terhebat dari ...piouSpdosH..

Showing posts with label dunia akhir zaman. Show all posts
Showing posts with label dunia akhir zaman. Show all posts

Wednesday, 9 February 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

as salam readers sekalian..


tadi masa atq ushar-ushar home facebook atq..tiba-tiba jumpa satu note yang menarik perhatian atq untuk atq share dengan semua readers sekalian...sebabnya atq sentiasa buat perkara nie..setiap kali mesej, setiap kali update entry baru..atq pun baru tahu perkara nie..sebelum nie tahu..tapi x keseluruhannya la...jom sama-sama kita berubah..


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

kredit to: note

Wednesday, 12 January 2011

wanita perlu tahu ini

salam wahai reader sekalian

semalam atq dah share dengan readers pasal hukum lelaki pakai rantai dan bertindik..ada yang terlepas baca ke.? klik sini la erk.atq sekadar nak share..bukan nak blame sape-sape ye...kali nie atq nak share satu lagi perkara yang diambil mudah oleh manusia zaman sekarang..

ada x diantara readers yang xpakai tudung dengan sepupu-sepupu korang? mesti ada kan..yela..ada yang rapat dengan sepupu..rapat macam adik-beradik..so xperlu pakai tudung...perkara sebegitu adalah salah..aurat tue kawan-kawan...

begitu juga dengan abang ipar or adik ipar lelaki..aurat juga..so kalau dah aurat..kene lah tutup..yup..dulu atq juga begitu..tapi masa kecil-kecil dulu lah..dalam tingkatan 2 camtu..atq dah start pakai tudung depan diowg..depan sepupu-sepupu lelaki atq..even diowg datang sekejap kat rumah...

adik-beradik atq semua perempuan..dan atq adik terakhir kakak-kakak atq..so mestilah ada abang ipar kan.? abang ipar atq yang kedua duduk dengan ibu atq..so..setiap kali atq balik rumah ibu..atq pakai tudung depan die..bukan dengan die aje..dengan abg ipar atq yang pertama dan ketiga pun atq pakai tudung juga..sekarang atq duduk dengan sepupu perempuan atq..die dah kawen..so mestilah ada husband die..atq pakai tudung juga depan die..bukan atq nak berlagak atau apa...atq boleh buat..xkan kawan-kawan atq xboleh buat...

rimas? semestinya rimas..panas..xselesa...tapi think positive sahabat..kalau kita panas..set kat minda kita sejuk..insyaAllah sejuklah kita..senang je..nak dosa ke nak pahala? nak neraka ke nak syurga? pikir-pikirkanlah...


kalau dengan adik-beradik lelaki emak kita memang tidak aurat..tetapi..jangan lupa..bila dengan anak-anak lelaki die..kita aurat dengan mereka..kalau dengan adik-beradik perempuan emak kita..dah sure-sure memang aurat dengan husband die..anak apatah lagi kan.?


tapi kalau dengan adik-beradik lelaki ayah kita..kita xaurat...dengan anak die..atq xsure..sama ada aurat atau tidak...kalau nak kebenaran tanya ustazlah..atq xsure aurat atau tidak sebab anak kepada pakcik-pakcik kita merupakan wali kita juga..so atq xdapat nak beritahu sama ada aurat atau tidak..dengan husband adik-beradik perempuan ayah kita...for sure aurat k kawan-kawan..begitu juga dengan anak-anak die..


jangan lupa..cucu kepada makcik dan pakcik kita juga adalah aurat ye...bab aurat perempuan memang berat..tapi kalau kita jaga dengan betul..senang sangat nak masuk syurga..sebab Allah kira banyak benda dengan perempuan nie...cayalah...bukan susah nak pakai tudung dengan mereka nie kan..mula-mula memang payah..dah biasa nanti..senang aje lah..macam atq..xkisah duduk rumah sepupu atq yang dah ada husband 2 bulan..even kene pakai tudung setiap masa...

