selepas persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata seorang pegawainya.

"Isu kenaikan yuran, kita ikut KPT. Sebarang kenaikan setiap yuran akan dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah (KUIS) dan mendapat persetujuan mereka.

"Kadar yuran yang dikenakan, telah dipersetujui oleh kementerian. Sebarang kenaikan, kita kena mohon kepada KPT," kata eksekutif pemasaran kolej itu Raja Nor Ashikin Raja Ramli kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan kira-kira 40 pelajar KUIS yang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin yang menggesanya campur tangan berhubung isu kenaikan yuran pengajian peringkat diploma dan ijazah.

Mulai 2007, pelajar diploma membayar RM2,500 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM1,000. Manakala pelajar peringkat ijazah sarjana muda membayar RM5,000 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM2,500.

Raja Nor Ashikin juga berkata, Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Mahasiswa KUIS Mohd Khairi Hussin pernah mengadakan pertemuan dengan pelajar pada 10 November lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu kenaikan yuran pengajian.

Bagaimanapun pegawai pemasaran itu tidak pasti dengan hasil dialog tersebut – yang turut disertai oleh kumpulan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang ke pejabat menteri besar itu.

Tambahnya, KUIS juga memberi diskaun yuran pengajian kepada pelajar cemerlang yang mendapat jumlah markah purata terkumpul CGPA sebanyak 2.8 ke atas.

"Kita juga mengenakan yuran diskaun, bagi pelajar yang cemerlang, iaitu mengurangkan yuran pengajian mereka.

"Sebagai contoh, pelajar yang mendapat jumlah mata 3.5 ke atas, mereka diberi yuran diskaun sebanyak 15 peratus.

"Pelajar yang mendapat mata 2.7 ke bawah, tidak ada potongan," katanya.

Pegawai KUIS itu juga berkata, insitutusi juga turut mencetak dalam borang permohonan mengenai struktur yuran bagi kedua-dua peringkat untuk diisi oleh pemohon.

"Kami tidak ada apa-apa yang hendak disorok," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas memorandum tersebut petang ini, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan bebanan yuran pengajian setelah mendengar penerangan daripada kedua-dua pihak.

"Kita akan dengar bukan sahaja daripada mahasiswa KUIS, tetapi mahasiswa lain juga, kita akan dengar.

"Mereka mesti mempunyai alasan yang munasabah yang mereka akan utarakan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam petang ini.

"Kerajaan negeri prihatin dan cuba untuk menyelesaikan masalah (ini), di samping cuba memikirkan kerana pengajian tinggi ini memerlukan dana-dana yang banyak, antara dana yang diperlukan adalah kutipan yuran tersebut".


GMS HANTAR MEMORANDUM KAT SUK

Sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut.

Kolej tersebut, yang terletak di Bandar Seri Putra, Bangi, milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Memorandum itu diserahkan oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) di kolej berkenaan Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil kepada ketua setiausaha sulit menteri besar, Norzatun Aini Mohd Kassim di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam jam 3.30 petang ini.

Ahmad bersama kira-kira 40 pelajar KUIS tiba di bangunan SUK setengah jam lebih awal untuk menyerahkan memorandum itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas penyerahan itu, Ahmad berkata Norzatun Aini berjanji akan akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri besar untuk perhatian lanjut.

Menurutnya, sejak 2007, yuran pengajian dinaikkan lebih 100 peratus bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran berbanding tahun sebelumnya.

"Sebagai contoh, pelajar diploma Syariah membayar RM45 untuk satu jam kredit pada 2006. Tetapi ia dinaikkan sebanyak RM95 pada 2007.

"Ini bermakna, pelajar diploma membayar kira-kira RM1,500 semester pada 2006. Selepas kenaikan itu, mereka kena bayar kira-kira RM2,500 pada 2007," katanya.

Menurut Ahmad, rata-rata pelajar pengajian diploma menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM4,000 setiap semester.

Setelah ditolak beberapa pembayaran lagi seperti yuran kediaman, sukan, insurans takaful, seseorang pelajar menikmati baki antara RM400 hingga RM500 setiap semester.

Pelajar peringkat ijazah pula, katanya, terpaksa menanggung beban kenaikan RM105 bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran kepada RM255 pada 2007 berbanding tahun sebelumnya.

Akibat kenaikan itu, tambah Ahmad, ada antara mereka yang terpaksa membayar yuran pengajian kira-kira RM5,000 semester, sedangkan menerima pinjaman kira-kira RM8,000 daripada PTPTN.

"Baki pinjaman itu pula perlu digunakan untuk membiayai perbelanjaan seharian selama empat bulan berikutnya dan ini membebankan pelajar dari keluarga berpendapatan yang rendah," tambahnya.


Wednesday 25 November 2009

fikir-fikirkanlah



kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak.

.....Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..


keluasan api neraka

(dipetik dari kitab TANBIHUL GAHAFILIN "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun
yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami
menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..


