aku tak puas bersama denganmu
aku tak puas melihat senyumanmu
aku tak puas mendengar gelak tawamu
aku tak puas mendengar nasihat darimu
kerana kamu sumber kekuatanku
tujuh tahun bersama
banyak kenangan indah telah terukir
dalam setiap detik hidupku
dalam setiap kali nadiku berdetak
walaupun hidupku denganmu hanya seketika
ia sudah cukup untuk aku merasai nikmat hidup
untuk aku merasa kasih sayang darimu
untuk aku berpegang teguh pada ajaranmu terhadapku
untuk aku senyum sehingga kini
sehingga kini aku masih lagi merasa kehadiranmu disisiku
aku masih lagi merasa kasih sayangmu terhadapku
aku masih lagi terngiang-ngiang akan suaramu di telingaku
aku masih lagi mengingati senyuman dan wajah manismu
namun semua itu hanya datang bila aku berimaginasi
hanya datang bila aku terlalu rindukan dirimu
tapi jangan risau
kerana namamu masih lagi terpahat dihatiku
kerana aku masih lagi milikmu
kerana aku sentiasa rindukanmu
setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap detik
aku semakin kuat disini
walau tanpamu disisi
dengan bertemankan permaisuri hatimu
dengan bertemankan bidadari hatimu
kamu yang berada nun jauh disana
jangan risau kerana permaisuri hatimu dan bidadari hatimu sentiasa sayang-menyayangi
amanlah kamu disana wahai abahku
bidadari terakhirmu sentiasa mendoakan kesejahteraanmu disana
sentiasa menyedekahkan al-fatihah sebagai bekalan buatmu disana
semoga kita berjumpa di syurga nan indah
aku selalu merindui dan menyayangi dirimu
khas untuk abahku (dalam kenangan 1956-1997) -al fatihah-
nie hasil nukilan 100% atq..xde ciplak-ciplak dari mana..luahan hati atq..ok dah.. joem terjah blogger & bloggist punya puisi pula...
12 pengondam setia:
salam
mak aih ramainya yg JOIN segmen puisi.. the best wok..;)
salam..al-fatihah
sdia kn tisu sebelum air mata kua..huahauhua..
apezs shah: hehe..tuela..xsangka gak..hihi...
pi menjiwang hari nie
Novelgurl: wasalam...
Fakhrul1409: hehe..lengan baju kan ada
berpuitis jugak atiq erk...^___^
Al-fatihah untuk abah atiq jugak...
Dah lama kita tak jumpa.Baru tau tentang tu...Takziah...
Hanim Mahali: hehe..paksa diri tue..hihi..
Salam atiq Jelita,
terimakasih terima juga penyertaan akak walapun last minute..
Sedihnya...takziah dan Al Fatihah untuk arwah abah ya..
Melur Jelita: hehe..xpe kak..it's ok..xlmbt mana pun...
atiq pn pandai berpuitis..nti bt segmen lg :)
~iera nazirah~: paksa otak berfikir..hehe..dapat la satu..tgh pikir segmen apa pulak lepas nie..
Post a Comment