kalau kita pakai tudung depan diowg..mesti kita nak jaga pakaian kita juga depan mereka kan.? xkan pakai tudung..tapi pakai t-shirt baby, t-shirt xde lengan..seluar pendek, boxer..kan3.?so..dengan pakai tudung je..kita dah boleh jaga aurat-aurat kita yang lain..betul ke dok.?

atq sekadar share apa yang atq tahu...kalau ada yang bercanggahan atau kesalahan..sila tegur ye...atq nak sama-sama masuk syurga dengan kawan-kawan atq nie..sahabat dunia..mestilah sahabat akhirat sekalikan.?atq pun xsempurna..so sambil mengingatkan kawan-kawan..atq juga mengingatkan diri sendiri juga..sharing is caring right?

Tuesday, 11 January 2011

perkara yang perlu diambil kira oleh lelaki pada zaman sekarang

salam wahai readers sekalian

zaman sekarang nie..ramai yang lebih mengikut fesyen berbanding mengikut peraturan agama..atq tulis nie sekadar untuk berkongsi dan sama ingat-mengingati antara satu sama lain..tup..atq pun xperfect lagi dalam dunia nie...still juga buat dosa secara sedar atau tidak sedar..tiada yang sempurna melainkan Allah...

atiq nie jenis yang suka tengok gelagat orang ramai..sebab tue atq xkisah kalau duduk seorang diri kat tempat ramai orang...berbalik kepada tajuk..dalam ramai-ramai yang atiq tengok...sekarang nie ramai lelaki yang memakai rantai dan bertindik..secara peribadinya..atq memang benci dengan lelaki yang pakai rantai dan bertindik..

perkara kecik sebegini pun perlu diambil kira hukum-hakamnya..bukan boleh main suka-suka je pakai benda camtu..kalau x salah atq..agama ISLAM melarang kaum lelaki memakai rantai atau bertindik..sebab yang atq tahu ialah menyerupai perempuan...Allah melarang dengan tegas kepada hambanNya untuk menyerupai jantina lain..RASUL pun melaknat..kalau dah Nabi Muhammad melaknat..apatah lagi Allah SWT kan?

Dalam madzhab Syafi'iy(Fiqh alManhaji) menegaskan haram hukumnya berdasarkan hadis Bukhari (no 5546) yang bermaksud: "Dari Ibn Abbas RA, bahawa RasuluLlah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki." 

kalau diikutkan..semua itu adalah pengaruh daripada barat yang mahu merosakkan umat ISLAM dimuka bumi ini..dalam diam mereka menyebarkan budaya seperti itu..memang kalau diikutkan hati remaja nie sukakan benda yang baru..tapi sebelum mencuba benda baru tue..kene selidik dengan dalam perkara-perkara sebegini..jangan main ikut suka aje...mungkin perkara yang kita cuba tue bertentangan dengan agama..padahnya masa kat akhirat nanti..


nak baca lebin lanjut klik sini, sini dan sini..nie je yang dapat atq share dari pengetahuan atq...even lelaki yang pakai rantai or bertindik tue baik..xtinggal solat..tapi disebabkan imej sebegitu..orang sekeliling menganggap yang die bukan budak yang baik..orang sekeliling akan melihat luaran sebelum dalam seseorang


p/s: pesanan utk diri sendiri dan kepada pembaca blog ini..jika ada salah fakta ke apa..sila bagitahu ye..sharing is caring

Monday, 10 January 2011

tak payah nak sempitkan fikiran tue lah !!

salam wahai readers sekalian


hangat betul pasal cerita AJL nie kan...malam tadi masing-masing update siapa juara AJL..rasanya xyah update pun xpe kot...sebab berita panas camtue, mestilah cepat je sampaikan...pastu pagi nie hangat pulak pasal page "kami tidak bersetuju ana rafali menang AJL 25"


kenapa erk orang lain suka tengok seseorang tue jatuh? kenapa erk perlu begitu...x pikir ke perasaan individu yang dikutuk tue camne..kalau ye pun x suka..kutuk belakang-belakang dahlah..xyah lah sampai nak buat page bagai...dah xde keje erk..dah terlebih sangat masa nak buat camtue..hurmm..peliklah...