Manusia , Malaikat , Syaitan .....


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


azab tinggalkan solat



Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Dzuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya..

Ashar: Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan..

Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isya: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

Monday 23 November 2009

pendekatan 7P dalam mendidik anak-anak



PERHATIAN :
anak-anak perlu diberi perhatian dari segi makan minum, kesihatan, pergaulan dan sebagainya

PUJI & PELUK :
sentiasa memuji & memeluk anak agar mereka rasa di hargai dan rapat dengan ibu bapa. pelukan ini juga dapat merapatkan lagi hubungan.

PENDIDIKAN :
pendidikan yang sempurna

PUKUL :
sekiranya anak-anak bersalah, pukullah anak-anak dengan niat kerana Allah. pukul bukan niat mendatangkan kecederaan atau mengikut emosi marah.

PUJUK :
apabila dipukul @ dimarahi,cubalah pujuk kembali agar anak-anak terasa mereka masih disayangi.

PENGHARGAAN :
beri penghargaan kepada anak-anak sekiranya berjaya atau melakukan kebaikan

PERIKSA :
selalu periksa e-mel, telefon, beg sekolah untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anak.



Saturday 21 November 2009

CALCULATE YURAN ANDA

alam,

Isu demo pelajar kuis menuntut pihak pengurusan KUIS menurunkan yuran menarik pihak blog mahasiswa kuis kisdar untuk memneri pandangan, Apabila dilihat kepada sepanduk- sepanduk yang ada.... boleh lah di simpulkan pelajar memang marah...hingga terpaksa menjaja terpaksa makan mee maggi untuk meneruskan hidup tetapi..percayalah mee maggi telah menjadi makanan rugi pelajar IPT dari era 90 an lagi. Pengalaman sahabat2 yang pernah belajar di itm yang yurannya hanya RM90 satu semester dan maknanya pulak 3 kali sehari FOC pun masih makan mee maggi...

Isu yuran naik sebenarnya tak timbul kerana kalau nak dilihat kenaikan kos bukan sahaja melibatkan yuran tetapi..semua benda naik bila petrol naik...jadi bukan nak mengaitkan kenaiknan yuran dengan petrol tapi nak mengatakan semua barang naik harga. Kenaikan yuran kuis rasanya berlaku dari masa ke semasa...memandangkan kenaikan kos..dan disamping nak menyerapkan kos operasi dan kos pembangunan.

Menuduh individu dalam JPM (Jabatan Pembangunan Mahasiswa) menyeleweng duit yuran adalah satu tuduhan yang bertaraf lawak antarabangsa, Pihak JPM tidak terlibat dalam dasar menentukan jenis yuran, jumlah yuran atau mengutip yuran. Dasar kenaikan yuran adalah hasil perbincangan pihak pengurusan termasuk Presiden/Rektor dan di bawa kepada mesyuarat Ahli Lembaga KUIS (BOD) sila lihat senarai BOD KUIS , setelah diperkenankan oleh BOD pihak pengurusan akan memohon pula perkenan pihak Kementerian Pengajian Tinggi setelah kelulusan dari pihak KPTT diperolehi barulah yuran baru tersebut di kenakan kepada pelajar. Pihak pelajar sepatutnya ambil tahu berkenaan yuran mereka..sila rujuk senarai yuran di sini .Yuran terbahagi kepada beberapa jenis...yuran pendaftaran RM1060.00 dikenakan sekali sahaja sewaktu pendaftaran. Yuran ain adalah berlaian mengikut program dan semester. Setiap semester yuran adalah berlainan bergantung kepada jumlah kredit yang di ambil

KUIS mengamalkan konsep yuran yang berasaskan kredit jadi jika lebih banyak kredit diambil untuk setiap semester lebih tinggi yuran yang dikenakan, namun jumlah kredit untuk sesebuah program adalah tetap..jumlah minimum kredit untuk sesebuah program Diploma dalam 90 jam kredit dlm masa 3 tahun

Di KUIS setiap jam kredit bagi subjek bukan multimedia adalah RM95.00 dan bagi subjek multimedia RM100.00 manakala bagi pelajar antarabangsa yuran subjek bukn mutimedia adalah RM 125 manakala bagi multimedia RM 130

JIka pelajar Diloma cthnya jumlah kredit semester satu adalah 18 jam kredit
1. Subjek 1 = 3 jam kredit (bkn multimedia)
2. Subjek 2 = 3 jam kredt (bkn multimedia)
3. Subjek 3 = 4 jam kredit (multimedia)
5. Sbjeck 4 = 2 jam kredit ( bkn multimedia)
6. Subjek 5 = 2 jam kredit (multimedia)
7.Subjek 6 = 3 jam kredit (multimedia)
5. Subjek7 = 1 jam kredit (bkn multimedia)

Jadi jumlah yuran pengajian SAHAJA
Ialah :
subjek 1 3x 95 = 285
subjek 2 3x95= 285
subjek 3 4x100 = 400
subjek 4 2x95= 190
subjek 5 2x100 = 200
subjek 6 3x 100=300
subjek 7 1x95= 95
jumlah yuran pengajian sem 1 = 1755

