terhebat dari ...piouSpdosH..

Monday 28 February 2011

BLOGGER IDOL : Dalam Pencarian


 PROMOTE CONTEST BEST KEJAP


nak tahu terms & condition, klik gambar ok

[SEGMEN] : SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA

assalamualaikum wahai reader sekalian

isu hangat sekarang nie..pasal vlog..ada yang tak suka..kalo setakat xsuka xpe..janganlah sampai nak mengutuk, mengata dan siap cop sebagai pelacur lagi tue..isk3...dunia semua nie...dunia-dunia pun..ia mengajar kita mengingati Allah.. tahu kelemahan kita, dan tahu yang sebenarnya kita nie bukan semuanya suka...ok enough membebel..dah macam mokcik da...

sebenarnya atq join segmen abg ben ashaari nie...atq adalah penyokong VLOG yang dibuat oleh 1tube.my



sebelum atq nak bagi semangat kat sesiapa yang buat vlog tue.. nie pandangan atq sendiri pasal vlog..pandangan dari pihak yan xbuat vlog..hasil dari perbincangan bloggers yang dah buat vlog..


"nie pandangan atq yg xde vlog..tapi buat2 macam ada...

vlog nie macam kita buat persembahan kat depan org ramai gak..cuma lainnya..xde orang depan kita..just kamera dan kameraman je...vlog nie lebih mudah disampaikan dan lebih mudah untuk difahami apa yang hendak disampaikan...

vlog nie dapat menaikkan keyakinan diri..memang sesuai untuk siapa yang rasa diri die tue xde keyakinan..vlog nie gak..dapat lihat keikhlasan seorang blogger tue dalam arena blogging..nape atq cakap camtu sebab..yela..dalam penulisan..kita boleh je menipu apa yang kita nak tipu...so..dalam vlog..nak menipu tue satu benda yg mustahil..sebab orang nampak cara penyampaian kita...

vlog bukan nak cepat up kan diri kita..tapi kita cari benda baru..yela..asyik penulisan je..bosan la..kalo guna vlog..kita boleh buat 2 keje dalam satu masa..sambil dengar..sambil buat keje lain..ye dak.?
"


so..dah baca yang kat atas.? xsuka sila tekan 'X' ok...


korang yang nak buat vlog lepas nie or yang bercadang nak buat vlog tue :-


  1. teruskan je rancanga nak buat vlog..even ada orang xsuka..jangan dikisahkan..
  2. jangan hiraukan entry-entry yang menghentam blogger membuat vlog
  3. kita dengan cara kita..mereka dengan cara mereka.. xkan kita nak follow cara kita..hancurlah dunia kalo camtu
  4. be yourself ok...
  5. jangan putus semangat even dihentam kaw-kaw oleh orang lain..ambil contoh peribadi Rasulullah SAW ok... yang xpernah berputus asa untuk berdakwah kepada kafir quraisy...
tue jela yang terlintas dalam fikiran buat masa nie...so..teruskan apa yang dirancang ok...Allah yang tentukan..

marah..marah..dan marah

assalamualaikum wahai reader sekalian...

nak cerita pasal marah nie...opsss..salah pulak..nak cerita pasal kaedah mengelakkan kemarahan dan kaedah meredakan kemarahan..tue je.atq xmarah pun..just chill sudah k...cool..kan sejuk tue..

"mendiamkan diri adalah penawar mujarab kepada kemarahan.. ia memberi ruang untuk kita berfikir sejenak dan membuat pertimbangan berdasarkan akal..bukan emosi"



Imam Al-Ghazali telah menyatakan bahawa marah merupakan penyakit hati.mereka mempunyai tabiat suka marah mudah dikuasai Syaitan.. akibatnya orang yang dikuasai sifat marah boleh melakukan perkara-perkara diluar batasan kemanusiaan..

KAEDAH MENGELAKKAN KEMARAHAN


1.  menghiasi diri dengan sikap pemaaf

dalam al-Quran ada menyatakan bahawa Allah memuji orang yang dapat menahan kemarahan dan memaafkan orang lain


"... iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan masa susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah) Allah mengasihani orang-orang yang membuat perkara-perkara baik" -surah ali imran (134)

pada zaman nabi Muhammad SAW juga penuh dengan sifat kemaafan walaupun pada masa itu, baginda dan sahabat di caci, di maki, di hina dan sebagai oleh orang kafir..

sebaliknya Baginda berdoa "ya Allah ya Tuhanku, berilah hidayah kepada kaumku. sesungguhnya mereka tidak memahami"


2.  mengelakkan diri dari faktor yang menimbulkan kemarahan


kita mesti mengenali diri kita terlebih dahulu.. apa yang kita suka.. apa yang kita benci.. kita perlu mengelakkan diri daripada perkara yang kita benci agar tidak menimbulkan kemarahan..


3.  berdoa


berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk menggelakkan diri kita dari mudah merasa marah.. Nabi SAW ada menyatakan "doa senjata bagi orang yang beriman"


antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW :-


"ya Allah, berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikan jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikan. Engakulah walinya dan Engkaulah tuannya.
ya Allah ya Tuhanku, Yang maha mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan engkau"


"aku memohon dengan engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan syaitan serta sekutunya " doa ini diajarkan oleh baginda kepada abu bakar al-siddiq


KAEDAH MEREDAKAN KEMARAHAN


1.  mengambil wuduk


sabda baginda :-


''sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan. sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api, hanya terpedam api itu dengan air. maka jika kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk"


2.  mengubah posisi yang lebih rendah


maksudnya jika di dalam keadaan berdiri, hendaklah dia duduk, jika dia dalam keadaan duduk, hendaklah dia baring..


