terhebat dari ...piouSpdosH..

Thursday 16 June 2011

Barbican Bebas Alkohol

assalamualaikum wahai readers sekalian..


sebelum nie kecoh yang air dari negara Arab ada alkohol.. sampai kat sana pun atq takut nak minum air tue.. huhu.. walaupun nafsu nie berbuak-buak nak amik air tue.. hahaha...

dan pihak UKM telah mengesahkan bahawa Barbican tersebut bebas dari alkohol.. keluar kat akhbar Kosmo hari nie...



"KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.

Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.

“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam."

Sumber: Kosmo Online

so..lepas nie.. sape yang teringin nak minum tue.. sila kan.. tapi jika diri anda ada was-was berkenaan air nie.. baik jangan minum...


12 pengondam setia:

Datin Tyka said...

tak penah cube.. mcm takut je tengok.. botol pon takut nengoknye.. huhu

Muhammadnuraizuddin said...

teringin pulak nak try..ihih

forever love said...

tyka : sama la.. sebab pikir lain.. hehe

forever love said...

Muhammadnuraizuddin: kan din.. nk try la

ekin said...

bebas alkohol..bole la minum balik pasni..huhu :)

forever love said...

eykn : wah..die mnm la.. sedap tak.?

Unknown said...

ade byk jual kt kedai runcit kampus.. tp lom beli ag.. tengok mat arab je ramai minum... huhu

PinKy MoMMa said...

x penah tau apatah lagi mencubanya dik hehe ;)

sgt ketinggalan ketapi ;p

forever love said...

PinKy MoMMa: kat ganu takde jual kot.. hehehe...

ketapi patah balik da nie.. naik la

forever love said...

Siti Farah : mmg minuman dari sana pun.. sebab tue diowg je yg beli

yaya_flanella said...

tak pernah minum la tapi ade org kata V-soy tu adik beradik dia jugak.. ok la kalau bebas alkohol..

forever love said...

yaya_flanella; dah tak mnm soya.. hehe.. hurm..kan.. tapi stil was2 la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...