Yuran Peperiksaan + yuran perpustakaan + tabung infak + yuran asrama

Yuran asrama adalah berbeza mengikut jenis bilik..KUIS, kerajaan negeri (dahulu) dengan kerjasama swasta telah membina asrama taraf pangsapuri untuk keselesaan pelajar bagi mengganti asrama ikan sardin (pernah masuk paper jugak). Caj asrama adalah berbeza untuk setiap type...dan yuran dikira adalah mengikut hari kuliah. Jumlah kuliah setiap semester minimum 140 hari..jadi jika pelajar tinggal di asrama RM 6 sehari jumlah yuran asrama adalah 6 x 140 RM 840, jika tinggal dibilik RM 11 sehari jumlahnye RM1540 satu semester.

kalau tinggal di asrama ikan sardin RM 4 sehari x 140 = Rm560.00


Jadi yuran setiap semester memang berbeza..mengikut jam kredit...jadi jika ada perbezaan yuran untuk setiap semester ia bukan lah kenaikan tetapi perbezaan jumlah jam kredit yang diambil..samaada pertambahan atau pengurangan subjek dibuat yuran tetap berlainan mengikut jumpah kredit diambil...

contoh semester satu 7 subjek 18 jam kredit , manakala semester dua hanya 5 subjek tetapi jumlah jam kredit 20 jam kredit , akan menyebabkan pertambahan yuran bukan KENAIKAN YURAN.


apapun pelajar semua tepuk dada tanya lah pengetahun matematik anda....

bagi pendapat sikit...

ASSALAMUALAIKUM...

aku nk tanya la kat kowg2 semua...pembaca blog aku..pe pendapat kowg mengenai DEMOSTRASI yang dilakukan oleh segelintir masyarakat KUIS yang B******..???

coz..aku rasa..aku nie da cukup didedahkan oleh orang yang rapat ngn aku cara2 company nak amk pekerja diowg..terlalu cukup..

so..ak nk tanyalah pendapat kowg lak...

dan sebenarnya..aku tahu cerita sebenar dan latar belakang owg2 kuat pembuat demostrasi tue...

wasalam...

Thursday 12 November 2009

GERAKAN MAHASISWA SEDAR HARAM

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara setelah lama xupdate..

pada post blog yang lepas..saya memang menyokong Gerakan Mahasiswa Sedar atau lebih dikenali dgn GMS..cara sokong dengan apa yang diperjuangkan,tetapi tidak menyokong dengan cara perjuang mereka..

mmg dengan cara demonstrasi dapat mempercepatkan tindakan,tapi perlu ke sampai panggil media,wartawan..??perlu ke semua tue...?? cukuplah sekadar orang dalaman KUIS sahaja yang mengetahui kenaikan yuran ini..tidak perlulah dihebahkan keseluruh malaysia..

sekarang nie, dah banyak kesan buruk yang diterima KUIS..terutamanya pelajar2 yang bakal graduate tak lama lagi..kesianlah kat mereka yang ditolak biasiswa, di tolak tempat prktikal dan seerti dengannya..xde berperikemanusiaan langsung..

kalo GMS betul2 berani, bersihkan nama KUIS melalui media juga..mintak maaf kat owg2 yang teraniya melalui media..terutamanya PENSYARAH-PENSYARAH yang telah menitiskan airmata kerana perkara ini..

pikirlah mana yang baik, mana yag buruk...student2 sini dah besar pun masing2..da boleh kawin pun...

terima kasih kat MAjlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) kerana telah menerangkan kenapa terjadinya kenaikan yuran..walaupun ada student yang tak puas hati kerana kenapa bukan pihak pentadbiran yang menjawab segala tuntutan yang telah dibuat oleh GMS..terima kasih sekali lagi...

pikir-pikirkanlah dan selamat beramal...

wasalam

Saturday 31 October 2009

sengketa GMS


di KUIS..Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) telah lama wujud sebenarnya...tetapi mereka hanya bergerak secara senyap...disebabkan kenaikan yuran pelajar di KUIS telah naik sebanyak 30%(kalau tidak silap),mereka telah bangkit untuk memperjuangkan hak mahasiswa untuk mengurangkan harga yuran...

pada tanggal 30 oktober 2009,Majlis Perwakilan Mahasiswa telah menyokong 100% dengan apa yang diperjuangkan oleh GMS.selain itu,boleh dikatakan kesemua mahasiswa yang menuntut di KUIS juga menyokong 100% dengan apa yang diperjuangkan oleh GMS..

kami sokong GMS daripada belakang dan jika GMS memerlukan kami untuk memperjuangkan bersama..kami sedia membantu...

HIDUP GMS!!!!