sabda baginda :-

"jika kamu merasa marah sedangkan kamu sedang berdiri, maka hendaklah kamu duduk, jika kemarahan itu hilang (maka tidak mengapa), jika tidak (juga reda kemarahan itu) maka hendaklah kamu berbaring"


3.  mendiamkan diri

berdiam adalah penawar yang mujarab kepada kemarahan.


baginda bersabda :-


"jika kamu merasa marah, maka diam (tidak berkata-kata)"


4.  mengucap isti'azah (a'uzubillah)


ucapan isti'azah ini hendaklah dilakukan dengan penuh rasa kebergantungan kepada Allah..
sabda baginda :-
"sesungguhnya aku akan mengajar kamu satu kalimah yang jika dibacakan akan hilang kemarahan iaitu bacaan "A'uzu billahi minasy syaitanir rajim"




semoga apa yang dishare nie..dapat manfaat darinya...jika ada salah..harap ditegur...dan selamat beramal..

Sunday 27 February 2011

ADA ORANG CUBA DUPLICATE SAHABAT BLOGGER

assalamualaikum wahai readers sekalian...

panas je hati nie..tp atq be cool..atq tanya semua admin...atq tanya bro framestone, atq tanya amal, atq tanya acap..then diowg cakap diowg xbuat..

dan atq yakin bukan diowg yang buat..kalo diowg yang buat..kompem diowg buat promosi kat GROUP SAHABAT BLOGGER..

atq dapat tahu daripada zack entry...thnx zack..kalo x..semua members group sahabat blogger kene tipu...

ok..atq nak members sahabat blogger jujur... SIAPA YANG CREATE PAGE NIE???? atq x marah..cuma bertanya....LOGO pun dia guna logo yang sama... apa kes nie... 

kalau ye pun nak buat..cuba mintak kebenaran dari pihak admin..x salahkan..just tell us..yang korang nak create page SB kat FB..x salah pun.... tapi sape yang buat nie..TOLONG MENGAKU ok..kami x marah punya..kami bukan jenis cepat melenting..

bukan kami xsuka ada page..tapi itu semua masih dalam perancangan kami lagi...satu-satu nanti akan naikkan sendiri perancangan yang kami buat tue...

so...KEPADA SAIPA-SIAPA YANG BERKENAAN TELAH MEMBUAT PAGE SAHABAT BLOGGER.. SILA INFORM PADA KAMI OKIE..


P/S : HARAP MEMBERS YANG LAIN..JANGAN KLIK "LIKE" DULU SEBELUM KAMI TAHU SIAPA YANG CREATE OK...

INI PAGE..BUKAN GROUP..HOPE JANGAN SESIAPA LIKE BEFORE KAMI TAHU SAPE YANG BUAT


traffic melambung sebab mereka

assalamualaikum wahai readers sekalian

lama dah terpikir nak buat entry nie...tapi asyik lupa je..hihi...

kebanyakkannya tarffic atq datang dari mereka semua nie..memang mempengaruhi abis la...x sangka sampai camtu sekali...terharu...

jom terjah mereka yang buat traffic atq melambung

Faten Rosli
lama gak blog kak faten nie menjadikan traffic atq melambung..pernah sekali ada kat bahagian atas referrel kat nuffnang..bukan je dari backlink die..tapi dari shoutmix dia juga..thnx kak

nisa kay
atq dapat hit dari nisa masa dia backlink nama atq untuk list blogger yang join masa event kat shah alam..thnx nisa...

Bantal Bucuk
nie atq dapat hit daripada shoutmix die je..hehe...thnx ya bantak bucuk

ben ashaari
time join segmen dia..memang hit banyak..tapi sekarang dah kurang join da..hehe..bagi blogger baru pulak yang join...thnx abg ben

Dapur Tanpa Sempadan

mat gebu pernah review blog atq masa dulu..tarikh..x ingat..sebab atq masak ikut resepi dia..haha..memang hit naik time tue..thnx mat gebu -DTS-

buat masa nie..5 blog niela yang pernah bagi hits yang banyak kat atq..ada gak blog lain..tapi x dapat dikenalpasti..sebab nuffnang x bgtaw la pulak..hehe...selain tue dari pokcik google dan profile blogspot atq sendiri ya..


sumber: nuffnang saya sendiri, di referral..

Saturday 26 February 2011

Harga Dirimu Kehormatanmu

assalamualaikum wahai readers sekalian



mengenal diri adalah syarat untuk menjadi lebih baik.. tidak mungkin kita boleh memperbaiki diri orang lain jika kita tak boleh memperbaiki diri kita sendiri.. kita tidak boleh memperbaiki diri kita jika kita tidak jujur terhadap diri kita sendiri..

bila kita mengenal Allah.. maka tidak ada tempat bagi kita merasa besar. semakin kita mengangkat diri.. maka jatuh kita dibuatnya.. sebaliknya, semakin kita merendahkan diri kita.. maka semakin naik harga diri kita.. Allah sudah mencipta hati kita untuk tidak menyukai kesombongan dan menyukai orang rendah hati..

nikmat hidup adalah dengan memberi manfaat kepada orang lain, bukan mengambil manfaat dari orang lain... peribadi yang kukuh walaupun dicaci, dimaki, difitnah, dibenci adalah peribai yang menhunjam ke bumi rendah hati.. manakala peribadi yang rapuh adalah peribadi yang sombong dan terlalu berharap kepada orang lain..

