terhebat dari ...piouSpdosH..

Friday 30 April 2010

SELAMAT TINGGAL FINAL SHORTSEM..I WILL MISS U..

4 april 2010

pendaftaran shortsem pada tarikh tue..kemalasan gak lah nak masuk shortsem nie..tapi xpe..myb ada hikmah disebalik shortsem nie..aku kemalasan sebab xpuas merehatkan diri..otak..da kene bertungkus-lumus utk shortsem..huhu

8 april 2010


bermulanya final shortsem..mula2 mmg rasa malas nk shortsem..xde rehat..huh..xpe..berkat kesabaran yang ada..alhamdulillah..aku berjaya menempuhinya.begitu juga dengan kawan2 aku yang lain..30 april 2010berakhirnya final shortsem yang paling tinggalkan kenangan manis aku kat KUIS nie..jam 415 petang tadi..tamatlah paper terakhir aku..paper philosophy of science and technorate muslim..dan time nie gak lah..budak2 berpusu2 nk balik umah..aku tetap menjadi penunggu setia KUIS..KENANGAN YANG TELAH TERUKIR SEMASA SHORTSEM
  • pergi PIKOM dengan fiera, key, ika, kak na, nana, ala'a madeng..seharian berjalan..sampai lenguh2 kaki..byk benda yang aku borong kat sane..dengan duit hanya RM200..haha..byk kn..??
  • jalan pi alamanda putrajaya dengan fiera,nana ngn ika..bawak kete sendiri..dan paling xlupa..kali pertama main bowling..pergh..best sgt2..
  • appoinment dengan doktor..masuk scope @ buat ODGS..sakit gak la..dah la lame menunggu..kene pose malam..dari jam 10 malam sampai 12 tghari aku xmam..lapanya hanya Allah yang taw..
  • pergi book fair..ngn roommate aku..kak wa..nana..tapi ijat pergi esoknya..haha..byk gak aku borong kat bookfair..hahaha..
  • aku dapat mengenali ramai lg kawan2 yang satu fakulti..siap boleh jd geng lagi..xpecially..akak @ nadz..fiera..ika..kak na..kak lin..busu..semua la..bertambah rapat aku ngn diowg..
sedih rasanya nak tinggalkan shortsem nie..mmg sedih..kenangan yeng terlalu indah bagiku..kalau dipanjangkan umur..jumpa lagi sem depan..goodluck to all my friends..


dis my sis..siti nadzirah @ nadz

nie nur zalika @ ika

nie nur safira @ fira

nie lak..rokiah @ key @ cik kiah..

dis my buddy..farhana @ nana..

nie kak na..aku xtaw sgt nme penuh die..huhu..

nie mase ngh tunggu turn nak masuk buat ODGS..

nie lak gambar aku ngn member aku pas main bowling..1st time..huhu

p/s: gambar kat pikom xdapat nk upload la..huhu..sedih :(

Friday 23 April 2010

hari ini dalam sejarah

assalamualaikum wbt & salam 1Malaysia...

mohon maaf kerana dah lame xupdate blog kesayangan nie..bizi yang terlalu bizi..

23 april 2010..

dari jam 10 mlm 22 april aku terpakse berpuasa utk appoinment ngn doc..ari nie..bru aku rase sakitnya bila kene check..b4 nie xde la rase sakit cmni..tepat kul 1230..aku masuk dalam bilik rawatan..dr jam 1030 aku tunggu giliran aku..akhirnya jam 1230 bru dapat masuk..aku da siap tido da tunggu giliran aku...nana pun same..da tido..bgn..tido bgn..aku xmasuk2 gak kat bilik rawatan tue..

aku masuk je..nurse suruh aku baring kat katil..aku ikutla cakap nurse tue..sowg lagi nurse tue tengah bersih kan scope yang bakal melalui akunya salur pernafasan...cuak gler..

