terhebat dari ...piouSpdosH..

Thursday 30 June 2011

Kembar Seiras, Tapi Berlainan Agama

assalamualaikum wahai reader sekalian...


pelik tak.?? kembar.. tapi berlainan agama... tak mungkin yang sorang tue tukar agama lain.. orang malaysia taw.. ingat senang-senang ke nak tukar agama kat malaysia nie.. susah.. hurm...

Kisah Benar!

SETELAH SEKIAN  LAMA MENCARI DALAM PELBAGAI CARA DARI SuRAT KHABAR, MEDIA2HIBURAN, JEJAK KASIH,  TAUTAN KASIH DLL AKHIRNYA KEMBAR YG TERPISAH INI BERTEMU JUA AKHIRNYA, DISAAT-SAAT YG  MANA UMUR  MASING-MASING SUDAH MENINGKAT.  

WALAUPUN BERLAINAN  AGAMA, FAHAMAN DAN KERJAYA, DARAH YG MENGALIR  DITUBUH KEMBAR NI MEMBUAT KAN  KREW JEJAK KASIH TIDAK JEMU-JEMU MENCARI INFO AGAR KEMBAR INI DAPAT DI KETEMUKAN SEMULA.  

(UTK PENGETAHUAN UMUM TV3 SUDAH DPT MENGESAN DARI AWAL LAGI AKAN TETAPI  ATAS KESIBUKAN YG DI ALAMI OLEH KEMBAR SEIRAS INI MAKA JADUAL UTK DIKETEMUKAN TERPAKSA Di DI WAR-WARKAN DAHULU)  

BERITA  TERKINI KEMUNGKINAN BESAR SI KAKAK YG BERADA DI MALAYSIA  AKAN MELAWAT SI ADIK YG BERADA DI   HONG KONG .

SEMOGA MEREKA BERTEMU... 

sape-sape yang ada terjumpa.. gambar kembar tersebut di bawah nie


























ada sape-sape yang pernah nampak tak?? huhu.. jangan marah atq.. sebab atq pun terkene jugak.. hehe.. sekadar hiburan malam... :)

Lepas Gastrik, Sakit Kepala Pulak

assalamualaikum wahai reader sekalian..


hurm.. dah masuk 4 hari atq sakit pale.. hurm.. sakit belah kanan... lagi-lagi bila stress.. lagi rasa sakit... kalau sakit je.. mam panadol then terus tido... dan 4 hari juga lah rasa tak sedap badan.. yela.. kepala sakit.. badan pun tak sedap...

pastu tadi ada masa pi klinik... jumpa doktor.. check tekanan darah.. alhamdulillah ok.. tak pape.. hurm.. cuma myb ada migrain sikit... dapat ubat tahan sakit.. dapat ubat migrain..

pastu mintak doktor ubat gastrik yg air kapur tue.. apa yang die bagi.. ubat kunyah.. adoiii.. malasnya nak mam ubat tue... appoinment kat hospital putrajaya dah takde.. kene mam ubat yg dapat kat klinik pulak.. dugaan..

kembali ke rutin harian sebelum nie.. kene makan ubat... grrrr... perkara yang paling tak suke... arghhh!!!


#3 SPONTANEOUS THURSDAY by Forever Love

assalamualaikum wahai reader sekalian..



"APA YANG AKU DAH BUAT MALAM TADI.. MEMALUKAN JE.. HURM..."

Wednesday 29 June 2011

Apabila Al-Quran Tidak Menjadi Pegangan

assalamualaikum wahai reader sekalian..


entry atq  yang berkenaan Apabila Bapa dan Anak Bersedudukan, Hukumannya Hanya Denda, Berbaloikah.??  membuatkan atq berpikir-pikir.. cmne perkara sebegitu boleh berlaku.. iman tak kuat.. syaitan terlalu besar...

hurm.. alasan semata-mata.. itulah manusia.. suka mencari alasan... hurm.. dari pemerhatian atq.. dari apa yang atq pikirkan.. dari apa yang atq baca.. kita nie dah semakin jauh dengan al-Quran.. dengan kitab Allah.. dengan mukzijat Nabi SAW yang kekal sehingga hari Kiamat..

daripada abu hurairah r.a, Nabi saw bersabda : "bukanlah daripada golongan kami orang yang tidak melagukan al-Quran" (riwayat al bukhari)

tanya pada diri kita.. bila kali terakhir kita membaca al-Quran.. semalam kah.? seminggu lepas kah.? sebulan lepas kah? atau.. masa kita sekolah dulu.... sape yang menjadikan al-quran sebagai satu bacaan harian.. alhamdulillah.. teruskan.. sape yang dah lama tak sentuh al-quran.. tanya pada diri kita... bila kita nak sentuh al-quran kembali..