Thursday 29 October 2009

new sem in new sesion have a new story

salam sejahtera ke atas kamu...

sekarang nie...boleh dikatakan aku dan kawan2ku senior kat KUIS nie...almaklumla dah masuk SEMESTER 4 sekarang...da jadi otai KUIS la...:)

21,22 & 23 oktober 2009...hari pendaftaran senior student...best la..dapat jumpa kawan2..rindu sama kamu semua..sekarang nie pun da ddk kat BUILDING OPERATION TRANSFER (BOT)..mula2 tue mmg la seronok..tapi sebab satu perkara je..terus kami menyampah ngn BOT..termasuklah REDHA RESOURCES...bengang..tension..semua adalah termasuk sekali..yela mane taknya..masalah AIR..fuh!! mmg payah..mule2 tue blh terime lagi..tp hari nie da masuk 7 hari...wanita yang uzur pn da boleh mandi wajib...isk3...bengang3...

bilalah nak ada air nie..kami da penat mencari air di setiap parcel..parcel 6,7,8,9,10..paling teruk kat parcel 9 la..mmg payah nak ada air..

mule2 kat parcel 8..tapi paham2 la kalo semua girl students mandi kat situ..hilanglah air nya..akhirnya kami terpaksa pergi ke blok lama gak untuk mandi dan meneruskan aktiviti sehari dengan air..hmmm... :(

xpe2..kite lupakan masalah air..kita ke masalah kelas..setakat nie kelas2 kami xde masalah..malah bertambah special..alkamlumlah..sem nie kami xbergabung dengan mana2 kelas untuk semua subjek..syok sangat!!..hehehe

bab jadual mmg penat..hari isnin kelas start pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang..selasa xdelah pack sangat..tapi sampai pukul 6 petang la gak..rabu longgar sikit..sampai kul 5..tapi 2 kelas je..khamis..relex..sampai kul 1 je..jumaat start kul 9..satu2nya kelas yang start lambat untuk sem nie..hmmm..apa nak jadi nie..

assingment..final project..semua da ada da..tinggal nak cari bahan je..tapi mood belajar still xsampai 100%..bilalah nak penuh belajar nie..hmmm...

semoga semester nie ok la...xdela berat sangat..insyaAllah...amin..

oklah...samapi disini dulu coretan aku.kalo ada masa..aku update lagi k...

wasalam..see u next time...

Monday 28 September 2009

gambar keluarga...



assalamualaikum...




raya tahun nie agak bermakna bg aku...myb sebab dapat ambik gambar family...gambar full...raya sebelum2 nie..payah nak amk gambar family full..mesti ada je yang xde dalam gambar..hehehe..itu pun nk jadikan isu kan...hahahha..




anak buah aku pun da besar..mantap..debab.tembam..semua ada..hahahah...



family besar aku...


nie gambar anak buah ak yang ke3...

Thursday 24 September 2009

atiq wif selendang..??

atiq wif selendang..??

believe it or not..??

atiq da jadi feminin..??

owh ya..??


jangan x caya ek..sekarang nie atiq da berubah..dah menjadi seakan-akan wanita sejati..dah x seROCK dulu...hahahha...betul ke..??


IYE...


atiq sudah berubah..tapi xlah 100%..kene sikit2...tggu la lagi 2, 3 tahun..insyaAllah atiq dah berubah sepenuhnya...doakan la erk..


Monday 21 September 2009

salam aidilfitri...

assalamualaikum...

salam aidilfitri kepada semua ahli keluargaku,sahabat-sahabatku,kenalan-kenalanku dan semua yang mengenaliku...

dikesempatan ini, aku ingin mengambil peluang untuk menyusun 20 jari memohon maaf atas segala kesalahan yang telah aku lakukan kepada semua. halalkan makan & minum, barang-barang yang terambil atau sengaja ambil. termarah x tentu pasal. moody x tentu hala..maafkan segalanya k..

1st raya...

raya 1st aku xdelah best sangat..biasa2 je..tp penatla..malam td sampai kul 1 pg kat umah..raya xbanyak umah pun...just 5 buah je..tp sebab da ke negeri sembilan..sebab tuelah sampai ke pukul 1 pg baru sampai umah..

2nd raya...

tunggu punya tunggu..sampai da zohor..xde sapa pun datang..aku tunggu pakcik ak tue la..pas asar baru datang..hmmm..apa nak jadi..aku pi raya umah nenek angkat aku..xjauh mne pun..kat sebelah umah je..hehehe..then pi balik kg bukit belimbing lak..satu umah je raya..umah pakcik mohamad..then pi umah mkck aku lak..then balik..xde pape yang seronok pun..malam nie..xpi ane2..tggu owg datang je..ahhahaha..rehat sikit...

oklah..tue diari aku tok raya 2009 nie..

sekian..wasalam...

