terhebat dari ...piouSpdosH..

Sunday 6 February 2011

etika Nabi SAW dalam hal makan & minum

salam wahai readers sekalian

atq nak share satu perkara kepada semua pembaca blog atq nie..etika Nabi semasa makan dan minum...jom baca...


  1. Nabi SAW tidak pernah menolak makanan yang ada, & tidak pula membebani diri untuk mencari makanan yang tidak ada.
  2. Nabi SAW makan apa sahaja yang baik & dekat disisi baginda, kecuali makanan tersebut tidak sesuai bagi baginda, dan baginda meninggalkan makanan itu tanpa mengharamkannya.
  3. Nabi SAW tidak pernah mencela makanan.
  4. Nabi SAW pernah memakan manisan dan madu
  5. Nabi SAW makan daging unta, biri-biri, ayam, burung puyuh, keldai liar, daging kurma, makanan laut, makanan panggang, makanan kurma masak dan makanan kurma biasa.
  6. Nabi SAW minum susu murni, susu campuran, adunan tepung, madu campur air, minum sari kurma.
  7. Nabi SAW makan khaiziirah (sup diperbuat daripada campuran susu dan tepung), timun mesir yang dicampur dengan kurma masak.
  8. baginda pernah makan susu fermentasi, makan kurma dengan roti, makan roti dengan cuka, makan thariid (roti yang dicampur dengan sup daging), makan roti dengan wadak (lemak cair)
  9. baginda makan hati yang dipanggang, daging yang sudah diasinkan, labu yang dimasak
  10. baginda pernah makan makanan yang direbus, roti daging yang dicampurkan dengan lemak, makan keju, makan roti yang dicampur dengan zaitun, makan tembikai dicampur dengan kurma masak, makan kurma dicampur sari susu.
  11. baginda tidak pernah menolok makanan yang baik-baik, tidak memaksakan diri untuk mencarinya
  12. makan makanan yang mudah didapati, ikat perut bila dalam kesusahan
  13. sebahagian besar makanan baginda diletakkan di atas talam tepat di atas tanah.
  14. baginda makan dengan tiga jari, dan selalu menjilat ketiga-tiga jarinya ketika selesai makan
  15. baginda makan dengan tidak bersandar
  16. baginda selalu menyebut nama Allah pada permulaan makannya serta bertahmid di akhir waktu makan.
  17. sikap baginda ketika minum adalah sambil duduk
  18. ketika minum, baginda mendahulukan orang yang berada dikanan baginda meskipun orang yang berada di kiri baginda lebih tua dari nya

kredit to: cara makan & berubat nabi SAW

12 pengondam setia:

Faten Rosli said...

nice sharing.. ^_^
yg no14 tue,, yg mkn guna 3 jari 2, baginada guna jari ibu.,telunjuk dan hantu ea?.

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

nice info dear.. =)

Yang comel,
Khumaera Ismail

forever love said...

misz FaTiN: alamak kak..yg tue xpasti...tp nty atq tanya pakcik atq erk..dalam buku tue xde lak tulis..

forever love said...

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid; thnx ya..ada lagi nak share nty..

alyana hamdan said...

if dah tahu serba sedikit..
tp ini menambah lagi ilmu..
nice info
=)

ShashaCatering said...

First time kat sini. sy dtg dari blog Mat Gebu ;-)

forever love said...

yana : yup..dah baca lg byk tahu

forever love said...

ShashaCatering: hehe..thnx ya..blog xde pape pun nie

Azrul Hisham said...

info yang sangat menarik...boleh jadi panduan ni :)


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

forever love said...

Azrul Hisham: yup..taw xpe..huhu...dapat pahala sekali

loona said...

slm.. admin SB.. tima kasih share ilmu ni. :)

forever love said...

scratcher : sama2..sy nak readers dapat apa yg saya baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...