hurm... ramai yang bersembahyang.. tetapi masih tak menutup aurat.. banyak dah atq jumpa.. solat kat surau shopping complex. tapi free hair.. sayangkan?? cuba kita tanya die. baca quran tak.. kalau die baca quran.. alhamdulillah... kalau tak.. mungkin sebab tue..

pengalaman atq masa kat mekah.. ada la dalam 2 kali.. imam menangis masa solat.. masa die baca surah.. teresak-esak die menangis.. sampai sebegitu sekali imam tersebut menghayati ayat al-quran.. kita.. sekadar baca.. hayati.?? susah...

ada satu cerita dalam solusi isu 31, seorang sahabat khalifah, tak boleh nak makan sebab sahabat tersebut teringat tentang makanan dan minuman di neraka.. 3 hari sahabat tersebut tidak makan.. setelah dipujuk oleh khalifah, akhirnya die hanya menghirup sup.. adakah kita sebegini.???

sedar tak kita semua nie.. kita hanya melakukan amalan yang wajib.. yang sampingan?? susah kan nak buat.. ambillah sedikit masa kita.. selepas solat magrib atau solat subuh.. baca lah quran.. walaupun hanya sepotong ayat.. dan untuk lebih penghayatan.. baca tafsir al-quran.. tapi jangan tersalah pilih pulak..

tepuk dada.. tanya iman.. setinggi mana iman kita.. selalulah berdamping dengan al-quran yang ada tafsir.. sekurang-kurangnya kita tahu apa yang dibaca...

#5 Wordless Wednesday By Foreverlove

assalamualaikum wahai reader sekalian..



Tuesday 28 June 2011

Apa Yang Dikatakan Dengan Cinta

assalamualaikum wahai reader sekalian...


atq jumpa note yang best untuk dishare.. jom layan...

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


'Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri'



Sebulan Menjadi Penganggur, Akhirnya Terbuka Hati Untuk Bekerja

assalamualaikum wahai reader sekalian..


huhu.. dah masuk 3 minggu duduk rumah tanpa membuat apa-apa.. hanya masak je masa duduk kat rumah nie.. sementara tunggu keputusan permohonan upu nie sebenarnya.. so. mood untuk bekerja takde. haha.. even bos tempat lama risik semula.. suruh kerja kat company lama.. malas la.. kene kerja sabtu ahad.. OT hari-hari.. pastu gaji takde la lebat mana..

tadi dapat mesej dari kakak.. katanya kene bagi rm400 untuk tambang flight... pergh... mana nak dapat duit nie.. nak korek kat mana pulak... hurm.. kene keje la jawabnya.. hehe..

dah try cari da sebelum nie.. tapi tue la.. atq nie cerewet.. taknak kerja yang kene kerja sabtu dan ahad.. haha.. macam kerja kat kedai... sebab atq dha set dalam minda nie.. sabtu ahad nie hanya untuk berehat di rumah... huhu.. tapi dah kene bayar rm400.. kene cari keje gak nie.. huhu..

esok baru nak cari keje.. takpela.. even kene keje 2 bulan pun.. atleast dapat menampung duit topup.. haha.. doakan atq dapat keje ye.. hehe.. plan nak keje kat kedai buku... ahad dengan cuti umum tutup.. best la tue kan... malam pun tak bukak.. amacam.?? ok tak keje kat kedai buku.. ok la kan.???

Monday 27 June 2011

Lagi Pasal Propaganda Illuminati, Yahudi, dan Freemason

assalamualaikum wahai reader sekalian...


atq dapat lagi event kat fb.. event die sekadar suruh tengok blog die.. cakap pasal Ringgit Malaysia ada simbol Illuminati..

hurm.. dari apa yg atq baca.. tak salah jika die nak bongkar perkara nie.. even perkara nie dah lama.. tapi manusia.. perkara lama mudah lupa.. lagi-lagi benda yang tak berkaitan... so... memang tak salah pun nak bongkar or cerita balik perkara nie... jangan lah marah orang yang buat event tue ye.. die hanya ingin berkongsi.. 

duit kan.. takkan disebabkan ada simbol berkaitan illuminati.. kita dah taknak guna duit tue.. abis.. nak bayar barang yang kita beli camne.?? guna duit syiling.?? sanggup ke bawak duit syiling sampai ratusan ringgit.. tue kalau beli barang dalam ratus-ratus.. abis.. kalau beli barang yang harga die ribuan ringgit.. nak bawak syiling banyak camtue.. mau kene tahan dengan polis.. disyaki songlap duit.. hurm..

tapi ini bergantung pada diri kita.. kalau taknak guna.. pandai-pandai la cari alternatif lain... tapi ada tak kita pikir... dalam kehidupan harian kita.. sekeliling kita... mesti ada orang buat SIMBOL-SIMBOL YAHUDI.. macam simbol rock.. simbol peace.. macam-macam lagi la simbol yang yahudi perkenalkan... kita tahu perkara nie.. tapi ada kita cuba untuk tidak menggunakannya.??

ada kita tegur orang jangan guna simbol-simbol camtu?? lagi kita buat adalah kan... so.. mana yang lebih utama untuk kita elakkan.?? pikir-pikirkanlah ye...