Tuesday 8 September 2009

sorry sangat2....

asslamualaikum everybody...
sory to say..
da lme x update blog..
internet cam sengal la..
lg pun ngh bz skunk nie...
almaklmla..ngah final..
ak da abs 3 paper..
tggl lg 3 paper je lg...
xsabar nk cuti..

dikesempatan nie...
ak nk wish..
selamat berpose..
sory cz da pose ke bape tah..
bru nk wish..
selamat hari raye gak wat kawan2 aku...
buat family ak..
selamat hari raya..
ok la..chow dlu..
assalamualaikum....
luv n miss ya...

Monday 3 August 2009

anugerah......

salam sejahtera ke atas kamu semua...

2 ogos 2009..
bagi aku adalah hari bersejarah aku kat KUIS nie...yela..mane taknya sijil dekan yang aku tunggu2 akhirnya telah aku perolehi..hahahahha...thanx to all my DEC fwenz..xpecially nana n sara...x lupa kat daus,razi,faiz n hery...thnx again...kowg byk tulun aku time sem 2..x lupa gak family aku..ibu, along,angah, alang n ili..i love u all...to alang...thnx cz byk bg tips study..hope sem nie..aku dapat kekalkan pointer ak..huhuhu..pray 4 me k..AMIN..

to fatie, aza, izzah, kak mimie, dzahiruddin n abdullah nasih..tahniah gak kat kowg..berjaya dapat dekan sem lepas..huhuhu...

715 a.m
aku baru bgn dari tido time tue...tue pun sebab ada orang teleon..kalo x xterjaga aku..huhuhu..thnx haziqah..kejut kan akk...dalam keadaan gelabah aku siap dengan sepantas kilat..

730 a.m
dalam keadaan selaju yang mungkin..aku berjalan ke pkk..sampai naik semput dibuat nya..sampai2 kat pkk..ceh..boleh dikira bape orang yangdah datang..wat penat je agelabah..hahahaha...

800 a.m
aku, fatie, aza masuk dalam pkk...memang xramai yang datang masa tue..mmgcam nk marah..jalan cam nk cabut kaki..tp program xstrt lagi..so pelag..sesi menunggu lak kali nie..

900 a.m
tunggu punya tunggu...program xgak strt..aku, fatie, aza..da naik lapa..da lah tak sempat makan nya..huh..sakit hati..hahaha...aku mintak kebenaran kat ajk nk pi makan..tapi xboleh coz vip da datang...xpe2..sabar lagi..

930 a.m
akhirnya..mula gak program...tapi beratur kat luar te punya la lama..huh! program 2 da lah kurang best..sowi la erk ajk anugerah dekan..selamat sekejap je program nya..huhuhu..

1045 a.m
program tamat n bermulanya sesi bergambar..huhuhu...

aza, aku, fatie, dzahir, abdullah nasihmy anugerah

Wednesday 29 July 2009

traffic jam di KUIS..???

salam kepada semua rakan2 sekalian..sorry kerana telah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini..wireless..line die x ok la..

traffic jam di KUIS..?? please believe that k..traffic jam terjadi pada 18 julai 2009 pada pukul 5.00 petang (lebih kurang begitulah masanya)..taffic jam nie terjadi coz ari tue ada majlis konvokesyen @ ekstivel..so ramailah senior2 yang lepas datang..kat padang pun dah jadi cam pameran tenpat jual kereta..banyak sangat..huhuhu..pilih je mana satu yang nak..semua ada..hahahaha.. memang xboleh blah la..traffic jam gler..dari pintu pagar depan sampai ke padang utama..huhu..k lah..kalo xcaya..tengok jela nie k..chow dulu..
create by:
lot's of love

Friday 17 July 2009

minggu usahawan vs ekstivel

salam...minggu nie minggu yang paling boros 4 all student KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)...ahhahahahaha...antara yang terkene badi boros nie..akula..ade la nk dekat RM100 abs..dalam mase seminggu je..RM 100 melayang begitu sahaja..hahahah..pe yang di beli pn xtaw..isk3..tapi xpe..bile lagi nk jadi kawan yang bertanduk tue kan..??aku dapat makan piza hut ngn budak bilik..dapat beli gelang..malam nie lak..aku nk beli jersey..lengan panjang..payah nak carri kat luar..da lame aku usha.xjumpe pun kalo kat luar..hahahah..alamatnya..minggu depan kene berpuasa..aku nak biasekan diri dengan puasa..nty xdela rase kekok time bulan ramadhan..hhuhuhu...alang2..dapat jimat duit..ok lah..lapa nie..cho dulu..salam..

Thursday 9 July 2009

kembali sudah.....

selamat kembali kepada tuan punya blog nie..
huhuhuhu...
setelah buzy yang amaaat sangat dan mengalami kesakitan selama 10 hari...
akhirnya aku berjaya menulis dan merepek kembali di ruangan aku sendiri...
selama 10 ahri aku menempuh hari-hari yang amat seksa bagi...
tetapi aku terima dengan redhanya kerana aku tahu bahawa semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya....
sekarang...aku da xde cover2 makan da...
xnak aku sakit balik..
10 hari..
lama tue...
puas aku pergi klinik ngn hospital...
doktor pun xtaw aku sakit apa...
anggap la aku just gastrik...
nie baru online setelah beberapa hari mengalami kesakitan yang menyebabkan aku solat duduk, berdiri macam ranting kayu...demam panas yang tiba2 muncul...
bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi aku kesihatan yang baik semula...
THANK YOU ALLAH...

