terhebat dari ...piouSpdosH..

Friday, 25 February 2011

[Review] Puitiskan Diri Anda

assalamualaikum wahai readers sekalian

header sendiri pun dah ada puisi rupanya
hari rabu lepas, atq ada buat segmen.. dan ia merupakan segmen pertama atq.. semua idea daripada atq berjalan-jalan ke blog orang.. alhamdulillah, ia mendapat sambutan hangat..agak terharu disitu...sebelum atq tue, atq bagi puisi atq dulu..then baru mereka yang join ok..

aku tak puas bersama denganmu
aku tak puas melihat senyumanmu
aku tak puas mendengar gelak tawamu
aku tak puas mendengar nasihat darimu
kerana kamu sumber kekuatanku

tujuh tahun bersama
banyak kenangan indah telah terukir
dalam setiap detik hidupku
dalam setiap kali nadiku berdetak

walaupun hidupku denganmu hanya seketika
ia sudah cukup untuk aku merasai nikmat hidup
untuk aku merasa kasih sayang darimu
untuk aku berpegang teguh pada ajaranmu terhadapku
untuk aku senyum sehingga kini

sehingga kini aku masih lagi merasa kehadiranmu disisiku
aku masih lagi merasa kasih sayangmu terhadapku
aku masih lagi terngiang-ngiang akan suaramu di telingaku
aku masih lagi mengingati senyuman dan wajah manismu

namun semua itu hanya datang bila aku berimaginasi
hanya datang bila aku terlalu rindukan dirimu
tapi jangan risau
kerana namamu masih lagi terpahat dihatiku
kerana aku masih lagi milikmu
kerana aku sentiasa rindukanmu
setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap detik

aku semakin kuat disini
walau tanpamu disisi
dengan bertemankan permaisuri hatimu
dengan bertemankan bidadari hatimu
kamu yang berada nun jauh disana
jangan risau kerana permaisuri hatimu dan bidadari hatimu sentiasa sayang-menyayangi

amanlah kamu disana wahai abahku
bidadari terakhirmu sentiasa mendoakan kesejahteraanmu disana
sentiasa menyedekahkan al-fatihah sebagai bekalan buatmu disana
semoga kita berjumpa di syurga nan indah
aku selalu merindui dan menyayangi dirimu

khas untuk abahku (dalam kenangan 1956-1997) -al fatihah-

nie hasil nukilan 100% atq..xde ciplak-ciplak dari mana..luahan hati atq..ok dah.. joem terjah blogger & bloggist punya puisi pula...


















12 pengondam setia:

apezs shah said...

salam

mak aih ramainya yg JOIN segmen puisi.. the best wok..;)

Anonymous said...

salam..al-fatihah

akufakhrul said...

sdia kn tisu sebelum air mata kua..huahauhua..

forever love said...

apezs shah: hehe..tuela..xsangka gak..hihi...

pi menjiwang hari nie

forever love said...

Novelgurl: wasalam...

forever love said...

Fakhrul1409: hehe..lengan baju kan ada

Hanim Mahali said...

berpuitis jugak atiq erk...^___^
Al-fatihah untuk abah atiq jugak...
Dah lama kita tak jumpa.Baru tau tentang tu...Takziah...

forever love said...

Hanim Mahali: hehe..paksa diri tue..hihi..

Melur Jelita said...

Salam atiq Jelita,
terimakasih terima juga penyertaan akak walapun last minute..

Sedihnya...takziah dan Al Fatihah untuk arwah abah ya..

forever love said...

Melur Jelita: hehe..xpe kak..it's ok..xlmbt mana pun...

~iera kan~ said...

atiq pn pandai berpuitis..nti bt segmen lg :)

forever love said...

~iera nazirah~: paksa otak berfikir..hehe..dapat la satu..tgh pikir segmen apa pulak lepas nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...