terhebat dari ...piouSpdosH..

Monday, 28 March 2011

faktor GANGGUAN makhluk halus

assalamualaikum wahai readers sekalian..

tadi ada sorang blogger tue tanya.. apa maksud bila kene patuk ular.. adalah discussion sikit masa tue.. pastu atq search kat internet.. dan jumpa faktor kenapa kita diganggu...

Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.

Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.  
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi. 
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.  
atq dapat nie dari satu forum tue.. wallahuAlam la betul atau tidak...

12 pengondam setia:

Sunah Sakura said...

selalunya mimpi ular ni berkaitan dengan sihir..sebab tu kena hati-hati...lebih baik jumpa ustaz..kalo mimpi bayi, berkaitan dengan saka..ni pun bahaya juga...semua berkaitan dengan gangguan makhluk halus..wallahu'alam..

forever love said...

Sunah Mohammad: yang pasal bayi tue tak pernah pulak dengar.. ya Allah.. minta dijauhkan dari semua nie

Lydia Miza said...

menarik momen sunah...ular berkaitan sihir..bayi tu mmg x pernanh dgr..huhu

forever love said...

Lydia Miza(Aidyl Azim): tahu tak.. memang menarik komen sis sunah...

Ifti Larina said...

alhamdulillah tak penah mpi cmtu. mpi kawin ade lah. HAHA. eh jin pon gatai nak sukakan manusia

forever love said...

Ifti Larina: haha.. sama la macam akk.. alhamdulillah akk pun tak pernah kene gak mimpi camtu..

haha.. pergh.. mimpi kawen tue.. hihihi...jin pun ada perasaann.. macam bunian tue

Misz-ella said...

paling takut point no. 1 tu sbb jin tu jatuh cinta kat manusia.

jaga2 atiq, ko tu single lagi. balik ikut jln blkg lak tu.

forever love said...

kakchik@ella : hehe.. insyaAllah tak pape kakchik.. hihi...

munna said...

minta lah jauhkan sewmua ni dari family munna...

forever love said...

munna : insyaAllah.. banyakkan amalan.. banyakkan doa..

Qaseh Dalia said...

a.ah pernah dengar ustaz bagi ceramah .. salah satu gangguan jin melalui mmpi2 ular .. cara jin untuk menguasai kita huhu

forever love said...

Qaseh dalia adelia: huhu.. malam tadi baru mimpi.. kali pertama taw.. terus terjaga... istigfar banyak kali.. lepas tue tak lena dah tido

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...