semakin kita tidak condong kepada dunia.. semakin kita bahagia dalam hidup.. sesukar mana pun situasi yang kita hadapi.. kita harus bermati-matian menjaga kehormatan diri kita.. kalau kita sudah menengadahkan tangan kepada manusia, pasti jatuh harga diri kita.. boleh je kita terbatas ekonominya.. tapi jangan sekali-kali kita membatasi harga diri kita

setiap kali kita memdapat sesuatu, maka pastikan harga diri kita lebih bernilai dari apa yang kita dapat.. saat kita dapat wang, pastikan kehormatan kita lebih tinggi dari wang tersebut kerana wang boleh habis, tetapi kehormatan diri akan terus melekat..

keimanan pada Allah harus wujd dalam bentuk produktifnya.. tujuannya adalah untuk kita mati di jalan Allah dengan hormatnya..

sumber: Datuk hj. Md Othman hj. Yusof (pengarah Urusan MOY)

sekarang nie.. kebanyakkan manusia di bumi ini dah hilang kehormatan diri nya..sanggup melakukan apa sahaja untuk kesenangan dirinya...beringatlah wahai sahabat-sahabatku..kesenangan didunia boleh mengakibatkan kesusuhan di akhirat..sama-sama kita menghayatinya....

psst: entry nie berat sikit..hehe..sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat semua...

memang x salah pendapat tue

assalamualaikum wahai readers semua

nie sekadar pandangan atq okie..xde kene-mengena dengan sape-sape pun..sape yang terasa tue..maaf la ye..kalau xsuke..atq dah bagi button 'x' kat hujung tue..dipersilakan..

atq bukan xsuka bagi pandangan semua tue..atq suka je..yela kan..pendapat orang..so lain la caranya..lain la bendanya...lain penyampaiannya

tapi yang atq xsuka..cara penyampaiannya tue..maksudnya..cara penulisan tue..kalau ye pun nak bagi pandangan..cuba dengan cara yang baik..dengan cara yang berhemah..dengan menggunakan perkataan yang sedap dibaca..ingat..blog kita nie..semua orang baca..around da world baca...xde sape terkecuali if kawasan die xde connection internet..tue je..bahasa kan menerangkan peribadi seseorang tue...kalo dari segi bahasa dah buruk..so orang akan pikir buruk dalaman juga...samalah dengan buku..kalau kulit depan dia lawa..orang akan tertarik..akan baca...so..kalo nak tegur orang or bagi pandangan..cuba dengan bahasa yang baik..jangan sampai ada yang terluka..ada yang terasa...

yang pasal lain-lain tue..biarlah..ramai lagi blogger kat luar yang diskuss pasal nie..atq malas dah nak cakap pape..atq bukan jenis xdengar nasihat atau apa..atq jenis dengar nasihat..even mula-mula atq melenting..tapi lama-lama atq amik nasihat tue..atq bukan hati keras..bukan hati kering yang dah x boleh dinasihat...tapi cuma lambat je nak mempositivekan nasihat tue..tue je...

blog masing-masing..sendiri punya cerita..biarkan je apa yang diowg nak tulis..blog diowg..wtpe kita nak tolong jaga..kalau dia x update blog kang...payah pula..masuk blog die..cter lama..xde update baru..mungkin die cerita pasal apa yang dia rasa, yang dia alami tue sebagai idea die..go on..jangan blame die..mungkin cara die camtu..kalo xsuke klik je 'x' atas tue..xsalahkan..xde sape yang halang untuk klik 'x' atas tue..

kepada yang terasa tue..atq mintak maaf ye..atas salah silap atq..xde manusia yang sempurna dalam dunia nie melainkan Allah SWT...yang baik kita amik sebagai tauladan..yang buruk dijadikan sempadan...yang baik datang dari Allah SWT..dan yang buruk tue tentunya datang dari diri atq sendiri...maaf dipinta sekali lagi...





Friday 25 February 2011

susah sangat ke nak solat jumaat??

assalamualaikum wahai reader sekalian...

pinjam dari pokcik google


atq baru je balik dari makan kat kedai..yela..keje kan..nak balik umah..malas..takot x datang keje dah lepas tue...

tapi apa yang atq lihat...kecewanyalah..ramainya lah laki melayu, muslim x pergi solat jumaat..sedangkan masjid dekat je dengan kedai makan tue..hurmmm...

dengan customernyalah..dengan tuan punya kedai lah..xtaw la kenapa susah sangat lelaki sekarang nie nk pergi solat jumaat..atq kata bukan semua..ada BEBERAPA ok...

rasanya seronok je solat jumaat tue..2 rakaat je..khutbah bukannya panjang sampai sehari pun..sekejap je pun..bila lagi kita nak tazkirah hati kita nie kan..hari jumaat nie jela yang ada..free lagi..xberbayar pun...

secara jujurnya..atq kalau boleh..xmoh laki yang x pergi solat jumaat..nanti xleh nak jadi imam kat atq dan anak-anak..kat famili atq...sebab dalam fikiran atq..xpergi solat jumaat..means solat lain pun skip-skip juga lah..camne nak jadi pemimpin masjid yang dibina nanti...

kan ada hadis "3 kali tidak pergi solat jumaat, ditutup pintu hatinya"..dengar hadis tue pun..dah gerun..nak terangkan hati balik bukan senang taw...ya Allah...ampunkan dosaku dan semua umat islam didunia ini..

atq dah tulis pasal solat jumaat sebelum nie..bacalah erk..pasal kewajipan solat jumaat... 

semoga kita sentiasa berada dibawah rahmatnya..amin...

saya tabik blogger tu..tapi...

assalamualaikum wahai readers sekalian

pergh..panas-panas...Sahabat Blogger hangat kembali..sebab ada satu entry dari orang lama dalam arena blogging nie...memanaskan suasana tengahari jumaat yang panas kat luar tue...

apa yang dia tulis..memang atq terasa..memang tertusuk mendalam nie..memang terasa habislah...memang #sentap..dan semua lah memang...