Tips Untuk Mencantikkan Tubuh Badan

assalamualaikum wahai reader sekalian..


sini..sini.. atq nak bagi tips lagi nie.. petua nie baik punya.. betul.. kalau ikut betul-betul.. takde main skip-skip... jom baca apa petua die..

1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka
yang kelaparan.

4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari.

5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,
dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain,
perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan
semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,
akan senantiasa ada tangan terulur.

7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan,
satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk
tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di
matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni,
terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang
dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

betul tak apa yang ditulis tue.. hihi.. betul la kan..apa lagi.. amalkan lah ye..

Sunday 26 June 2011

Kisah Perjalanan Rasulullah SAW Semasa Israk Mikraj

assalamualaikum wahai reader sekalian..


tengah-tengah blogwalking.. atq terjumpa satu vlog.. best vlog nie... cerita berkenaan peristiwa israk mikraj...

semasa Rasulullah dalam perjalanan Israk Mikraj.. Rasulullah terjumpa dengan 4 golongan... dan golongan yang Rasululluh jumpa adalah..

1. Golongan yang sedang bercucuk taman.. tanpa berhenti.. taman, tuai, taman, tuai
2. Golongan yang menghantukkan kepala ke batu sehingga pecah, elok balik, pecah balik
3. Rasulullah Terbau yang sangat harum
4. Kaum yang menggunting lidah

nak tahu lebih berkenaan 4 perkara tersebut... jom pi tengok vlog blogger nie..

Walaupun Hanya 6 Orang.. Event Tetap Rancak

assalamualaikum wahai reader sekalian..


dah release tension dah.. walaupun hanya dapat jumpa 5 orang.. huhuh.. best.. atq naik bus dari kuala selangor.. then naik moto dari klang ke jusco bukit tinggi...

kali nie atq terasa bermakna.. sebab semua blogger yang hadir atq tak pernah jumpa.. so.. memang jadi sesi berkenalan la..

tapi kesian shey pull... sorang laki yang datang.. hihi.. dah jadi bodyguard kami dah.. asyik kene buli je.. maaf la ye shey pull...

selamat naz cci bawak abe die.. so takde la shey pull keseorangan.. hihi.. thanks kat fiza samardi sebab tompang kan atq naik moto.. hihi.. si syazrina kuya nie.. sampai ponteng kelas menjahit sebab nak jumpa atq.. haha.. perasan sudah.. hihi.. yang si nana pulak.. 3 hari berturut-turut pergi jusco bukit tinggi... hihi..

nway.. jumpa korang memang best.. tapi cian hasif zul.. tak dapat datang.. sebab kene hantar mak die ke KLIA.. next time kita jumpa k hasif..

nana & fiza

kuya.. pandang sini la

fiza, kuya, sheypull

hahaha.. tengok.. tak perasan dah besar


antara blogger yang join :-

* nak tunggu gambar dari naz cci nie.. hehe

Saturday 25 June 2011

Jangan Buat Orang Yang Mencintai Kamu Kecewa

assalamualaikum wahai readers sekalian..


jalan-jalan kat home fb.. jumpa lagi note yang best untuk dishare.. jom baca apa yang atq nak share nie.

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


 2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


 3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


 4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


 5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


 6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


 7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


 8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


 9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


 10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


 11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


 12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


 13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


 14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


 15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


 16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


 17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


 18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


 19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


 20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


 21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


 22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


 23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


ada yang terkene tempias tak dengan perkara-perkara kat atas nie.. hihi.. kalau ada.. cepat-cepat luahkan perasaan tue ye

sumber : Jangan Buat Orang Yang Mencintai Kamu Kecewa

Friday 24 June 2011

Review Filem : Rasuk

assalamualaikum wahai reader sekalian...


sorang-sorang pun jadi... hehe.. hari nie.. hari kedua tayangan filem rasuk nie.. dan hari nie.. atq pecah rekod sendiri.. tengok cter seram sorang-sorang.. seat sebelah kanan dengan sebelah kiri takde orang.. means. sebaris tue.. atq duduk sorang-sorang... memang marvelous... hihihi

hurm.. cter nie not bad..ok.. boleh tahan.. bagus cerita nie.. awal-awal lagi dah menunjukkan kebesaran al-quran.. takde la hantu yang tak logik dek akal nie.. nama pun rasuk.. camtue la.. hihi...

tak rugi la tengok cter nie sorang-sorang.. hehe.. jom baca sikit sinopsis cter nie.. nak tahu lebih... kene la tengok...



Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.
Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’. [READ MORE]
tak rugi tengok kat pawagam.. hehe.. bagi atq la.. orang lain.. ?? kene tanya diowg la..

Thursday 23 June 2011

Amalan-amalan Sunat Hari Jumaat

assalamualaikum wahai reader sekalian..


jom kita perbanyakkan amalan sunat kita masa hari jumaat nie.. tapi jangan sampai amalan wajib tertinggal pulak ye..

1. memperbanyakkan selawat pada malam jumaat dan siang jumaat

> sabda Rasulullah saw : "perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat dan memberi salam kepadanya sepuluh kali" (riwayat al-baihaqi)

2. membaca surah al-kahfi hari jumaat atau malam jumaat

> Rasulullah saw bersabda: "sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua jumaat" (riwayat al-nasa'i dan al-baihaqi)

3. mandi sunat, berhias, bersiwak/bersugi, dan memakai wangi-wangian

> Rasulullah saw bersabda: "sesungguhnya hari ini (jumaat) ialah hari raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin, sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi, jika memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. hendaklah kalian bersiwak" (riwayat ibnu majah dengan sanad hassan)

4. bersegera menghadiri solat jumaat

> terdapat ganjaran yang berbeza bagi mereka yang pergi ke masjid pada hari jumaat. waktu masuk ke masjid di awal waktu seolah-olah berkorban seekor unta, waktu kedua seolah-olah berkorban seekor lembu, waktu ketiga seolah-olah bekorban seekor kambing kibas, waktu keempat seolah-olah seekor ayam dan waktu masuk ke masjid pada akhir waktu seolah-olah bekorban sebiji telur..

5 berusaha duduk dekat dengan imam semasa solat jumaat

> rasulullah saw bersabda : "hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam, sesungguhnya seorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun memasukinya" (riwayat abu daud dan al-hakim)

so.. dah tahu kan.. apa lagi.. jomlah perbanyakkan amalan sunat kita pada hari jumaat nie..

sumber : solusi isu 27

Tak Suke Tengok Drama Melayu

assalamualaikum wahai reader sekalian..


hari nie.. hari pertama atq tengok cerita dewa cintaku.. pergh!! tak best langsung.. terus tukar chanel lain.. tah pape... 

sejujurnya,... atq tak suke tengok drama melayu.. filem melayu ok lagi.. sebab tue atq boleh tengok filem melayu kat wayang.. atq tak suke tengok drama melayu nie sebab.. mesti ada orang kaya yang melampau..

maksud melampau kat sini bukan apa.. satunya pasal harta.. konon sanggup beli kete sport yang gler mahal... pastu boleh upah orang main culik-culik.. bayar orang supaya tinggalkan anak die.. mak aiii.. bosan der... boleh dikatakan kebanyakkan drama melayu cmtue.. jalan cerita yang sama.. bosan.. bosan.. bosan..

dah takde jalan cerita lain ke.?? asyik-asyik kaya.. naik kete besar gler.. ada pangkat dato bagai.. huhuhu.. main control-control orang.. hurm... 

tah la.. drama melayu nie.. makin lama makin bosan.. dah tak best.. sekarang nie.. boleh dikira berapa cerita yang atq follow betul-betul.. yang lain tue..sekadar tengok kejap-kejap.. tengok 5 ke 10 min.. lari dah.. bosan..

maaf la ye kepada pengarah-pengarah drama melayu yang kat luar tue kalau terbaca entry nie.. haha.. hanya luahan hati je...

168 yang Telah Disoal Kepada Saya

assalamualaikum wahai reader sekalian..


check email hari nie.. banyak nya dapat dari formspring.. dah lama tak bukak..last bukak 5 bulan lepas.. haha.. 

soalan yang diowg tanya pun berkenaan 5 bulan lepas.. macam movie apa yang best sekarang nie.. lagu apa yang seronok sekarang.. doa kan saya.. nak exam nie.. macam-macam..

tak lepas jugak dari soalan tentang percintaan... pergh!!.. berlambak.. macam-macam tanya.. apa yang sesuai.. luahkan perasaan ke pendam perasaan.. pasal perigi cari timba.. hurm.. jawab jela...

ada gak yang tanya pasal prefer pakaian yang berjenama ke tak... atq mana mampu beli yang berjenama nie.. beli mana yang mampu jela.. mana yang murah.. yang selesa dan yang penting.. menutup aurat.. ye dak.??

siap ada yang suruh follow blog tue.. memang terbaikk la.. sape tah..atq pun tak sure sape.. jawab je tadi... tak tengok pun sape yang tanya.. hahaha



ramai pulak follower atq kat formspring nie.. even tak bukak lama dah.. haha.. 

