terhebat dari ...piouSpdosH..

Friday, 11 December 2009

raya korban 1430/2009

28 November 2009, paklang buat korban kat kampung aku, kat kampung bukit belimbing..1st time wat cmtue..mayak syok...

before sembelih n semasa buang kulit




sesi melapah daging


GEMPA BUMI DI PADANG SUDAH TERCATAT DALAM AL-QURAN


gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september 2009 tempoh hari ialah tepat pukul 5.16 petang (17.16) dan gegaran kedua berlaku pada pukul 5.58 petang (17.58)..

sementara esoknya pada puul 8.52 pagi berlaku lagi gegaran susulan di Jambi..apabila kita selaraskan masa berlakunya gempa bumi dengan surah dan ayat Al-Quran, kita akan temui persamaanya seperti berikut:-

"pukul 17.16 bersamaan dengan surah ke-17, ayat ke-16. pukul 17.58 bersamaan dengan surah ke-17, ayat ke-58 dan pukul 8.52 bersamaan dengan surah ke-8, ayat ke-52"

TERJEMAHANNYA:

17.16 (Surah Al-Israa' ayat 16)
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (Surah al-Israa ayat 58)
"tak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami yang membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Loh Mahfuz) "

8.52 (Surah al-Anfaal ayat 52)
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengiktnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya "

"Suatu bencana itu turun adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sebab. Selain faktor geologi, kejadian gempa bumi di Padang terjadi adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri "(Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin)

Pengalaman Dr. Tajul sendiri semasa berkunjung ke Indonesia sebelum ini mendapati, Indonesia memang dikenali sebagai negara Islam yang mempunyai bilangan Umat Islam terbesar di dunia.

Tetapi dengan apa yang beliau lihat. Lelaki dan perempuan bebas bergaul, bersekedudukan tanpa ada apa-apa pertalian walhal mereka ialah orang Islam. Selain itu, rasuah berleluasa di sana sama ada daripada golongan bawahan ataupun golongan atasan.

Beliau mendapati jurang ekonomi rakyat disana tidak seimbang. Orang kaya terlalu kaya manakala orang miskin terlalu miskin.

Dr. Tajul menyatakan, Malaysia juga tidak akan terlepas daripada mengalami bencana gempa bumi suatu hari nanti jika maksiat dan perkara mungkar terus berleluasa..

Jika dilihat dari segi geologi, Malaysia mungkin akan mengalami bencan gempa bumi berskala besar dalam masa 100 atau 200 tahun lagi.

Kajian mendapati, plat-plat tektonik (kerak bumi) sedang bergerak menghala ke Malaysia akibat gempa bumi yang sering terjadi di negara jiran. Malaysia bernasib baik diselamatkan oleh pulau-pulau besar yang mengelilingi Malaysia..

rujukan : Mastika Disember 2009

Thursday, 26 November 2009

KUIS BALAS BALIK (KPT LULUSKAN KENAIKAN HARGA YURAN)

Kenaikan yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dibuat selepas persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata seorang pegawainya.

"Isu kenaikan yuran, kita ikut KPT. Sebarang kenaikan setiap yuran akan dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah (KUIS) dan mendapat persetujuan mereka.

"Kadar yuran yang dikenakan, telah dipersetujui oleh kementerian. Sebarang kenaikan, kita kena mohon kepada KPT," kata eksekutif pemasaran kolej itu Raja Nor Ashikin Raja Ramli kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan kira-kira 40 pelajar KUIS yang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin yang menggesanya campur tangan berhubung isu kenaikan yuran pengajian peringkat diploma dan ijazah.

Mulai 2007, pelajar diploma membayar RM2,500 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM1,000. Manakala pelajar peringkat ijazah sarjana muda membayar RM5,000 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM2,500.

Raja Nor Ashikin juga berkata, Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Mahasiswa KUIS Mohd Khairi Hussin pernah mengadakan pertemuan dengan pelajar pada 10 November lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu kenaikan yuran pengajian.

Bagaimanapun pegawai pemasaran itu tidak pasti dengan hasil dialog tersebut – yang turut disertai oleh kumpulan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang ke pejabat menteri besar itu.

Tambahnya, KUIS juga memberi diskaun yuran pengajian kepada pelajar cemerlang yang mendapat jumlah markah purata terkumpul CGPA sebanyak 2.8 ke atas.

"Kita juga mengenakan yuran diskaun, bagi pelajar yang cemerlang, iaitu mengurangkan yuran pengajian mereka.

"Sebagai contoh, pelajar yang mendapat jumlah mata 3.5 ke atas, mereka diberi yuran diskaun sebanyak 15 peratus.

"Pelajar yang mendapat mata 2.7 ke bawah, tidak ada potongan," katanya.

Pegawai KUIS itu juga berkata, insitutusi juga turut mencetak dalam borang permohonan mengenai struktur yuran bagi kedua-dua peringkat untuk diisi oleh pemohon.

"Kami tidak ada apa-apa yang hendak disorok," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas memorandum tersebut petang ini, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan bebanan yuran pengajian setelah mendengar penerangan daripada kedua-dua pihak.

"Kita akan dengar bukan sahaja daripada mahasiswa KUIS, tetapi mahasiswa lain juga, kita akan dengar.

"Mereka mesti mempunyai alasan yang munasabah yang mereka akan utarakan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam petang ini.

"Kerajaan negeri prihatin dan cuba untuk menyelesaikan masalah (ini), di samping cuba memikirkan kerana pengajian tinggi ini memerlukan dana-dana yang banyak, antara dana yang diperlukan adalah kutipan yuran tersebut".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...