terhebat dari ...piouSpdosH..

Monday, 28 February 2011

marah..marah..dan marah

assalamualaikum wahai reader sekalian...

nak cerita pasal marah nie...opsss..salah pulak..nak cerita pasal kaedah mengelakkan kemarahan dan kaedah meredakan kemarahan..tue je.atq xmarah pun..just chill sudah k...cool..kan sejuk tue..

"mendiamkan diri adalah penawar mujarab kepada kemarahan.. ia memberi ruang untuk kita berfikir sejenak dan membuat pertimbangan berdasarkan akal..bukan emosi"



Imam Al-Ghazali telah menyatakan bahawa marah merupakan penyakit hati.mereka mempunyai tabiat suka marah mudah dikuasai Syaitan.. akibatnya orang yang dikuasai sifat marah boleh melakukan perkara-perkara diluar batasan kemanusiaan..

KAEDAH MENGELAKKAN KEMARAHAN


1.  menghiasi diri dengan sikap pemaaf

dalam al-Quran ada menyatakan bahawa Allah memuji orang yang dapat menahan kemarahan dan memaafkan orang lain


"... iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan masa susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah) Allah mengasihani orang-orang yang membuat perkara-perkara baik" -surah ali imran (134)

pada zaman nabi Muhammad SAW juga penuh dengan sifat kemaafan walaupun pada masa itu, baginda dan sahabat di caci, di maki, di hina dan sebagai oleh orang kafir..

sebaliknya Baginda berdoa "ya Allah ya Tuhanku, berilah hidayah kepada kaumku. sesungguhnya mereka tidak memahami"


2.  mengelakkan diri dari faktor yang menimbulkan kemarahan


kita mesti mengenali diri kita terlebih dahulu.. apa yang kita suka.. apa yang kita benci.. kita perlu mengelakkan diri daripada perkara yang kita benci agar tidak menimbulkan kemarahan..


3.  berdoa


berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk menggelakkan diri kita dari mudah merasa marah.. Nabi SAW ada menyatakan "doa senjata bagi orang yang beriman"


antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW :-


"ya Allah, berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikan jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikan. Engakulah walinya dan Engkaulah tuannya.
ya Allah ya Tuhanku, Yang maha mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan engkau"


"aku memohon dengan engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan syaitan serta sekutunya " doa ini diajarkan oleh baginda kepada abu bakar al-siddiq


KAEDAH MEREDAKAN KEMARAHAN


1.  mengambil wuduk


sabda baginda :-


''sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan. sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api, hanya terpedam api itu dengan air. maka jika kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk"


2.  mengubah posisi yang lebih rendah


maksudnya jika di dalam keadaan berdiri, hendaklah dia duduk, jika dia dalam keadaan duduk, hendaklah dia baring..


sabda baginda :-

"jika kamu merasa marah sedangkan kamu sedang berdiri, maka hendaklah kamu duduk, jika kemarahan itu hilang (maka tidak mengapa), jika tidak (juga reda kemarahan itu) maka hendaklah kamu berbaring"


3.  mendiamkan diri

berdiam adalah penawar yang mujarab kepada kemarahan.


baginda bersabda :-


"jika kamu merasa marah, maka diam (tidak berkata-kata)"


4.  mengucap isti'azah (a'uzubillah)


ucapan isti'azah ini hendaklah dilakukan dengan penuh rasa kebergantungan kepada Allah..
sabda baginda :-
"sesungguhnya aku akan mengajar kamu satu kalimah yang jika dibacakan akan hilang kemarahan iaitu bacaan "A'uzu billahi minasy syaitanir rajim"




semoga apa yang dishare nie..dapat manfaat darinya...jika ada salah..harap ditegur...dan selamat beramal..

10 pengondam setia:

apezs shah said...

salam

thanks utk info ni..

forever love said...

apezs shah: ur welkam apis...sama-sama kita tangani marah tue..hihi

Hansyitake~ said...

nice info.. mmg manusia nak kawal marah an? sape yg dpt kawal tu sbnrnya org yg paling hebat.. ^^

forever love said...

Hansyitake~: yup..sebab tue Allah jadikan manusia sebaik2 kejadian..sebab hanya manusia je yang dapat kawal marah..

Ifti Larina said...

betoi tu. diam adalah sebaik2 perbuatan kan. huu

forever love said...

Ifti Larina : yup..betol tue..diam adalah lebih baik..

Tok Esah said...

bagus info ni!!! itulah yg sepatutnya kita buat utk redakan kemarahan!!!

forever love said...

Tok Esah : yup..bukannya lagi diapi2kan...

Sunah Sakura said...

yup, sangat betul ape yang disarankan~ :)

forever love said...

Sunah Mohammad : atq pun amk dari buku.. hehe.. kalau kita amalkan.. memang menjadi.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...