dulu..yup..memang atq meminati penulisan dia..tapi..disebabkan entry dia...choyy!!..hilang hormat sikit beb...xtawla lepas nie atq nak masuk lagi or x blog die..maaflah apa yang atq katakan tue..memang #sentap habis nie..

ada sebab kenapa kitorang buat vlog bagai..sebab utama nak naikkan produk malaysia...tue sebab utama kitorang buat...even bukan dari pihak admin 1tube.my yang buat..dari pihak diri sendiri..tapi kami menggunakan 1tube.my sebagai platform..tue je sebabnya..

bukan nak cari populariti or apa..sebab nak sokong produk malaysia..sebab nak naikkan nama malaysia..kalau bukan rakyat malaysia yang menyokong.? sape lagi nak sokong..pendatang dari bangla, indon, nepal yang nak sokong...x der..x..rakyat malaysia sendiri yang sepatutnya sokong...

xalah dia nak vlog sendiri..biaq pi diowg..kalo suka..layan..kalo xsuke..pangkah je terus..xpayah tengok seterusnya..abis cter..hati masing-masing x sakit..kan3.?

semenjak blogger join 1tube.my nie..rangking & traffic dia naik mendadak ok..nie admin 1tube sendiri yang cakap kat atq...kita dah xyah guna youtube lagi..sebab kita dah ada 1tube..

so sape yang berkenaan tue..pikir la lebih mendalam k..if xsuka jangan tengok..jangan baca..tue je...ok bai..salam

reti memasak ke..reti mengemas..mana satu idaman kalbu.?

assalamualaikum wahai readers sekalian

nak share gak la pasal wanita..tapi bukan dari segi perwatakan dia, atau dari segi macam-macam lah..nie dari pandangan atq sendiri okie..so..kalau ada salah..jangan marah..

just nak share je..selalunya..perempuan yang reti masak nie..xreti mengemas rumah..camtu gak sebaliknya..kalau reti kemas rumah..xreti memasak..haha

perempuan reti masak

:- beruntung dapat perempuan reti masak nie..sebabnya setiap hari die akan masak..menu lain-lain..sebab die suka variasi kan menu..kadang-kadang cipta resepi baru..best-best..kenyang perut sentiasa..xpayah makan kat luar..sebab kat rumah pun dah ada tukang masak setaraf chef..chef yang tak bertauliah..boleh jimat duit..sekadar beli barang dapur banyak-banyak..then pesan je apa yang nak makan..semua dia boleh selesaikan..tapi ingat! ada gak perempuan suka masak if barang dapur cukup..kalau barang dapur xcukup..maknanya..xberasap dapur rumah tue..tapi ada gak sesetengah tue..xde barang dapur yang cukup, guna je apa yang ada..pastu makin sedap pula tue apa yang dia masak..hehe...


perempuan reti mengemas


:- yang nie best..sebab rumah kita akan sentiasa kemas..pantang bersepah..zup-zup..pasti dikemasnya..tapi kene tahan telinga la..sebabnya..selalunya dia akan membebel macam makcik-makcik..haha..jangan marah nokkss..yela..dia dah penat kemas, bersih, tersusun, rapi..tapi bersepah balik..sape yang xberasap berapi kalau camtu..ada gak perempuan yang suka mengemas nie..suka beli barang perhiasan..yela nk mencantekkan rumah lagi..hihi..boleh beli..xsalah..tapi jangan membazir sudah..nanti setan suka..

perempuan yang reti mengemas dan memasak


:- lelaki yang dapat perempuan camni memang untung habislah..yela..dahla pandai mengemas..pandai lak memasak..pergh..memang best...perut k sentiasa kenyang..mata tenang je..xde sarabut tengok rumah bersepah..hehe..discription selebihnya..korang gabungkanlah kedua-dua sekali erk..


pihak lelaki pilih yang mana erk.? pihak perempuan nak jadi yang macam mana.? kalau just reti masak tapi xreti kemas rumah..belajar la erk..sama gak yang reti kemas umah..tapi xreti memasak..nie wajib belajar..kang laki asyik makan luar..xpasal-pasal kawen dengan tokei restoren tue..haha..opsss..mintak dijauhkan...


nie sekadar pendapat atq je..if salah..sila perbetulkan erk..xde berkaitan dengan yang mati ataupun yang hidup..yang terasa..atq mintak maaf....berubah menjadi yang lebih baik...

[Review] Puitiskan Diri Anda

assalamualaikum wahai readers sekalian

header sendiri pun dah ada puisi rupanya
hari rabu lepas, atq ada buat segmen.. dan ia merupakan segmen pertama atq.. semua idea daripada atq berjalan-jalan ke blog orang.. alhamdulillah, ia mendapat sambutan hangat..agak terharu disitu...sebelum atq tue, atq bagi puisi atq dulu..then baru mereka yang join ok..

aku tak puas bersama denganmu
aku tak puas melihat senyumanmu
aku tak puas mendengar gelak tawamu
aku tak puas mendengar nasihat darimu
kerana kamu sumber kekuatanku

tujuh tahun bersama
banyak kenangan indah telah terukir
dalam setiap detik hidupku
dalam setiap kali nadiku berdetak

walaupun hidupku denganmu hanya seketika
ia sudah cukup untuk aku merasai nikmat hidup
untuk aku merasa kasih sayang darimu
untuk aku berpegang teguh pada ajaranmu terhadapku
untuk aku senyum sehingga kini

sehingga kini aku masih lagi merasa kehadiranmu disisiku
aku masih lagi merasa kasih sayangmu terhadapku
aku masih lagi terngiang-ngiang akan suaramu di telingaku
aku masih lagi mengingati senyuman dan wajah manismu