Wednesday 17 June 2009

kepenatan yang melanda budak blok A

selama 2 hari aku ngn budak bilik aku mengangkut barang pi ke blok E.barang dah la agak banyak...hahahhaa..dah la lame.5 hari lak tue..sengal..minggu depan kene pindah balik blok A.semakin kurus la aku pas nie..hahahaha...tp xpe..kami da dekat ngn kafe Indon..huhuhu..tue yang seronok tue..tapi nanti aku rindu nak lepak kat bilik kak peja,kak poje,kak teha,kak alia,kak aida ngn ila..mesti rindu ngn diowg..huhuhu..malam nie dapat jumpe diowg..ada perjumpaan blok..aku nk luahkan rasa xpuas ati ngn en sahrin..bengang ak..xpe2..sabar ye kawan semua..mggu depan kite pndah balik blok A..mintak2 mase pindah tue..bilik dah bersih...AMIN..
~miss n luv u~

Thursday 11 June 2009

kesedihan melanda jiwaku

sakit hidung aku semalam, hari nie dan mungkin esok...yela..mne xnya..setiap hari kami di fogging..yang xde asma..lme2 jd heart attack..yg ad heart lme2..kojol..nauzubillah..naik pening kepala aku..bukan aku je..myb semua kot pening jd nya...huhuhu...semalam merupakan hari yang paling sedih dalam diriku..terasa sayangku terhadapnya tidak dihargai..kenapa semua ini terjadi kepadaku..??aku dah xlarat nk menghadapi semua nie..knapa die tidak cuba untuk menyayangiku..??kenapa..??adakah aku mengongkong die..??aku xpernah terpikir nk kongkong die...aku xkisah die nak wat pepun..itu hak die..aku just mengambil berat terhadapnya..maybe tue yang dikatakan kongkongan..tahla..xdapat ak nk berkata apa lg..xpela..hanya tuhan yang menentukan jodohku dengan sesiapa..semoga dipertemukan jodohku dengannya...AMIN...

Tuesday 2 June 2009

kerinduan mengamit kembali...


setelah nak dekat setahun tidak ketemu kawan2 lama..
akhirnya..bertemu kembali..tue pun dari hasil usaha kawan aku yang sorang nie..
NURUL ATIKAH PUAAD..dialah yang buat semua nie..thnx POD..aku cayang ko..huhuhu...best la dapat jumpe diowg..walaupun xramai..tp dapat la gak melepaskan kerinduaan kepada semua..hahahaha..yang xbestnya..xboleh nak lepak lama2..byk la gosip yang dah bertukar tangan..gosip cinta..gosip belajar..huhuhu..papepun..miss u all...hope dapat ketemu lagi di lain hari..
kepada kawan2 matrik ku..semoga mendapat apa yang diidamkan ok..good luck 4 all...

Tuesday 26 May 2009

kelahiran baru...19/05/2009


12.50 tghari...
"along ikin dah masuk bilik bersalin"

1.20 petang....
"da selamat bersalin, baby boy"

kelahiran yang aku nanti2kan akhir nya..keluar gak...huhuhu...da siap ada nama lg..sebelum lahir... namanya MUHAMMAD AKID ZAFRAN...alhamdulillah...semua selamat...comey face die...
24/05/2009

ari yang bz bg aku..ibu ku membuat 3 kenduri sekali gus...kenduri kesyukuran, kenduri cukur jambul ngn akk aku tunang..akk yg ke3..penatnya xterkata lah...tp..aku kesian kat akk aku..yela.mne xnya..malam tue gak aku balik kolej..so..die lah yg kene kemas umah..dahla.. xta nak cakap pe lg..huhhuhu..salam

Tuesday 19 May 2009

hari potensi tadika kemas peringkat negeri

sekuntum bunga merah

17.5.2009...

satu pertandingan yang diadakan untuk kanak-kanak tadika kemas..peringkat negeri..fuh..hebat lah budak-budak nie..hahahaha..anak buah aku pun join sekali sebenarnya...syokla..have fun kat sana..just dewan die je panas..xde aircond..ahhaha..tueah oraang sekarang..semua tempat nak beraircond..banyaklah acara yang dipertandingkan..futsal, netball, rounders, galah panjang, silat n gerakrama..ank buah aku masuk pertandingan gerakrama..cerita die berkenaan bunga..comey costume diowg..yang daerah lain ada yang pakai costume haiwan..tue lagi comey..huhuhuhu...anak buah aku dapat buat persembahan yang ke3..so awal2 lg..orang2 yang datang tue bersemangatlah..akhir sekali..anak buah aku dapat tempat yang ke-2..punah gaklah harapan kami nak pi melaka..bertanding peringkat kebangsaan..huhuhuu..tp alhamdulillah la..ada gak tempat kan..dari xde..nie adalah sikit yg dapat aku snap gambar budak2 tue..

sekuntum bunga dan seekor kumbang

pose selepas kemenangan

Thursday 7 May 2009

berbicara tentang C.I.N.T.A..




