assalamualaikum wahai reader sekalian..
atq ada tips baekk punya nie.. hehe.. jom baca... jangan lupa amalkan ok..
= = = = =
1. Berdoa Bersungguh-sungguh dan Berusaha dengan Tepat
> Jodoh ditangan Allah, tetapi kita wajib untuk mendapatkannya.. gunakan pelbagai usaha dan ikhtiar yang dibenarkan syariat kemudian berdoa dan terus berdoa.. sertakan dengan tawakal, InsyaAllah mendapat jodoh yang diimpikan..
2. Amati Orang Disekeliling Anda
> mungkin kita terlepas pandang dengan orang disekitar kita.. mungkin mereka salah seorang wanita atau lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman kamu.. lumrahnya kebanyakkan jodoh kita tidak jauh dari kita, namun masih ada kemungkinan seseorang itu berjumpa dengan orang yang jauh..
3. Tidak Mudah Patah Semangat
> Sabda Rasulullah SAW "Allah membenci kepada orang yang patah semangat tetapi syaitan menyukainya"
kebanyakkannya, orang mudah putus asa dalam soal jodoh ini.. tanggapan negatif yang asyik berlegar di minda hanya menyebabkan jodoh sukar ditemui..
4. Mengisi Hati dengan Ibadah Tertentu
> setelah menyucikan hati, kita perlu fokus terhadap tindakan untuk mempertahankan kejernihannya dengan ibadah tertentu... ibadah ini walaupun sedikit, tetapi mampu dilakukan secara ikhlas dan istiqamah, mampu menjadi benteng pertahanan terhadap seseorang yang terus mengekalkan kesucian hati daripada sifat mazmumah..
5. Menyayangi Semua Orang di Sekitar
> orang yang penyayang akan menarik orang lain sayang padanya.. semua orang di sekitar perlu disayangi dan dihargai agar kita dihormati
6. Menyucikan Hati
> perlu perbanyakkan muhasabah diri, bertaubat, beristigfar dan memaafkan orang lain.. hati yang bersih akan memancarkan sinar ketulusan di wajah seseorang menyebabkan seseorang itu sejuk dipandang.. maka mudahlah orang akan jatuh cinta terhadapnya..
7. Sentiasa Bersedia Bertemu Pasangan pada Bila-bila Masa
> tanggapan pertama itu penting.. persiapkanlah diri kita dalam keadaan kemas, bersih, wangi dan ceria walau dimana kita berada.. kita tidak dapat menolak kemungkinan bahawa di satu tempat yang kita pergi itu mungkin menjadi tempat pertemuan pertama dengan bakal pasangan kita
8. Cuba Melengkapi Ciri-ciri Lelaki dan Wanita Idaman
> perbaiki segala kelemahan dengan segala kebaikan.. cuba sedaya upaya memasukkan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau lelaki idaman ke dalam diri sendiri.. sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman, bakal pasangan kita juga turut mengimpikannya.. maka coraklah langkah bermula dengan diri kita untuk menjadi insan yang diimpikan oleh seseorang..
= = = = =
huhu..dapat tak apa yang atq nak sampaikan.. amalkan lah.. semoga si dia menjadi jodoh kita.. hingga ke hujung nyawa.. amin..
sumber : Dato' Fadilah Kamsah, Solusi isu 31
10 pengondam setia:
nice entry.
mana taw jodoh kita depan mata je kan.
:)
jodoh...serah padaNya...jika tiada di sini...pasti ada di sana
fyna: thnx fina.. hihi.. yup.. jodoh tak semestinya jauh2..
puteraduyong: Allah tak suruh berserah selagi tak berusaha
sentiasa berdoa.
kalau ada jodoh tak ke mana.
yg dh dkt didekatkan lg bolee??hehe..nice one..
Ecah Ecot: hehe.. boleh je.. hihi..
hihihhi.. ni penangan kene bebel tak jumpa jodoh ni ek? ehhe
indah dunia ni kalo dapat jodoh yang tepat ngan ciri3 yg kite nak kan, atiq? hehe
nice sharing atiq~ yang last sekali, mencari dan menjadi...kan? :)
Post a Comment