namun semua itu hanya datang bila aku berimaginasi
hanya datang bila aku terlalu rindukan dirimu
tapi jangan risau
kerana namamu masih lagi terpahat dihatiku
kerana aku masih lagi milikmu
kerana aku sentiasa rindukanmu
setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap detik

aku semakin kuat disini
walau tanpamu disisi
dengan bertemankan permaisuri hatimu
dengan bertemankan bidadari hatimu
kamu yang berada nun jauh disana
jangan risau kerana permaisuri hatimu dan bidadari hatimu sentiasa sayang-menyayangi

amanlah kamu disana wahai abahku
bidadari terakhirmu sentiasa mendoakan kesejahteraanmu disana
sentiasa menyedekahkan al-fatihah sebagai bekalan buatmu disana
semoga kita berjumpa di syurga nan indah
aku selalu merindui dan menyayangi dirimu

khas untuk abahku (dalam kenangan 1956-1997) -al fatihah-

nie hasil nukilan 100% atq..xde ciplak-ciplak dari mana..luahan hati atq..ok dah.. joem terjah blogger & bloggist punya puisi pula...


















Thursday 24 February 2011

aku geram dengan .... grrrrrr

assalamualaikum wahai readers sekalian

baru balik opice, then pi check duit dalam bank td...dengan harapan duit baki pinjaman dah masuklah...tapi gile-gile kecewa bila tengok baki dalam akaun....

janji dengan student nak bagi dalam masa 21 hari bekerja..hari bekerja ok..bayangkanlah..dahla bulan 2 nie banyak gile cuti..so..kira lah..dari 21 januari 2011 samapi 21 hari bekerja..bape lama...janggut pun boleh cukur 2 kali ok..gile lembab la...

aku bukan nak kondem or apa..cuma tolong la..semua benda keje lembab gler nak matilah...grrrr..naik darah nie...xleh ke buat keje tue cepat sikit?

budak universiti lain dah masuk dah duit diowg...x kan tempat aku belajar nie x masuk-masuk lagi....arghhh!!! lembab nak mampos!

padahal student xde ramai mana..10K pun xsampai lagi..pastu yang amk pinjaman yang sama dengan aku pun xdela ramai mana....damm!!

esok pagi..sampai je opice..aku nak call terus tempat aku belajar..aku nk tanya asallah lembab sangat masukkan duit ktorang...

tue sebab utama aku xnak sambung belajar kat tempat aku amik diploma nie..segala-galanya bikin panas je hati nie...dahla yuran mahal..pastu ada lak charge lain tue..grrrrr....

sekadar luahan perasaan marah aku je..xtaw nak luahkan kat sape...maaf korang....astagfirullah al-azim...

[Review] : Puitis Diri Anda

assalamualaikum wahai readers sekalian

atq dah anjurkan segmen "Puitiskan Diri Anda".. so kalau atq xbuat.. tak fair lah kan.. atq pun buat gak taw..tapi bukan 100% dari atq lah.. atq ada ciplak dari kawan atq ok.. atq ada buat sendiri..tapi nak review esok la erk..namo ari nie ok..


jom layan puisi yang tah pape nie...


"Cinta tak pernah meminta
ia sentiasa memberi
Cinta membawa penderitaan
tetapi ia tak pernah berdendam
Dimana ada cinta
disitu ada kehidupan
Dimana ada kebencian
disitu terdapat kemusnahan"

"Cinta datang kepada orang yang masih memberi harapan
walaupun mereka telah dikecewakan
kepada mereka yang masih percaya
walaupun mereka telah dikhianati
kepada mereka yang masih ingin bercinta
walaupun mereka telah disakiti
kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan
untuk membangunkan kembali kepercayan"

"cinta dapat mengubah pahit menjadi manis
debu beralih emas
keruh menjadi bening
sakit menjadi sembuh
penjara menjadi telaga
derita berubah nikmat
kemarahan bertukar rahmat"
"cinta pada harta artinya bakhil
cinta pada manusia artinya alam
cinta pada diri artinya bijaksana
cinta pada mati artinya hidup
cinta pada Tuhan artinya takwa"


the end 
~hasil nukilan : atiqsalleh atas kerjasama razzo~

amacam? ok x.? tapi nie bukan atq buat taw..nie atq amk dari razzo tue..panjang lagi madah cinta dia, tapi atq pendekkan.. okla tue kan...

kehidupan orang sakit..camnilah

assalamualaikum wahai readers sekalian

sekarang nie..ramai sangat kawan atq yang mengalami musibah..kyerull dengan operation kakinya, KSP dengan nak buka jahitannya la..macam-macam.. 


hope diowg cepat sembuh seperti biasa.. nak tengok keceriaan, kegembiraan & keaktifan diowg tue.. masa lawat kyerull kat HKL, dia masih ceria dalam kesakitan.. kyerull memang kuat..


ceria-ceria atq pun..atq ada gak sakit..sakit yang berpanjangan..tapi xdela sampai kene operat bagai..just masa 23.4.2010 tahun lepas je..atq kene buat appoinment OGDS, taw x.? alah yang masukkan scope dalam perut tue..kalau xtahu gak..search la kat pokcik google or uncle yahoo k..


atq sakit dah lama..dari sem 2 or 3..means masa umur atq 18 tahun..mula-mula kene..memang sakit sangat-sangat.. 9 klinik + hospital atq pergi..dah macam-macam ubat atq makan..tapi sama gak sakitnya..just ubat tahan sakit je betul-betul berkesa time tue..nak jalan pun xleh nak tegak macam biasa..jalan dah macam nenek kebayan, lembab, menunduk..duduk pun xleh lama-lama..malam-malam demam..10 hari camtue..memang seksa.. selamat dah lagi beberapa hari je nak cuti midsem..so xdela banyak sangat ponteng kelas..