CINTA..
pelbagai maksud yang boleh diberikan dengan hanya perkataan C.I.N.T.A..
setiap manusia yang ada di muka bumi ini mempunyai maksud yang berlainan tentang CINTA..
dan menurut kamus dewan CINTA mempunyai TIGA maksud iaitu
  1. perasaan atau berperasaan sangat sayang
  2. perasaan atau berperasaan yang berahi antara lelaki dan perempuan
  3. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu
tetapi..
kebanyakkan manusia sekarang menyalah tafsirkan makna CINTA itu..
CINTA bagi mereka hanya kepada manusia..
tidak kepada Pencipta Alam Semesta ini..
tidak kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
tidak kepada Yang Maha Sempurna...
tidak..
tidak sama sekali..
Cinta mereka kepada manusia sehingga melupakan asal usul mereka...
sehingga sanggup mengadai kan maruah...
hanya untuk membuktikan Cinta mereka kepada orang yang mereka terlalu cintai..
tapi..
persoalannya sekarang..
SAMPAI MANAKAH CINTA MEREKA ITU...??
adakah dengan ikatan CINTA yang begitu tulus dan suci akan membawa mereka ke SYURGA yang penuh dengan keindahan..

I LOVE U..
I MISS U...
adakah hanya dengan meluahkan perkataan itu..
dapat membuktikan bahawa dirinya dicintai segenap jiwa dan raganya..??
adakah hanya dengan meluahkan perkataan itu..
dapat membuktikan cinta begitu tulus..??

jika kita betul-betul mencintai sesorang..
kenapa kita tidak membimbing orang yang betul kita cintai itu ke arah SIRATULMUSTAQIM..??
kenapa kita tidak menghalang orang yang betul kita cintai itu daripada melakukan zina kecil..??
kenapa kita lagi mengajak orang yang kita cintai itu hanyut bersama-sama kita yang telah hanyut di alam percintaan...??

"wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik"
"wanita yang jahat diciptakan untul lelaki yang jahat"
renungkan maksud hadis ini..
adakah anda mahu mendapat kekasih yang baik atau sebaliknya..

jika kita betul-betul mencintai dan menyayangi seseorang..
kita akan membahagiakan mereka..
bukan sahaja di dunia..
malah diakhirat sana...
kita tidak akan mengajak mereka supaya melakukan zina kecil..
kita tidak akan mengajak mereka melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT..
kita hanya akan mengajak mereka ke jalan yang betul diredhai dan disukai oleh Allah SWT..

memang tidak dinafikan bahawa ingin berpasang-pasangan lumrah seorang insan..
memang setiap yang diciptakan oleh Yang Maha Mencipta ini berpasang-pasangan..
sedangkan Hawa diciptakan-Nya khas untuk Adam as..
Allah telah membuat batas-batas pergaulan antara Adam dan Hawa..
selagi tidak ada ijab dan qabul..
selagi itu antara Adam dan Hawa perlu menjaga batas pergaulannya..

ingatlah wahai sahabat-sahabat yang aku cintai..
CINTA dunia kehancuran menanti..
CINTA akhirat kebahagiaan menanti...
CINTA manusia sampai mati..
CINTA hakiki hanya CINTA ILAHI..

selagi hayat dikandung badan..
janganlah kita lupa bahawa kita ini khalifah di bumi Allah..
khalifah yang diamanahkan untul menjaga bumi nya..
ingatlah kebahagiaan dan siksaan yang telah dijanjikan diakhirat kelak...
bersama-sama kita saling nasihat-menasihati antara satu sama lain agar kita tidak terus alpa dan leka hidup didunia ini..
hidup di dunia hanya sementara..
kejarlah akhirat kerana akhirat itu kekal abadi...

semoga Allah memberkati hidupmu...Amin Ya Rabbal Alamin...

Monday 4 May 2009

tiba2 aku tepikir...

dalam diam2..aku tepikir..nape orang2 zaman sekarang nak sgt jadi penyanyi..masing2 berlumba2 nak jd penyanyi..macam2 rancangan berkenaan ngn nak jadikan penyanyi..AKADEMI FANTASIA,MENTOR,ONE IN A MILLION, n macam2 lagi la..daripada menyanyi lagu2 nasyid..terus nyanyi lagu rock..siap bkk bju lagi..ermmmm...teruk2..aku xtaw la kowg sedar ke x..??semakin ramai penyanyi..semakin dekat ngn KIAMAT..penyanyi di agung2 kan salah satu tanda2 kecil kiamat..kite boleh dengar lagu2 nie..asalkan xlupa batas2 agama...tp nape x byk program realiti berkenaan ngn agama..??sekadar AKADEMI QURAN..bru berapa siri..??berbanding ngn program realiti menyanyi..berapa siri da ada..??erm..xtaw den nk cakap cmne da...erm..pe yg penting sekarang..diri sendiri yg kne pikir..diri sendiri yang kene ubah..pikir2kan lah dan selamat beramah..assalamualaikum..