mule2..die masuk kn bius..wekkk!! xsedap..ubat yg paling xsedap aku rasa...abs kebas2 mulut aku..da la lme tgu doc nak masukkn scope tue..

time doc tue masukkan scope dalam mulut tue..hanya Allah je yang taw betapa sakitnya..da la kene telan scope tue..scope tue besa ny besa panadol..kira besa la kan..?? pastu mse doc tgh tgk perut aku..scope tue gerak2..lagi bertambah sakit la..mmg rasa nak muntah..selamat xde bnd nak dimuntahkan..muntah angin jela..lebih dari 12 jam aku berpose td...lapanya la..sampai keras2 perut aku..

10 min je aku kat dalam bilik rawatan tue..aku kuar je..nana bru pas tukar status fb die..hahaha..pastue kene tgu lg..utk makanan aku lak..kul 1 baru dapat bubur aku tue..aku mam bubur tue..kongsi ngn nana..cian die..lapa gak..pastue kene tggu lg..tgu masa nak amk ubat..kul 3 petang...ya Allah..asyik menunggu je kejenya hari nie..

sementara tunggu ubat..aku ngn nana pi mam kat kafe ospital tue..boleh la tahan sedapnya..dah kul 3..aku amk ubat..mak aiii!!! byk gler ubat die..selamat 1 biji sekali sehari..xde la seksa sgt..hehehe

kul 4 ptg..aku bertolak balik kuis..kul 6 ptg bru sampai kat kuis..alhamdulillah.selamat sampai..kepenatan yang amat sangat..pe lagi..bantai la tido pastue..azan magrib bru bgn..hikhikhik..

tue jela coretan aku semasa melakukan ODGS..sakitnya sampai sekarang lagi..

Sunday 11 April 2010

banyak..banyak..banyak..

assalamualaikum...

sebenarnya banyak bnda yang aku nk update..tapi kekangan masa membuatkan aku meninggalkan coretan aku nie..dengan akunya memori card reader rosak...so..itu telah menghilangkan mood aku untuk mengupdate blog nie.....erm...


Thursday 1 April 2010

new look (my mozilla firefox)

aku guna layout spongebob coz ak mnt kartun (sowi..gambar pecah..hukhuk)

nie benda terbaru yang ditawarkan oleh mozilla firefox kepada user diowg..banyak lg pic yang

lawa2..mozilla dah diupgrade kepada mozilla firefox version 3.6.2..baru boleh dapat new look

nie..nme ny PERSONAS...boleh manage..boleh tukar2 layout belakang tue..kalo nk taw lebih

lanjut..explore la sendiri erk..hikhikhik...

fitnah dajjal terhadap umat nabi muhammad

Sahabat-sahabatku… Renungan untuk kite kongsi bersama.. Semoga Allah lindungi kite semue. Amin..

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.
Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.
Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota
Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.
Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Sabda Rasulullah : “Sebarkanlah walau seayat.”

walaupun kita masih belum melihat kemunculan jasad dajjal, namun fitnahnya telah bermaharajalela di serata dunia.. kita semua dapat menyaksikan, sedikit demi sedikit, manusia semakin hilang ‘nilai’ nya.. hiburan melampau yang dulunya adalah suatu yang keji kini merupakan yang #1 disanjung.. generasi pelapis yang menyembah ideologi barat, nyanyian, kesenangan, nama, dan lain2 sehingga agama bagi mereka sekadar suatu nama, amalan ritual harian, bacaan yang tidak difahami tuntutannya dan bukannya menjadi pedoman dan cara hidup seluruhnya.. amat menyedihkan, dengan keadaan sebegini agaknya berapa ramaikah daripada kita yang dapat melepasi ujian dahsyat ini…?
sedangkan Nabi sallalLahu ‘alayhi wasallam dan para sahabat radhialLahu ‘anhum pun amat berhati2 dan sentiasa meminta perlindungan dari Allah terhadap fitnah Dajjal ini..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...