lepas kejadian tue..atq selalu la kene gastrik..kejap-kejap kene gastrik..lama pula tue..kalo x cukup 2 minggu..kompem x kan baik punya..dah cukup 2 minggu..baru baik..bagus kan camtue..kalau dah kene tue..nak naikkan selera makan balik..memang payah..kene paksa diri nie sentiasa makan..sentiasa mengunyah..tapi dalam keadaan tahan sakit la..


sekarang nie atq under pemerhatian doktor lagi..appoinment setiap 2 bulan lepas buat OGDS, pastu sejak awal tahun 2011, dah naik ke 3 bulan.. dalam bulan 4 nie..atq ada lagi appoinment kat Hospital Putrajaya..so putrajaya tue dah jadi tempat atq bertandang dalam setiap 3 bulan..


makan ubat xyah cakaplah..setiap hari nie makan ubat..dah lali da makan ubat tue..cuma ingat x ingat je dah makan ke belum hari nie..dulu kene makan 2 kali sehari..sekarang kene makan sekali sehari..haha..yess..dah berkurang da..yehaaa...tapi disebabkan ubat nie lah..atq kene stop dulu derma darah...grrrr..ada ketensionan di situ..


atq xnak cerita perihal atq sakit nie..tapi atq nak mintak tolong dengan readers semua..boleh x tolong nasihat atq..SURUH ATQ JAGA MAKAN ATQ..tue je atq nak mintak tolong..sebab atq dah xlarat nak makan ubat da..dah bosan da makan ubat tiap2 hari..korang tolong erk...


nie ubat sekarang..dah nak abs da..yeay..ubat kapur tue makan bila rasa sakit sangat je..ada lagi botol 2 die..

dapat masa appoinment bulan 8 or 10 tahun lepas..abs da..buku kuning tue buku appoinmnet atq


 atq nak bg nasihat sikit nie.. korang jangan xmakan taw even diet pun.kang jadi macam atq..pastu jangan selalu sangat makan benda masam..minum air limau nipis tue..semua la..boleh makan..tapi jangan kerap sangat ok..

kepada kyerull...semoga cepat sembuh k..nk kuar sama-sama lagi nanti..hope semua berjalan lancar taw semuanya


sorry kalau korang meluat dengan entry ini..hihi

Wednesday 23 February 2011

[Segmen]: Puitiskan Diri Anda

assalamualaikum wahai readers sekalian

tadi atq ada kerajianan nak terjah semua ping blog members Sahabat Blogger..rupa-rupanya ramai yang reti berpuitis nie,,mendalam sungguh maksud entry-entry tersebut..so timbullah idea nak buat segmen nie..

syarat-syarat dia senang je



  1. letak tajuk entry "Puitiskan Diri Anda"
  2. jangan lupa letak header atq yang kat atas tue
  3. jangan lupa backlink balik entry nie lepas korang buat ok
  4. jadi followers atq.? xkisahla..ikut korang ok..atq xpaksa
  5. pasal apa? xkisah la..xnak spesifickan..nanti payah..
  6. xkisah dalam bentuk apa, semua diterima
  7. tinggalkan komen kat entry nie
  8. tarik tutup: jumaat pagi..ok?

ada lagi terms & condition die..hurm...xde da rasanya..meh join ramai-ramai ok..boleh ke tidak? boleh ke tidak? boleh ke tidak?

[Bro Framestone bertanya] Sejauh mana persahabatan dibina oleh seorang blogger

assalamualaikum wahai readers sekalian

baru lepas review blog Bro Framestone nie.. nak terjah segmen dia pulak.. malam tadi Taufiq Helios ada cakap.. tapi atq x larat nak stay up dah..penat..



bro mintak pandangan atq la pasal persahabatan dengan blogger nie

ok..atq bagi :-

  • terasa ingin selalu berjumpa sebab xpuas berborak, yelakan..baru jumpe.. baru kenal.. so banyak benda nak diceritakan
  • boleh menjadi tempat luah perasaan, tempat mengadu nasib dan tempat mengutuk sama-sama (tapi nie x bagus utk akhirat ok)
  • dapat tahu perkara yang kita tak tahu
  • nama lah tahu kan.. tempat bertemu jodoh pulak
  • dapat ramai kawan dari seluruh negara, so boleh tompang rumah diowang if datang sana..haha *ok..nie atq pernah buat..thnx ya kak faten rosli bagi tompang umah ari tue
  • boleh belajar lebih mendalam lagi pasal designer, programming dan seumpama dengannya
  • boleh main sandel mendel dalam dunia blogging nie, so kawan sekolah x tahu sangat.haha

nasihat atq kat kyerull La Fresco

  • jaga diri baik-baik
  • jangan terlalu aktif k
  • jangan banyak jalan
  • semoga selamat operation tue
  • simpan kartun yang afiq razak tue buat
  • jangan nakal
  • kami kat sini sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu
  • abang chill..sentiasa chill okie.

ok..dah siap da..yess..bro tunggu atq join segmen nie

Tuesday 22 February 2011

Jawapan Saya kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

assalamualaikum wahai readers sekalian

sebelum nie atq ada bercerita berkenaan penggunaan perkataan SALAM dalam entry yang lepas..atq agak konpius dengan perkara tue sebenarnya..tadi pi belek-belek kat home fb..ada lah jumpe artikel yang menjawab semua keraguaan penggunaan SALAM nie

nie jawapnnya...