nama pun AJL nie nak menaikkan nama-nama baru...xkan nak orang sama je menang..cam dulu..asyik-asyik siti nurhaliza..kalau dah 5 tahun orang sama..baik xyah tengok..sebab dah tahu siapa boleh menang..xsalah pun kalau ana rafali menang..lagu die not bad pe..maksud yang mendalam..


kita bukan orang yang pakar, yang arif dalam bidang seni nie..so xyahlah nak cakap lebih..terima jela kemenangan die..artis-artis yang bertanding pun xmarah kenapa diorang xmenang..so kenapa orang luar yang sibuk-sibuk nak marah...adat bertanding kan..ada menang..ada kalah..terima kenyataan sudah...


mungkin sebab ana rafali nie bakat die tiba-tiba muncul dalam industri seni nie..yela..bakat dari you tube...sama gak macam yuna..dari myspace kalau xsilap..sebab tue ramai yang xsuka..lainlah macam dari akedemi fantasia ke, mentor ke, malaysian idol ke...masing-masing dah ada peminat sendiri mula dari rancanga realiti tue..hurm...


xpela..sekadar nak share dengan readers semua..ada salah fakta or salah apa-apa ke..sila betulkan erk...


p/s: atq antara orang yang sokong ana rafali menang AJL malam td..jangan disebabkan kutukan sebegitu..ana rafali dah xnak berjuang dalam industri seni k...semoga berjaya...imej tue kekalkan..kalau bertudung lagi baik..hehe...* ikut cakap abg ben ashaari

Friday, 7 January 2011

jom kenal dalaman iblis

salam wahai readers sekalian

lega..alhamdulillah..selesai sudah presentation dengan supervisor KUIS..hehe..doakan yang terbaik utk result pulok kali nie erk..hehe

dari semalam lagi atq nak update pasal iblis yg sentiasa derdamping dengan kita nie..hehe..semalam masa berjalan-jalan kat blog orang..ternampak satu entry kat faizalfredley nie...nak tahu pasal apa..meh atq share..tp kreadit to faizalfredley xlupa ye..hehe

Nama :

Iblis Laknatullah

T.Kelahiran :

Bermula dari keengganannya sujud kpd Nabi Adam

Status diri :

Fasik kelas pertama

Agama :

Kufur

T.Tinggal di dunia :

Hati-hati mereka yg lalai

T.Tinggal di akhirat :

Neraka jahanam

Kawasan :

Setiap tempat yg didalamnya tiada usaha untuk mengingati ALLAH.

Arah Perjalanan :

Tiada haluan dan bengkak-bengkok.

Isteri di dunia :

Setiap wanita yg tidak menutup aurat,tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.


Kaum kerabat :

Semua golongan yg menentang dan memusuhi ALLAH

Modal Pusingan :

Angan – angan kosong.

Tempat Pertemuan :

Pasar – pasar.

Musuh Ketat :

Setiap org Islam yg beriman dan bertaqwa.

Motto kerja :

‘ Hipokrasi asas akhlak ‘.

Kesukaannya :

Melalaikan org dari mengingati ALLAH , menggoda dan menyesatkannya.

Cita – cita :

Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir.

Kelemahannya :

Bila orang membaca Istighfar.

Lambang :

Sebarang tatu.

Pejabat Operasi :

Tandas , bilik air , tempat yg bernajis dan kotor serta tempat – tempat maksiat.

Rakan kongsi :

Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Sumber Pendapatan :

Segala harta yg diperoleh dgn jalan yg haram dan riba’.

Jenis perkhidmatan :

Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhdp ALLAH

Tempoh Perkhidmatan :

Sehingga hari kiamat.

Matlamat Perjalanan :

Membawa setiap makhluk ke neraka Jahannam.

Teman Sejawat :

Org yg suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran.

Ganjaran :

Dosa dan kemurkaan ALLAH.

