terhebat dari ...piouSpdosH..

Saturday, 14 August 2010

SPECIAL FOR MY MUM


SELAMAT HARI LAHIR IBU..

hari nie..genaplah umur my mum 54 tahun..semoga Allah panjangkan umurnya..semoga Allah murahkan rezekinya..semoga Allah memberikannya kesihatan yang baik..semoga Allah meredai kehidupannya di dunia dan akhirat..semoga Allah mengasihinya seperti Allah mengasihi hambaNya yang lain..semoga Allah kuat dan tabahkan hatinya untuk menempuh dugaan hidup di dunia ini..semoga Allah jauhkannya dari seksaan kubur, daripada fitnah dajjal, daripada seksaan api neraka..

"ya Allah, Kau ampunilah dosa ibu ku..Kau peliharalah ibu ku sepertimana dia memelihara sejak dari kecil lagi..Kau berilah dia kebahagiaan salam kehidupannya..Kau berilah kesihatan yang baik kepadanya..Kau tetapkanlah hatinya ke jalan yang Kau redhai..Kau jauhkanlah dia dari seksaan kubur, daripada fitnah dajjal, daripada seksaan api neraka..masukkanlah dia kedalam SyurgaMu nan indah itu ya Allah..aku amat menyayanginya ya Allah..ya Rahman..ya Rahim..Kau murahkanlah rezekinya ya Allah..Kau berilah dia kehidupan yang baik..ya Allah, ya Rahman, ya Rahim..amin ya rabbal alamin"

atiq sayang ibu sangat..halalkan makan minum atiq selama ibu menjaga atq dari kecik sampai la besar nie..halalkan susu ibu yang ibu telah berikan kepada atq semasa atq kecik dahulu..ampunkan dosa2 yang telah atq lakukan terhadap ibu..doakan supaya atq dipermudahkan untuk menempuh liku-liku hidup ini ye..terima kasih kerana membesarkan atq dengan penuh kasih sayang..terima kasih kerana sanggup menjaga atq semasa atq sakit..

0 pengondam setia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...