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ 

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

maaf if ada yang keliru dengan entry atq yang ini sebelum nie..sekarang dah diperbetulkan..hope disebarkan juga macam entry sebelum ini..

yang buruk itu datang dari diri atq sendiri, dan yang baik itu datang dari Allah SWT...

sumber : note facebook

Monday 21 February 2011

kenapa saya seakan-akan lelaki

assalamualaikum wahai readers sekalian

sungguh bosan petang nie..nak layan Sahabat Blogger, malas dah..nak layan Twitter, xde sape nk layan atq nie..so update blog la..lagi best..dapat berceloteh sorang-sorang..

atq nk cerita sikit pasal atq nie..haha..jgn muntah ok..kite rewind balik masa gathering kat shah alam ari tue..sape yang xde..memang xtahu..sape yang ada mungkin tahu, mungkin xperasan. diowg yang datang hari tue asyik usik atq je..xkisah pun..atq suke je..at least tahu yang atq wujud masa tue..diowg asyik usik, "alah atq.laki mana boleh tacing.." atq pun jawab la.. "atq perempuan ok.."


memang atq ngaku, atq nie agak kasar, cara jalan kasar, cara cakap kasar sikit kot, suara macam halilintar..dan atq rasa atq dah macam laki..opsss..rasa ok..bertukar xmungkin dan x akan..


banyak faktor atq jadi camni..


  • dulu, masa ibu mengandungkan atq, abah nak anak laki, sebab 4 orang anak yang atas-atas tue dah perempuan..so kenan la nie..
  • masa kecik dulu asyik pakai macam laki, skirt xpernah pakai pun masa dolu-dolu
  • terikut-ikut akak yang nom 3, die tomboi masa dulu.sekarang dah ladies ok..anak sorang dah pun
  • kawan kat taman perumahan semua laki, yang perempuan xbest, main masak-masak
  • xpernah nak rambut panjang, dan x diajar untuk berambut panjang masa dolu..now? biarlah rahsia
  • dulu tomboi okie
cukupla tu erk atq list kan kenapa atq like boy..malas nk list panjang-panjang..


tapi sekarang atq dalam proses me'ladies'kan diri sendiri nie..dah start pakai baju kebaya, skirt, perbaiki cara jalan, cara cakap..choyy! *kantoi lagi...grrrr


even atq macam laki, tapi masa sekolah menengah dulu, makk aii..anti laki nie..haha..satu perkara lagi, atq cepat nages, haha..agak ke'cewek'kan disitu ok..dalam hati ada taman beb..hahaha..tue perkara benar, atq memang senang sangat nak nages, nak tacing sana, sini..yang tue atq xtipu..


dah..xmoh cter panjang-panjang lagi..sebab nanti lagi banyak yang terkeluar..haha..


dan para readers sekalian, atq perempuan taw..tulen lagi nie..ramai sangat ingat atq nie laki, myb sebab nama kot..hurm..xpela..atq selesa guna nama atiq...

propaganda YAHUDI

assalamualaikum wahai semua readers sekalian

dah lama atq nak share perkara nie dengan readers semua..tapi masa tak mengizinkan dan kemalasan menguasai diri..tapi hari nie atq nekad dan tekad nak share gak..

dalam kehidupan seharian kita, dalam sedar tak sedar, kita telah pun mengikut cara yahudi, lagi-lagi bila kita bergambar, so kalo dah setiap hari amik gambar, dan buat benda yang sama, macam mana erk.?

atq just nak share RAHSIA SIMBOL YAHUDI..banyak simbol yang ada..tapi atq amk yang selalu kita buat je..kalo banyak-banyak pun..korang bukannya ingat, bukannya nak baca panjang-panjang..haha..ok dah!

simbol 1: TOLONG DIAM




isyarat yang sering kita lakukan ialah 'diam' dengan cara meletakkan jari telunjuk secara menegak pada hujung mulut. dalam amalan FREEMASON dan berdasarkan buku-buku panduan, simbol diam dipercayai digunakan sebagai satu isyarat amalan khusus supayaahli-ahlinya agar tidak memperkatakan sesuatu. kemungkinan juga ia merupakan amaran kepada ahli-ahli agar sesuatu perancangan rahsia tidak didedahkan.

menurut Marrs, setiap peringkat darjah Freemason yang bakal dipakai oleh ahlinya, harus mengemukakan satu sumpah yang menyebut bahawa dirinya berjanji tidak akan membocorkan arahan rahsia yang diamanahkan. ahli itu juga harus berjanji bahawa dirinya haruslah sanggup menerima hukuman yang dtetapkan.

contoh lafaz angkat sumpah berkaitan isyarat 'DIAM' dalam Fremason yang membuktikan ia adalah amaran yang keras :-
"...binding myself under no less penalty than that of having my throat cut across, my tongue torn out by its roots, and my body buried in the rough sands of the sea, at low-water mark, where the tide ebbs and flows twice in twenty-four hours, should I ever knowingly violate this my Entered Apprentice obligation.


simbol 'diam' yang diamalkan oleh Freemason ditiru daripada dewa langit Mesir Purba Harpocrates.

 simbol 2: TANDUK SYAITAN ATAU I LOVE U SATAN



bagi pencipta bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak, simbol ini dicipta untuk membawa maksud " i love u". sehingga sekarang isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat universal untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan "i love u" atau "aku cinta padamu"


namun, analisis Texe Marss dalam Codex Magica menunjukkan suatu tanda jelas bahawa simbol ini digunakan oleh golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat PENYEMBAHAN dan rasa CINTA kepada unsur-unsur kesyaitanan. maka Marss menyimpulkan simbol ini bermaksud 'i love u SATAN'


para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat "i love u" yang dicipta Halen (pencipta bahasa isyarat) sebenarnya diadaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. ia berasaskan kenyataan beliau dalam buku Light in My Darkness. Halen menyebutkan bahawa beliau amat menkagumi pandangan Emanuel Swedenborg (meminati amalan mistik & kerohanian bercorak falsafah agama, mendakwa dirinya diamanahkan oleh tuhan kristian untuk memperbetulkan semula ajaran kristian) sebagai pegangan dalam mencapai visi hidupnya  


simbol 3: TANDA OK



perlu kita ketahui bahawa simbol OK tidak akan dibuat oleh seseorang jika tiada pihak kedua bertanyakan sesuatu.