Berkomunikasi Dgn :

Orang yg suka mengumpat, mencaci, memaki hamun,menghasut,pedengki dan pedendam.

Makanan kegemaran :

Daging orang mati dan segala najis dan kekotoran.

Yang ditakuti :

Orang mukmin yang bertaqwa , beriman dan beramal.

Yang dibenci :

Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH.

Alat Perangkap :

Wanita cantik , model , pelacur , peragawati , dan sebagainya.

Saat Ajal :

Bila tiba waktu yg ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak.

Tugas yg paling disukai :

Homosex dan lesbian

Janji-janji :

Janji kosong , angan-angan dan tipu daya.

Yg membuatnya menangis :

Bila orang sujud kepada ALLAH.


p/s: dah kenal dengan lebih dekat kan.? nak ikut gak ke.? jom sama-sama bertaubat...

Monday, 3 January 2011

faizal yusuf aka dani meningal dunia

salam wahai readers sekalian

dah 2 hari x update blog..nie baru ada kesempatan nak update blog..orang cuti..atq pergi berjalan...nanti atq cerita erk...

tengah-tengah blogwalking..atq terbaca satu entry dari zack entry..yang mengatakan bahawa faizal yusuf aka dani dalam cerita adamaya telah kembali kerahmatullah...innalillahiwainnallilah...sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah...

nak tahun lebih lanjut..baca kat sinilah...atq malas nak ulas panjang-panjang...

semoga arwah dirahmati..al-fatihah

dalam keseronokan kita menyambut tahun baru..ada juga yang menyambut berita yang menyayat hati..ingatlah bahawa umur kita semakin banyak..dunia semakin dekat meninggalkan kita..kubur semakin menghampiri kita..semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang hidup kita diterim olehNya..insyaAllah...amin..

Friday, 24 December 2010

cerita pasal jumaat lagi


salam jumaat readers sekalian...hari nie atq makan tengahari dekat mcdonald puncak alam..yeah..banyak atq makan hari nie..dah waktu atq makan tue..tengah solat jumaat..seperti biasa..ada juga lelaki yang xpergi solat jumaat..yang nampak sangat pekerja-pekerja mcdonald tue la..

bukan pekerja xramai time tue..ramai je..xsalah pun kalau pekerja-pekerja lelaki tue pergi solat jumaat..hurm..tue baru pekerja..belum lagi yang datang makan kat sana..xtaw lah apa nak jadi sekarang nie..hurm..makin moden dunia..makin ramai yang lupa kat Allah...dugaan..semoga dijauhkan daripada lupa kepada Allah SWT...

memang xlayak dibuat suami lelaki yang tinggal solat jumaat nie..hehe..bagi atq la...readers yang lain xtaw la pula cmne pendapat..jom tengok apa yang atq makan...x habis? bawak baliklah..xkan nak biarkan je kat situ...


tq pokcik google..bagi pinjam gambar-gambar nie

Thursday, 23 December 2010

kecantikan lelaki & wanita islam

atq dapat benda nie dari surat khabar i luv islam yang baru atq beli tadi..nak share gak dengan readers yang lain..boleh dijadikan panduan hidup..wee~


:. kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.:
lelaki yang cantik:-

1. lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2. lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. lelaki yang memberi madu selepas menerima racun
4. lelaki yang tenang dan berlapang dada
5. lelaki yang baik sangka
6. lelaki yang tidak pernah putus asa

:. kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.:
perempuan yang gagah:-

1. perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4. perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
5. kegagahan perempuan berdiri di atas keteguhan imannya

sumber: majalah iluvislam, http://kunayanie85.blog.friendster.com

Thursday, 16 December 2010

perkara sunat 10 Muharram

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wednesday, 15 December 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!


jom sertai kempem COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT! from THEPOTPETKING..nie je yang aku dapat buat untuk menghidupkan cara islam pada zaman sekarang nie..

xtaw nak cakap apa..atq bagi gambar jela erk...hehe...xnampak apa yang di tulis..klik gambar utk beso kan lagi..

nie yang paling bagus..boleh dijadikan contoh utk atlet2 ISLAM

...