" Wacana Entri Pertama Ku"

assalamualaikum wahai reader sekalian..


waaa.. PEMBAWA WACANA nak tengok entry pertama atq la.. malu nya nak tunjuk.. huhu... tapi takpe.. sporting der,, jom tengok apa entry pertama atq di arena blogging nie..

klik sini kalau nak join
"assalamualaikum...kawan2..petang nie paper last aku untuk final short sem nie...tp aku xyakin sangat sama ada aku boleh buat or x..tp aku kene yakinkan diri aku yang aku boleh...aku dah study..tp satu pe pun aku x paham...hahahhaahda macam xstudy kan..tp xpe..aku cuba buat yang terbaik untuk paper petang nie...huhuhuhu...chayok3 atiq" [READ MORE]

muhahaha.. malunya saya.. haha 

#2 SPONTANEOUS THURSDAY by Forever Love

assalamualaikum wahai reader sekalian...


"AKU RINDU DAN  TAK SABAR TUNGGU MINGGU DEPAN :)"


Wednesday 22 June 2011

Orang Jawa Ada Berpesan

assalamualaikum wahai reader sekalian..


tadi.. atq selongkar la home fb atq.. pastu terjumpa note dari Dr Fadilah Kamsah.. tajuk note tue..

Pesanan Orang Jawa....

"As salam wahai konco-konco karo sedulur. Mogo di paringi waras. Wong sing apik, hati ne mulio, mikir sing bening, ngomong sing bener, nolong wong susah, sedekah sing okeh dan ikhlas. Orak nyusah ke wong lain, kerjo ne kenteng, urep pe menyumbang, mati ne akeh wong kangen. Mogo doso di ampuni Pengeran."

maksud die.?? atq tak nak bagi.. ahahah.. jom ramai-ramai cari maksud die..


#4 Wordless Wednesday By Foreverlove

assalamualaikum wahai reader sekalian..




Tuesday 21 June 2011

Tips Mendekatkan Jodoh

assalamualaikum wahai reader sekalian..


atq ada tips baekk punya nie.. hehe.. jom baca... jangan lupa amalkan ok..

= = = = = 

1. Berdoa Bersungguh-sungguh dan Berusaha dengan Tepat

> Jodoh ditangan Allah, tetapi kita wajib untuk mendapatkannya.. gunakan pelbagai usaha dan ikhtiar yang dibenarkan syariat kemudian berdoa dan terus berdoa.. sertakan dengan tawakal, InsyaAllah mendapat jodoh yang diimpikan..

2. Amati Orang Disekeliling Anda

> mungkin kita terlepas pandang dengan orang disekitar kita.. mungkin mereka salah seorang wanita atau lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman kamu.. lumrahnya kebanyakkan jodoh kita tidak jauh dari kita, namun masih ada kemungkinan seseorang itu berjumpa dengan orang yang jauh..

3. Tidak Mudah Patah Semangat

> Sabda Rasulullah SAW "Allah membenci kepada orang yang patah semangat tetapi syaitan menyukainya"
kebanyakkannya, orang mudah putus asa dalam soal jodoh ini.. tanggapan negatif yang asyik berlegar di minda hanya menyebabkan jodoh sukar ditemui..

4. Mengisi Hati dengan Ibadah Tertentu

> setelah menyucikan hati, kita perlu fokus terhadap tindakan untuk mempertahankan kejernihannya dengan ibadah tertentu... ibadah ini walaupun sedikit, tetapi mampu dilakukan secara ikhlas dan istiqamah, mampu menjadi benteng pertahanan terhadap seseorang yang terus mengekalkan kesucian hati daripada sifat mazmumah..

5. Menyayangi Semua Orang di Sekitar

> orang yang penyayang akan menarik orang lain sayang padanya.. semua orang di sekitar perlu disayangi dan dihargai agar kita dihormati

6. Menyucikan Hati

> perlu perbanyakkan muhasabah diri, bertaubat, beristigfar dan memaafkan orang lain.. hati yang bersih akan memancarkan sinar ketulusan di wajah seseorang menyebabkan seseorang itu sejuk dipandang.. maka mudahlah orang akan jatuh cinta terhadapnya..

7. Sentiasa Bersedia Bertemu Pasangan pada Bila-bila Masa

> tanggapan pertama itu penting.. persiapkanlah diri kita dalam keadaan kemas, bersih, wangi dan ceria walau dimana kita berada.. kita tidak dapat menolak kemungkinan bahawa di satu tempat yang kita pergi itu mungkin menjadi tempat pertemuan pertama dengan bakal pasangan kita

8. Cuba Melengkapi Ciri-ciri Lelaki dan Wanita Idaman

> perbaiki segala kelemahan dengan segala kebaikan.. cuba sedaya upaya memasukkan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau lelaki idaman ke dalam diri sendiri.. sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman, bakal pasangan kita juga turut mengimpikannya.. maka coraklah langkah bermula dengan diri kita untuk menjadi insan yang diimpikan oleh seseorang..

