terhebat dari ...piouSpdosH..

Friday, 18 February 2011

Apa Yang Best Bercinta Dengan Blogger

assalamualaikum wahai readers sekalian

dah jemu join segmen abg ben ashaari, kali nk nak join segmen Bro Framestone lak..hihihi



apa erk yang best bila bercinta dengan blogger

  1. boleh main kutuk blog pasangan kita tue..cakap blog die xlawa lah..blog die tuelah..nielah..
  2. mesti setiap masa asyik bukak blog die..asal online je..terjah blog die..then stalker komen-komen entry die. psstt: atq suka jadi stalker nie
  3. boleh gunakan kreativiti kita kat blog die.x pasal-pasal boleh guna sama templete kat blog die..opss..macam pernah buat je..tettt
  4. if ada gahtering, boleh buat peneman masa nak datang..so xdela malu-malu nak join..pastu buat hal sendiri-sendiri..yelah.dah jumpe geng
  5. masa makan kat gathering boleh duduk sebelah-sebelah..tapi xleh la nak manja-manja..haha..damm!
  6. jimat duit masa kuar gathering sama-sama..sebab die belanja..kalo die nak la..hihi
  7. dah dapat masa untuk date bersama-sama masa gathering
  8. kawan die, kawan kita juga, kawan kita, kawan die juga..betol x.?
  9. nanti masa kawen, buat satu hari tue, just panggil bloggers & bloggist je.yela..kawan blogger kan ramai if campur kedua-duanya..
  10. boleh share-share traffic sama-sama..setiap entry..masukkan link die..die pun sama..masukkan link kita..haha

dahla..cukup 10..banyak x bro.? ada lagi nie..tapi malas nak taip da..haha..thanx to Eva Natasha juga..xtaw sebab apa..bro yg suruh letak

LIMA BELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

assalamualaikum wahai readers sekalian

pagi-pagi jumaat nie, atq share pasal agama pulak..dah 2 hari cerita pasal life je..mesti bosan kan.? atq dapat perkara nie dari group Kelab Sahabat Islam di Facebook..ahli group tersebut aktif, selalu pm inbox dengan tazkirah-tazkirah yang bagus...


Dari Ali bin Abi Thalib Ra. dikatakannya, Rasulullah bersabda: “Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala’ pasti akan turun kepada mereka, yaitu:


1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang orang tertentu saja.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami menuruti kemauan isteri

5. Anak mendurhaki ibu bapanya

6. Sedangkan dia berbuat baik dengan teman-temannya

7. Anak-anak menjauhkan diri dari ayah mereka

8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11. Khamar (arak) menjadi minuman di segenap tempat dan penjuru atau merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki .

13. Para penyanyi perempuan disanjung-sanjung

14. Muzik banyak dimainkan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat) terdahulu.

"Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.” (HR.Tirmizi)

Thursday, 17 February 2011

part 2: mini gathering di shah alam

assalamualaikum wahai readers sekalian

baru je update pasal part 1 tadi kan..malas nak tunggu dah untuk part 2 nie.hehe..so layan jela erk..

part 2 nie, atq nak cerita pasal kami makan di kfc extreme park, wall climbing dan flying fox kat xtreme park tue..memang happy sangat-sangat..

ramai yang teruja nak wall climbing & flying fox..dan mungkin kebanyakkannya first time, samalah dengan atq, atq pun first time wall climbing, flying fox xdela..tapi 3 tahun lepas gak la tinggalkan..

atq main 2 2 sekali..flying fox & wall climbing..pergh..masa nak flying fox tue..xdela cuak sangat..tapi masa nak naik kat atas tue..tangga die buat jantungku tercicir kat bawah..terpaksa naik tangga macam nak turun kat longkang yang bawah tanah tue..korang taw x tangga mana yang atq maksudkan tue.? alah yang kecuraman die 90 darjah tue..xtaw gak..cari sendiri la erk..

kami diberi peluang untuk panjat 2 jenis dinding..satu yang senang..satu  lagi yang susah..yang senang tue atq atq dapat tawan..tapi yang susah tue..separuh je tawan..sebabnya tangan dah sakit..betis dah kejang time tue..so..xdapat la..hehe


tapi tahniahla erk sape yang berjaya tawan kedua-duanya..memang hebat la korunkk..



makan di KFC sape punya kamera erk.? xingatlah..hehe
before jadi musang terbang..bak kata ery fariesha

suasana wall climbing
kecederaan yang atiq salleh dapat
photogedixx ramai2..selamat xruntuh wall belakang tue..hahaha

close up muka yang hadir, kredit gambar tue aizuddin
ok..tamat sudah cerita pasal mini gathering di shah alam..tapi semua persoalkan..mini ke..sampai 50 orang yang hadir..


sebenarnya atq target dalam 20 orang je yang hadir, tup-tup sampai 50 orang yang hadir..sebenarnya lebih, tapi ada yang xtulis attendent..so ada nama kat atq 50 orang je...memang xsangka sambutan begitu menggalakkan..kalau xsilap..atq pernah cakap kat kak faten rosli, event kat shah alam nie..atq nak buat macam kat event kat TS 30 january ari tue..atq nak bagi die rasa macam mana perasaan bila dah berkumpul dengan members Sahabat Blogger nie..hehe...


terima kasih daun keladi kat semua yang bagi kerjasama kat atq..even atq sorang-sorang yang uruskan event nie..tapi disebabkan korunkk..event nie sangat bermakna..sayang sangat kat korunkk-korunkk nie..


next event : paint ball, go kart, bbq, or xde..tengok dulu camne k..akan dipikirkan kemudian..ehehe..


pssttt: nak baca part 1 & siapa yang hadir x.? klik ini <link> dan ini <link>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...