ini kerana, simbol Ok membawa maksud mengikut kepercayaan bagi pengamal Tantra Yoga (ritual seks), sibol OK membawa maksud keghairahan. bagi masyarakat Pagan, tiga jari yang dibuka ditengah membawa maksud 3 ahli triniti (3 tuhan disembah). manakala masyarakat hidu pecaya bahawa simbol kesempurnaan yang paling suci (revered mudra)

golongan Freemason, simbol ok membawa maksud simbol alat kelamin perempuan(yoni). bagi pengamal ajaran kesyaitanan, tiga jari yang dibuka merujuk kepada 3 tuhan sembahan iaitu Iblis, Dewa Babylon & Antichrist (Dajjal). dalam Illuminati, simbol ini membawa maksud The Divine king atau Antichrist

simbol 4: KEJAYAAN UNTUK SYAITAN



Dr Cathy Burns menerangkan dalam bukunya yang bertajuk Masonic and Occult Symbols Illustrated bahawa dua jari yang terbuak merujuk kepada amalan dalam ajaran Freemason. dua jari itu menggambarkan dua ciri yang ditonjolkan iaitu baik dan jahat, syurga dan neraka. selain itu, ia dianggap sebagai perlambagan kepada tanduk Baphomet iaitu tuhan berkepala kambing yang dipuja pengamal ajaran kesyaitanan.


akhirnya..siap pun.fuh penat, tapi xpe..sebab benda nie..atq sanggup taip panjang-panjang..alamak..terpanjang lak..hihi..ok erk korang..hihi

sumber: Rahsia Simbol Yahudi, membongkar rahsia simbol Freemason, Illuminati, peace, walt disney nazi, dollar......

Sunday 20 February 2011

Mira Husin..saya mintak maaf

assalamualaikum wahai readers sekalian

nie entry tacink sedih atq..


tadi...SB bising sangat..atq xtaw pun...Taufiq Helios yang bgtaw...memang time tue atq dah x senang duduk dah time tue...sebab atq x online masa tue...


atq dah balik saujana utama..so kalo nak online masa kat rumah..memang susah sangat.nie pun pinjam lappy sepupu...


pastu atq dapat online 5 min je..then sepupu nak guna.so atq terpaksa la offline terus...masa tue Mira Husin chat dengan atq..atq xsempat nak balas cat tue..atq terpaksa offline....




pastu mira tag nama atq..cakap atq marah ke dengan die..atq xmarah pun die..atq terpaksa offline mira time tue..yang pasal mesej pagi tadi..xpe..atq xkisah..atq just nak bgtaw je..if xbalas pun xpe...


atq mintak maaf if mira terasa dengan atq k...maaf sangat...plizzzzzz...

makcik borek, anak buah rintik

assalamualaikum wahai readers sekalian

ehh..atq update entry tengah-tengah malam la..hihi...saje je..mengisi masa lapang dari melayan sahabat blogger & twitter..hehe...

kenape erk tajuk camtu..sebabnya tadi..atq pi hari kecemerlangan anak buah atq..afwa nisa'i..semangat atq bangun awal dek kerana nak amik gambar dia kat atas pentas..ok la tue kan..bagi semangat belajar kat die..

x sangka anak buah atq nie pandai gak orangnya...ada 6 matapelajaran terbaik die dapat.? atq ada.? xdela weyh..hihi....tp atq up sikit dari die...opsss..bangga diri sudah..

dah la tue..banyak taip..nanti lagi bangga diri..ushar gambar la kenapa atq tulis tajuk cmtue k..

buku aturcara die





dalam kotak tue nama anak buah atq




yang x pakai tudung tue anak buah atq
 sebab nie la atq cakap "makcik borek, anak buah rintik"



ehh..bangga 5 saat..ok dah..

Saturday 19 February 2011

LEMAHKAH WANITA ITU KETIKA MENANGIS??

assalamualaikum wahai readers sekalian

hari nie atq nak cerita pasal wanita..yela..atq kn wanita..even ramai ingat atq nie laki..tapi atq wanita ok..atq wanita..atq ok..hihi...lagi-lagi masa event kat shah alam ari tue..memang kaw-kaw kene perli dengan diowg..yup..memang atq dulu tomboi..tapi sekarang dalam proses penukaran ke wanita sejati ok..hihi...

nampak je ganas diluar..tapi ada taman taw dalam diri nie..xcaya.? tanyalah kawan-kawan yang rapat dengan atq..dahla tue..lagi banyak bercerita pasal diri..abis terbongkar semua pekung di dada..nak kenal atq dengan lebih rapat? atq on je..

atq dah..STOP ok! merapu meraban je kejenya..berbalik kepada tajuk entry ok..hari nie atq nk cerita kenapa perempuan atq nama saintifiknya wanita mudah menangis..tue je sebenarnya..hehe...jom baca kenapa sebabnya..

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 
"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", 
kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan
berkata, 
"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun akhirnya membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, 
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia bermunajat kepada Tuhan,
dan ia memohon jawapan, 
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. 
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; 
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

 "Kau tahu:

 Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

 "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya ? tempat dimana cinta itu
 ada."

 Setiap Wanita itu Cantik.

pssst: "Kirimkan ini kepada setiap wanita cantik yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!




dan atq ngaku..atq senang menangis..so kepada laki-laki diluar sana..jangan nak marah-marah bila perempuan menangis ok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...