= = = = = 

huhu..dapat tak apa yang atq nak sampaikan.. amalkan lah.. semoga si dia menjadi jodoh kita.. hingga ke hujung nyawa.. amin..

sumber : Dato' Fadilah Kamsah, Solusi isu 31

Seperti Dipersalahkan Dalam Entry UIA Bakal Menjadi Sarang Pelacur

assalamualaikum wahai reader sekalian...


hurm.. semalam atq ada buat entry pasal UIA Bakal Menjadi Sarang Pelacur.. dan apa yang atq dapati.. atq seperti dipersalahkan...

dalam entry tue.. atq dah cakap awal-awal yang bukan atq yang buat pasal nie.. atq just copy paste.. ye.. memang tak dinafikan.. semua universiti ada masalah camni.. tempat atq belajar dulu pun ada.. siap kene tangkap khalwat kat hotel nilai lagi.. so.. sama gak macam masalah yang berlaku di UIA..

mungkin disebabkan nama ISLAMIC.. orang highlight lebih.. tak semua yang masuk uia tue.. ada basic agama yang kuat.. ada yang kurang agama.. dan dapat tawaran di sana.. diowg sambung la study kat sana.. so.. memang akan ada yang free hair.. yang rambut berwarna-warna.. sama juga dengan tempat atq belajar.. free hair.. rambut berwarna.. pakai singlet masa keluar outing.. tukar baju kat KTM Bangi.. semua atq pernah nampak...

sebab tue adanya peribahasa.. "kerana nila setitik.. rosak susu sebelanga.." disebabkan segelintir yang buat.. satu nama yang besar terkene tempias..

atq suke entry dari Kaizen.. entry mengulas semua apa yang diperkatakan... sebab tue.. di akhir entry atq.. atq cakap.. "hope apa yang atq baca nie.. tak betul.. dan tak mungkin akan berlaku... nauzubillah mi zalik.." sebab family atq majoriti gradute dari UIA.. alhamdulillah.. masing-masing berjaya dalam agama.. dalam kehidupan..

jika entry atq sebelum nie menimbulkan kontrovesi.. atq mintak maaf.. dan itu bukan dari hati atq.. itu hanya copy paste.. atq pun tak bersetuju 100% dengan apa yang diperkatakan oleh pembuat spekulasi tersebut...

Apabila Bapa dan Anak Bersedudukan, Hukumannya Hanya Denda, Berbaloikah.??

assalamualaikum wahai reader sekalian..

dari siang tadi atq nk buat entry nie.. tapi disebabkan ada hal yang perlu diuruskan.. so atq plan buat malam nie.. hurm..

atq baca entry nie dari blog KECHIK ITU COMEL... die pun amik dari harian metro semalam.. atq tak cakap dah apa yang bapak dengan anak nie buat.. tapi atq nak ulas sikit...

hurm.. kalau bapak dengan anak dah melakukan perkara yang sumbang... siap ada anak.. anak diowg tue pangkatnya apa ye.?? apa yang diowg nk panggil bapak diowg... hurm.. payah-payah.. kene buat gelaran baru nie..

tapi apa yang atq kesal kan.. diowg cuma didenda beberapa ribu...penjara apabila gagal membayar denda tue.. hurm.. patutla perkara sebegini makin lama.. makin menjadi-jadi...

yela.. tiap kali disabit kesalahan.. denda jela.. mungkin bagi orang yang kurang berkemampuan tue susah la nak bayar.. tapi bila duit tue hanya untuk lapik tido die.. setakat 6k.. tiap-tiap hari pun die boleh bayar.. patut ke hukuman orang yang melakukan perkara sebegini hanya didenda dengan dengan duit.??

pastu mahkamah tak bagi anak die duduk serumah dengan ayah die.. hurm.. mungkin itu boleh menghalang dari buat perkara sumbang tue.. tapi kalau dah sangap.. mungkin lahir anak keempat.?? hurm...hukuman yang dibuat manusia.. tak pernah perfect.. 

satu lagi berkenaan pembantu indonesia yang bekerja di Arab Saudi (Mekah) dikenakan hukuman pancung atas kesalahan membunuh isteri majikannya... mendapat kencaman daripada pihak Indonesia..

alasannya.?? tak mematuhi amalan antarabangsa.. sepatutnya kene ikut mana?? Allah ke pemimpin negara-negara yang ada kat dunia nie... die membunuh di Mekah.. Mekah tempat suci.. tanah haram bagi bukan islam.. takkan nak membiarkan kesalahan yang ada dalam hukum hudud...

hurm.. nie la zaman sekarang.. lebih takut kan manusia dari takutkan Allah... kita yang masih sayang kan Islam.. mintak dijauhkan dari perkara-perkara sebegini.. semoga kita sentiasa berada di jalan yang Lurus... Amin..

sumber : Pembantu Rumah Indonesia Jalani hukuman Pancung

Monday 20 June 2011

UIA Bakal Jadi Sarang Pelacur

assalamualaikum wahai reader sekalian...


jangan marah atq.. jangan cepat melatah.. atq terjumpa note kat FB tadi... tapi apa yang atq baca.. harapnya tidak la ye... mintak dijauhkan..

jom baca apa yang die tulis..

