terhebat dari ...piouSpdosH..

Friday, 3 December 2010

cerita pasal JUMAAT

hari nie hari jumaat..

aku nie dah le jenis yg suke perhati apa yg ada sekeliling aku...dan apa yang aku tengok setiap kali hari jumaat..mesti ada budak laki MELAYU + MUSLIM..yang xpi solat..kenapa erk.??

solat jumaat nie susah sgt ke? dari apa yang aku tengok la..solat jumaat nie xdela susah..just pergi, dengar khutbah, solat rakaat doa..pastu balik la..xdela susah mana pun...senang je...hurm...

minggu lepas..masa aku otw ke selatan thailand tue..konvoi aku stop la kat masjid gua musang..utk solat jumaat..ada la 2 3 mamat nie...pakai dah smart dah..fully baju melayu..masa imam tengah khutbah..die dok depan kete aku..masa dah rakaat ke-2..baru diowg masuk..tapi xabis imam baca doa lg..diowg dah keluar..maksudnya pe tue erk.? taw la kalo kat kelantan, sape2 yang xpi solat jumaat kene saman ngn polis..tp xyahlah jadikan masjid tue tempat lepak utk lari daripada kene saman..

ha! yang nie aku baru je tgk..tp rasanya tiap2 jumaat ada kot..selalunya aku rehat masa hari jumaat masa kaum adam solat jumaat..tapi setiap kali aku pi kedai tue..ada je mamat MELAYU+ISLAM nie..datang makan2..minum2..yg muskilnya..die datang masa tgh khutbah, orang dah balik solat pun still ada lagi kat situ...yg nie apa lak maknenya erk.? muskil..muskil..

xpela..itu urusan diowg dengan Allah..aku hanya boleh tengok je..nk tegur xde kekuatan..aku amk yg selemah-lemah iman jela...hihi

meh kite tengok dalil-dalil kewajipan SOLAT JUMAAT nie...


الحمدلله رب العالمين, والصلاة والسلام على أشرف المرسالين وعلى آله وصحبه أجمعين, اللهم هداية للصواب, وبعد..

Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu ‘ain apabila berhimpun syarat-syarat sah sembahyang Jumaat itu.

Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (9)
(سورة الجمعة:9)

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

(Surah al-Jumu’ah:9)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga menjelaskan akan kewajipan sembahyang Jumaat itu sebagaimana sabdanya:

رواح الجمعة واجب على كل محتلم
(رواه النسائي)
Maksudnya: “Menyegerakan Jumaat itu wajib ke atas setiap orang yang bermimpi (baligh).”

(Hadis riwayat an-Nasa’i)



Tersebut di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj: Bahawa syara’ telah menentukan syarat-syarat wajib sembahyang Jumaat itu ke atas setiap orang yang Mukallaf iaitu baligh, berakal, merdeka, lelaki, orang yang muqim, yang tidak sakit dan lain-lain lagi seperti takut, tidak mempunyai pakaian, lapar dan dahaga. Dan tidak wajib Jumaat itu bagi kanak-kanak dan orang gila sebagaimana pada sembahyang yang lain. Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah: “Tidak wajib Jumaat bagi orang yang pitam kerana pitam itu seperti orang gila, dan tidak wajib bagi hamba, perempuan dan orang musafir yang diharuskan, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

الجمعة حق واجب على كل مسلم الا أربعة: عبد مملوك أو امرأة أو صبى أو مريض
((رواه ابو داود وغيره)

Maksudnya: “Sembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lain)

Sabda Baginda lagi:

لا جمعة على مسافر ولا على مريض
(رواه البيهقي)

Maksudnya: “Tidaklah (wajib) sembahyang Jumaat itu bagi orang yang musafir dan orang yang sakit.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

2 pengondam setia:

Ain Atika Zailani said...

ohh ada jugak ye orang macam 2..xikhlas 2.harap pasangan kita xberperangai macam 2..

forever love said...

tue la pasal..xtaw la pe nk jadi dgn owg sekarang nie..dah xtakot ALLAH kot..

hope cmtue la...mintak dijauhkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...