...

...

...

kan bagus cmni..xdedah aurat pun boleh masuk sukan antarabangsa..hehe

atq tag:

semua blogger yang singgah kat blog atq nie..

Friday, 3 December 2010

cerita pasal JUMAAT

hari nie hari jumaat..

aku nie dah le jenis yg suke perhati apa yg ada sekeliling aku...dan apa yang aku tengok setiap kali hari jumaat..mesti ada budak laki MELAYU + MUSLIM..yang xpi solat..kenapa erk.??

solat jumaat nie susah sgt ke? dari apa yang aku tengok la..solat jumaat nie xdela susah..just pergi, dengar khutbah, solat rakaat doa..pastu balik la..xdela susah mana pun...senang je...hurm...

minggu lepas..masa aku otw ke selatan thailand tue..konvoi aku stop la kat masjid gua musang..utk solat jumaat..ada la 2 3 mamat nie...pakai dah smart dah..fully baju melayu..masa imam tengah khutbah..die dok depan kete aku..masa dah rakaat ke-2..baru diowg masuk..tapi xabis imam baca doa lg..diowg dah keluar..maksudnya pe tue erk.? taw la kalo kat kelantan, sape2 yang xpi solat jumaat kene saman ngn polis..tp xyahlah jadikan masjid tue tempat lepak utk lari daripada kene saman..

ha! yang nie aku baru je tgk..tp rasanya tiap2 jumaat ada kot..selalunya aku rehat masa hari jumaat masa kaum adam solat jumaat..tapi setiap kali aku pi kedai tue..ada je mamat MELAYU+ISLAM nie..datang makan2..minum2..yg muskilnya..die datang masa tgh khutbah, orang dah balik solat pun still ada lagi kat situ...yg nie apa lak maknenya erk.? muskil..muskil..

xpela..itu urusan diowg dengan Allah..aku hanya boleh tengok je..nk tegur xde kekuatan..aku amk yg selemah-lemah iman jela...hihi

meh kite tengok dalil-dalil kewajipan SOLAT JUMAAT nie...


الحمدلله رب العالمين, والصلاة والسلام على أشرف المرسالين وعلى آله وصحبه أجمعين, اللهم هداية للصواب, وبعد..

Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu ‘ain apabila berhimpun syarat-syarat sah sembahyang Jumaat itu.

Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (9)
(سورة الجمعة:9)

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

(Surah al-Jumu’ah:9)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga menjelaskan akan kewajipan sembahyang Jumaat itu sebagaimana sabdanya:

رواح الجمعة واجب على كل محتلم
(رواه النسائي)
Maksudnya: “Menyegerakan Jumaat itu wajib ke atas setiap orang yang bermimpi (baligh).”

(Hadis riwayat an-Nasa’i)



Tersebut di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj: Bahawa syara’ telah menentukan syarat-syarat wajib sembahyang Jumaat itu ke atas setiap orang yang Mukallaf iaitu baligh, berakal, merdeka, lelaki, orang yang muqim, yang tidak sakit dan lain-lain lagi seperti takut, tidak mempunyai pakaian, lapar dan dahaga. Dan tidak wajib Jumaat itu bagi kanak-kanak dan orang gila sebagaimana pada sembahyang yang lain. Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah: “Tidak wajib Jumaat bagi orang yang pitam kerana pitam itu seperti orang gila, dan tidak wajib bagi hamba, perempuan dan orang musafir yang diharuskan, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

الجمعة حق واجب على كل مسلم الا أربعة: عبد مملوك أو امرأة أو صبى أو مريض
((رواه ابو داود وغيره)

Maksudnya: “Sembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lain)

Sabda Baginda lagi:

لا جمعة على مسافر ولا على مريض
(رواه البيهقي)

Maksudnya: “Tidaklah (wajib) sembahyang Jumaat itu bagi orang yang musafir dan orang yang sakit.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...