Saya merupakan seorang pelajar master jurusan IRK di UIA. Sebelum ini mengambil jurusan Usul Fiqh di sebuah universiti yang lain. Sebelum berpijak kaki ke UIA, saya dikhabarkan dengan bermacam-macam cerita menarik dan biah solehah yang menyejukkan hati saya mendengarnya.

Di UIA, ada banyak kuliah agama dan kelas pengajian kitab di luar kelas. Pelajar perempuan semuanya menutup aurat dengan baik dan sempurna. Ramai yang bertudung labuh. Muamalat antara lelaki dan perempuan sangat dijaga sehingga Pak Guard akan menyaman sesiapa yang berdua-duaan di mana-mana sahaja.

Setiap kali masuk waktu azan solat 5 waktu, pelajar-pelajar khususnya lelaki akan memenuhi saf-saf solat di masjid dan juga musolla mahallah. Kegiatan dakwah juga aktif dilakukan oleh kumpulan-kumpulan dakwah yang diiktiraf oleh UIA mahupun tidak. Maka hati saya terpanggil untuk meneruskan bidang pengajian saya di universiti Islam ini. Terbayangnya zaman kegemilangan pemerintahan Islam dahulu kala sepanjang perjalanan ke UIA.

Setelah beberapa bulan menjadi pelajar UIA yang sah, semuanya bagai neraka.

Pelajar UIA Dan Hidup Mereka

Lebih kurang separuh pelajar UIA yang berlatarbelakangkan sekolah agama dan separuh lagi dari sekolah harian biasa. Itulah maklumat yang saya dapat, namun tidak mendapat kepastian yang sahih. Namun, semuanya kelihatan sama, bahkan tidak menampakkan sedikit pun ciri-ciri seorang pelajar yang mempunyai asas agama.

Pelajar UIA tidak seperti disangka. Aktiviti menghisap rokok dalam kalangan pelajar lelaki amat sedih, boleh dikatakan seluruh pelusuk UIA menjadi sarang lepak penagih rokok. Sedikit pun tidak tercampak rasa malu atau takut untuk melepaskan asap masing-masing. Kehidupan mereka bebas untuk berbuat apa sahaja. Saya sangat takut kelamaan ketagihan dadah pula menjadi aktiviti utama dalam UIA. Pemakaian seluar pendek pula sudah menjadi kelaziman dalam kawasan mahallah.

Pelajar-pelajar perempuan pula seolah-olah lebih teruk berbanding minah-minah rempit. Mereka merupakan golongan terpelajar dan tahu hukum-hakam agama, namun dalam beratus-ratus berpakaian jubah dan tudung labuh masih beribu-ribu lagi yang memakai baju dan seluar ketat serta tidak bertudung. Memang benar! Pemakaian tudung di dalam kampus UIA sudah lagi tidak diutamakan. Pameran rambut boleh dilihat di mana-mana sahaja dalam UIA.

Islamization? Couple masih berleluasa di dalam UIA. Tidak perlu bercakap soal couple, cukuplah dengan iktilat yang tidak terjaga antara semua pelajar. Mungkin mereka ingat universiti ini seperti kolej di Amerika Syarikat atau London. Anda mungkin boleh mengintai sebagai bukti kata-kata saya ini di kafetaria kuliyyah IRKHS, kelas-kelas, sekitar bangunan Admin atau bangunan Rektor, sekitar Centre berhampiran Masjid UIA, dab banyak lagi. Baru-baru ini pun telah gempar di KAED sepasang kekasih ditangkap kerana sedang beromen. Sedih!

Bebasnya UIA, pelajar-pelajar perempuan tidak malu lagi untuk berada di mahallah lelaki walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Tidak percaya? Bolehlah selidiknya setiap malam di kafetaria Mahallah Ali atau tanya sendiri mak cik kafe. Jika perempun begitu, apa lagi lelaki. Anda juga boleh lihat setiap malam si lelaki menghantar kekasihnya sehingga ke dalam mahallah. Bebasnya!


panjang lagi die tulis.. atq bagi sebahagian jela.. [READ MORE]

hope apa yang atq baca nie.. tak betul.. dan tak mungkin akan berlaku... nauzubillah mi zalik..

