terhebat dari ...piouSpdosH..

Monday 27 June 2011

Tips Untuk Mencantikkan Tubuh Badan

assalamualaikum wahai reader sekalian..


sini..sini.. atq nak bagi tips lagi nie.. petua nie baik punya.. betul.. kalau ikut betul-betul.. takde main skip-skip... jom baca apa petua die..

1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka
yang kelaparan.

4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari.

5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,
dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain,
perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan
semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,
akan senantiasa ada tangan terulur.

7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan,
satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk
tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di
matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni,
terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang
dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

betul tak apa yang ditulis tue.. hihi.. betul la kan..apa lagi.. amalkan lah ye..

8 pengondam setia:

athirahassin said...

bgs btol... igt psl apa td...

AnakPakZohar said...

shuke2... =)

missina said...

sukala tips ni,,penuh teladan,,,

Hanim Mahali said...

petua yang bagus untuk diamalkan...
Ini baru betol! ^_^

forever love said...

athirah : hihi.. jimat duit.. tak yah beli produk yg tak kompem mencantikkan tue.. hehe

forever love said...

yad'z: suke kan.. hehe.. terima kasih

forever love said...

missina: hehe.. terima kasih

forever love said...

Hanim Mahali: yup.. lepas nie.. amalkan yg nie je.. boleh jimat duit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...