terhebat dari ...piouSpdosH..

Thursday, 23 June 2011

Amalan-amalan Sunat Hari Jumaat

assalamualaikum wahai reader sekalian..


jom kita perbanyakkan amalan sunat kita masa hari jumaat nie.. tapi jangan sampai amalan wajib tertinggal pulak ye..

1. memperbanyakkan selawat pada malam jumaat dan siang jumaat

> sabda Rasulullah saw : "perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat dan memberi salam kepadanya sepuluh kali" (riwayat al-baihaqi)

2. membaca surah al-kahfi hari jumaat atau malam jumaat

> Rasulullah saw bersabda: "sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua jumaat" (riwayat al-nasa'i dan al-baihaqi)

3. mandi sunat, berhias, bersiwak/bersugi, dan memakai wangi-wangian

> Rasulullah saw bersabda: "sesungguhnya hari ini (jumaat) ialah hari raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin, sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi, jika memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. hendaklah kalian bersiwak" (riwayat ibnu majah dengan sanad hassan)

4. bersegera menghadiri solat jumaat

> terdapat ganjaran yang berbeza bagi mereka yang pergi ke masjid pada hari jumaat. waktu masuk ke masjid di awal waktu seolah-olah berkorban seekor unta, waktu kedua seolah-olah berkorban seekor lembu, waktu ketiga seolah-olah bekorban seekor kambing kibas, waktu keempat seolah-olah seekor ayam dan waktu masuk ke masjid pada akhir waktu seolah-olah bekorban sebiji telur..

5 berusaha duduk dekat dengan imam semasa solat jumaat

> rasulullah saw bersabda : "hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam, sesungguhnya seorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun memasukinya" (riwayat abu daud dan al-hakim)

so.. dah tahu kan.. apa lagi.. jomlah perbanyakkan amalan sunat kita pada hari jumaat nie..

sumber : solusi isu 27

7 pengondam setia:

C i k P i p i T e m b a m said...

btol2 . tp bersiwak tu apa ? pnah dgar tp xtahu mksud .

forever love said...

Nurul Amira : bersugi...

Hanim Mahali said...

baca surah al-kahfi hari jumaat tu dah lama tak amalkan... terima kasih ingatkan... ^_^

Anonymous said...

Nad biasa mandi sunat je..hee...

tq for the info...

salam kenal.. :)

www.myobw.com said...

info yang amat berguna buat saya dan buat muslimin dan muslimat di luar sana... 'terima kasih berkongsi tentang ilmu yang amat berguna nie... syukur!'

blog atiq salleh tersenarai dalam list terjah bersama myobw..

BRO_MONDAY said...

miss atiQ : alhamdulillah entry kita ni ada persamaan, unsur ilmiah tetap gak diterapkan untuk dikongsi bersama...no.3 point kat entry ni sama ngan entry ai, mujur yu cakap tadi....('',)

p/s :entry ai pagi ni,
http://bit.ly/mandiSUNATjumaat

Sunah Sakura said...

sekarang tak ramai yang bersegera gi solat jumaat... huhuhu... thanks atiq~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...