Saturday 2 May 2009

giler ke pe..???

aku pelik betulla..aku taw la aku ny nombor celcom aku senang..xpasal2..ade owg wat fitnah gne nombor aku..da la kat kedah..pelik betul aku..ade kte owg yg tepon aku tue kte aku nie nak putuskan tunang die..pelik betul aku..tension2..aku mne ade kawan kat kedah..da la siap kte nk bomoh2..mmg iman kurang ke pe..??nauzubillah..tahla..pelik betul la ku ngn owg zaman seklarang nie..owg wat silap sikit je..main bomoh2..npe..??da x percaya ngn kuasa Allah SWT ke..??x percaya QADA & QADAR die ke..??mmg nk jadi AHLI NERAKA ke..??nauzubillah..mintak di jauhkan dari aku..aku xbersalah dalam hal nie..

i'm coming back

alhamdulillah..bersyukur aku ke atasNya kerna aku telah selamat sampai ke rumah dalam pukul 7.00 malam td..setelah 3 mggu aku tak pulang ke kampung..ada la jugak perubahan yang aku alami..hahahaha..gaye cam da 3 tahunx balik kampung..fuh..bangun pagi2..da kene angkat barang bawak balik blok A..paling berat..pe lagi..komputer kesayangan aku la..berat giler..guni beras pn xberat cam die..hahaha..aku da start rindu kat akak2 satu bilik aku time short sem nie..kat umah..aku xde plan nak wat pape..melangut jela keje aku kat umah nie..badan2 aku da start sakit2 nie..angkat barang banyak la katekan..hari nie yang xboleh blah..aku panjat pagar kat BOT..semata2 nak tolong kawan aku antar barang gi bilik die..tbe2 perangai tomboi aku terkeluar la pulak..ish3..aku da xde idea la pulak tibe2..geram2..xpe2..esok2..kiteasmbung balik k..see ya..

Thursday 30 April 2009

selamat tinggal B307


malam nie,malam terakhir aku tido,bergembira,bergelak ketawa,bersembahyang di bilik short sem aku B307..selamat tinggal aku ucapkan kat katil,loker,pintu n facilities yg ada kat dalam bilik aku tue..agak banyakla kenangan yang aku create kat bilik aku nie..banyak sangat..nanti mesti rindu kan..? kat bilik nie gak la kenal ngn akak2 yang sekepala ngn aku..hahahaha..kak mimie,kak syafinaz,kak ana,kak nana ngn kak fara..tuela akak2 bilik aku time short sem..syiok ngn diowg..cayang diowg..huhuhu..kenangan yang aku xleh lupa la time short sem nie
ngn diowg...
  1. keluar ngn kak mimie,sara ngn nana pi times..
  2. keluar pi pesta buku ngn kak mimie,kak syafinaz n sara
  3. tegok kekasihku seru sehari sebelum final
fuh..best gilerla...dahla aku 1st times pi times..1st time naik monorail..hahahaha..kunokan..?? tp aku yg bawak diowg pi pesta buku..so fair kan..?? masing2 ada 1st time ny..hahahaha..

time g times squre tue..aku da xboikot da MCD..hahahaha..tp time tue..da la lapa..ramai lak tue..berebut2 nk beli..tempat pun xde..tp..alhamdulillah..dengan berkat kesabaran kami..akhirnya..kami dapat gaklah tempat duduk..dekat ngn taman menan die..huhuhu..adalah satu kedai tue..aku berminat giler..aku pn xtaw pe nme kedai tue..tp patung display die..fuh..xboleh blah..ala2 EMO gitu..ada la gak kenangan yang aku amik kat situ..huhuhu..xlupe juga kami tegok cter JANGAN TEGUR..terjerit2 kami kat dalam cinema tue..ilang tension..hahahaha..

pesta buku tue telah mengubat hatiku yang lara..big problem malam sebelum pergi tue..tp kak mimie ngn kak syafinaz da tenangkan hati aku..so esok nya aku gi pesta buku dengan keadaan yang gembira..dapat makan piza,beli baju upin & ipin..sama ngn kak syafinaz..memori gler..hahahaha..dapat beli beg kertas ujang..lawa..jgn jeles ye..tp..hanya Allah je yang taw..betapa sesaknya time tue..penat berperang ngn orang2 yang ada kat sane..
nway..aku harap..kenangan tue xluput dalam fikiran aku nie..hope persahabatan yang dibina atas ranting keikhlasan nie xterputus ditengah jalan..friendship 4 ever n ever..luv u all..muuaahhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...