terhebat dari ...piouSpdosH..

Monday, 7 February 2011

part 1: indahnya syurga

salam wahai readers sekalian..


semalam atq dah share perihal rasulullah saw makan & minum...malam nie atq nak share pasal keindahan syurga yang bakal kita perolehi..insyaAllah...

  1. sungai-sungai di syurga : sungai disyurga terus mengalir dan tidak pernah berhenti, terletal dibawah mahligai, istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. sugai tersebut merupakan sungai madu, sungai arak yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai jernih yang tidak berubah rasanya. sungai syurga memancarkan dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju ke semua tingkat syurga.
  2. air mata syurga: bernama salsabila, diberikan kepada orang yang mendekatkan diri kepada Allah, sedang pada abrar (orang yang berbuat baik), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan zanjabil (air halia yang segar & wangi)
  3. mhaligai dan istana syurga : mahligai dan istana syurga diperbuat daripada emas dan mutiara terbaik yang disediakan bagi hamba-hambaNya yang beriman.
  4. bangunan syurga: bangunan yang diperbuat dari batu-bata emas & perak, campurannya sewangi kasturi yang sangat harum, batunya terbuat dari lu'lu dan yaqut dan tanah dari za'fran, seperti tepung putih yang berbau kasturi. di antara bentuk bangunan adalah kubah-kubah yang indah diperbuat dari mutiara. Rasulullah menjanjikan kepada siapa yang solat sunat 12 rakaat sehari semalam, maka Allah akan mebangunkan sebuah rumah untuknya di syurga
  5. pintu-pintu syurga : syurga terdapat 8 pintu antaranya pintu ar-rayyan yang dikhususkan bagi mereka yang berpuasa. seorang wanita yang rajin solat limawaktu dan berpuasa, lalu meninggal dunia sedangkan suaminya reda, maka dia akan diberikan kebebasan untuk masuk ke dalam syurga dari pintu mana yang dia suka. pintu syurga sentiasa terbuka lebar. orang yang solat akan masuk melalui pintu solat, yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad dan yang rajin sedekah akan masuk dari pintu sedekah

atq share yg nie dulu..nty atq update lagi keindahan yang lain

kredit to: malam pertama di alam syurga

10 pengondam setia:

ayushida said...

kalaulah kita betul2 hayati indahnya syurga tu, mesti ramai yg takut nk wat maksiat, dan ramai yang tak sabar nak mati....

misz FaTiN said...

syurga itu sangat indah..
mampukah daku ke sana?..

forever love said...

ayushida : taw xpe..tp kalo diikutkan sekarang...atq xnk mati awal..sebab byk sgt dosa yg dah buat

forever love said...

misz FaTiN : insyaAllah kak...semua berpeluang ke sana..tp amalan kita kene mantop

Ujang9897 said...

perghh...sejuk jer hati nie

forever love said...

Ujang9897: huhu..alhamdulillah

PendekarPetai said...

ustaz aku ckp, sume umat nabi muhammad akan masuk syurga, cuma antara cpt atau lmbt jer... kalu timbal kejahatan lagik byk, masuk neraka dulu.. ti da habeh ditimbal baru masuk syurga... tp bile pnh masuk neraka, akan ada tanda didahi apabila masuk syurga nanti... toi ker?? janji jgn murtad....

forever love said...

PendekarPetai: yg semua masuk syurga tue pernah dgr..tp yg ada tanda kat dahi tue not sure..

nazirulhazwan~ said...

pasni bg ciri2 neraka plak, bg org takut tiq

forever love said...

nazirulhazwan~: bakal ada nanti..tp kene cari buku ny dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...