CINTA..
pelbagai maksud yang boleh diberikan dengan hanya perkataan C.I.N.T.A..setiap manusia yang ada di muka bumi ini mempunyai maksud yang berlainan tentang CINTA..dan menurut kamus dewan CINTA mempunyai TIGA maksud iaitu- perasaan atau berperasaan sangat sayang
- perasaan atau berperasaan yang berahi antara lelaki dan perempuan
- perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu
tetapi..kebanyakkan manusia sekarang menyalah tafsirkan makna CINTA itu..CINTA bagi mereka hanya kepada manusia..tidak kepada Pencipta Alam Semesta ini..tidak kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..tidak kepada Yang Maha Sempurna...tidak..tidak sama sekali..Cinta mereka kepada manusia sehingga melupakan asal usul mereka...sehingga sanggup mengadai kan maruah...hanya untuk membuktikan Cinta mereka kepada orang yang mereka terlalu cintai..tapi..persoalannya sekarang..SAMPAI MANAKAH CINTA MEREKA ITU...??adakah dengan ikatan CINTA yang begitu tulus dan suci akan membawa mereka ke SYURGA yang penuh dengan keindahan..I LOVE U..
I MISS U...
adakah hanya dengan meluahkan perkataan itu..
dapat membuktikan bahawa dirinya dicintai segenap jiwa dan raganya..??
adakah hanya dengan meluahkan perkataan itu..
dapat membuktikan cinta begitu tulus..??
jika kita betul-betul mencintai sesorang..kenapa kita tidak membimbing orang yang betul kita cintai itu ke arah SIRATULMUSTAQIM..??kenapa kita tidak menghalang orang yang betul kita cintai itu daripada melakukan zina kecil..??kenapa kita lagi mengajak orang yang kita cintai itu hanyut bersama-sama kita yang telah hanyut di alam percintaan...??"wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik"
"wanita yang jahat diciptakan untul lelaki yang jahat"
renungkan maksud hadis ini..
adakah anda mahu mendapat kekasih yang baik atau sebaliknya..
jika kita betul-betul mencintai dan menyayangi seseorang..kita akan membahagiakan mereka..bukan sahaja di dunia..malah diakhirat sana...kita tidak akan mengajak mereka supaya melakukan zina kecil..kita tidak akan mengajak mereka melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT..kita hanya akan mengajak mereka ke jalan yang betul diredhai dan disukai oleh Allah SWT..memang tidak dinafikan bahawa ingin berpasang-pasangan lumrah seorang insan..
memang setiap yang diciptakan oleh Yang Maha Mencipta ini berpasang-pasangan..
sedangkan Hawa diciptakan-Nya khas untuk Adam as..
Allah telah membuat batas-batas pergaulan antara Adam dan Hawa..
selagi tidak ada ijab dan qabul..
selagi itu antara Adam dan Hawa perlu menjaga batas pergaulannya..
ingatlah wahai sahabat-sahabat yang aku cintai..CINTA dunia kehancuran menanti..CINTA akhirat kebahagiaan menanti...CINTA manusia sampai mati..CINTA hakiki hanya CINTA ILAHI..selagi hayat dikandung badan..
janganlah kita lupa bahawa kita ini khalifah di bumi Allah..
khalifah yang diamanahkan untul menjaga bumi nya..
ingatlah kebahagiaan dan siksaan yang telah dijanjikan diakhirat kelak...
bersama-sama kita saling nasihat-menasihati antara satu sama lain agar kita tidak terus alpa dan leka hidup didunia ini..
hidup di dunia hanya sementara..
kejarlah akhirat kerana akhirat itu kekal abadi...
semoga Allah memberkati hidupmu...Amin Ya Rabbal Alamin...