Memasak Sampai Jiran Sebelah Tolong

assalamualaikum wahai reader sekalian..


hari isnin bermula kembali.. dan rutin harian akan di buat seperti biasa.. tepat jam 12 tengahari.. kene masak untuk orang kat rumah nie...

bangun je tido.. teringat ada ikan pari dalam peti ais.. plan nak masak ikan pari.. tapi nak masak pe.?? siap mesej adk tanya nak masak pe.. die kata masa asam pedas... waaaa... atq mana reti masak asam pedas.. hurm... takpela.. bantai jela.. malas nak bukak komputer.. search internet resepi die macam mana..

tengok tv dulu... kul 12 je.. tengok ikan pari tue tak berpotong.. ahh!! sudah.. cmne la pulak nak potong ikan pari nie.. amik keputusan.. bawak ikan pari tue.. bawak pi umah wan sebelah.. mintak die potong kan.. sambil tue tanya macam mana nak masak asam pedas...

wan sebelah tue.. siap basuh kan ikan dengan air limau... lumur dengan garam.. dah bilas.. siap letak kunyit ngn garam lagi.. hihihi... wah!!.. dah takyah buat pape da.. hehe.. tinggal masak je....

balik rumah.. terus masak asam pedas.. bantai jela camne pun.. asal warna merah.. rasa masam-masam.. rasa pedas sikit.. haha.. 

sekarang tunggu ibu balik.. nak dengar komen die pe... huhu... takot.. haha.. tengok gambar bawah nie.. jadi tak masak ikan pari asam pedas...

tengok dari gambar. jadi tak atq masak asam pedas.?

Sunday 19 June 2011

Bersama Datin Tyka : “Kenangan Manis Dan Pahit”

assalamualaikum wahai reader sekalian...


join contest lagi.. wee~ tinggal satu je GA yang atq tak join.. hope tak lupa...

nak join.. picit jela
atq nie antara orang yang tak ingat sangat pasal kenangan-kenangan nie.. tapi bila di imbas semula.. boleh la... jom baca kenangan atq masa sekolah.. tak tahu la pahit ke manis...

kalau tak silap.. masa atq form 2.. atq ada rapat dengan sorang budak perempuan nie.. sebaya atq.. kelas je lain-lain.. tapi satu aras la... atq taknak la mention nama die.. huhu... biarlah rahsia...

dari form 1.. sampai lah form 5.. atq duduk asrama.. so orang yang paling dekat dengan atq kompem la kawan.. masa sekolah dulu.. atq mesti ada geng.. dari form 1 sampai form 5...

cerita atq masa form 2.. atq rapat dengan si A nie... pergi mana-mana mesti sama.. nak pergi solat kat surau pun sama-sama.. sanggup tunggu die kat pagar asrama.. nak pergi prep pun dengan die.. mandi kat kolah pun dengan die.. pergh.. memang rapat la..

kadang-kadang atq tolong basuh baju die.. hahaha.. giler tak.?? sampai ada kawan atq yang lain cakap.. atq nie dah macam kuli die.. huhu.. tapi atq buat pekak kan telinga je.. biaq pi apa orang nak cakap... setiap pagi.. mesti atq kejut kan die dari bangun tido.. huhu.. baik tak atq.???

tapi ada satu masa tue.. atq tak tahu macam mana atq boleh gadoh teruk dengan die.. sampai taknak bertembung dengan die.. tak nak tengok muka die.. pasai pa pun atq tak tahu.....

kalau tak silap.. atq sanggup amik jalan lain atau buat-buat tak nampak die.. time tue macam menyampah gler rasanya... hahaha.. ego jugak la atq time tue.. die banyak kali mintak maaf.. tapi atq buat tak layan.. pergh.. dasat...

sampai satu malam tue.. die amik langkah untuk memujuk atq... mula-mula die pesan kat kawan atq.. yg die nak datang dalam pukul sekian.. nak jumpa atq.. tapi sebelum tue lagi atq dah lari dulu.. dah pi toilet.. huhuhu...

pastu..masa dah balik prep.. tiba-tiba die datang.. duduk sebelah atq.. cakap kat telinga atq yang die mintak maaf.. siap nyanyi lagu lagi untuk mintak maaf kat atq... tak ingat dah lagu apa die nyanyi.. masa tue kawan atq lagi sorang ada.. die dok memerhati dari pintu kelas..

apalagi.. mencurah-curah la air mata nie.. sape yang ada kat dalam kelas masa tue.. semua nangis... lepas je die nyanyi untuk atq tue.. atq terus bangun.. pi toilet.. nanges puas-puas dalam toilet.. die still dalam kelas tue juga.. menangis gak.. masa dalam toilet.. kawan atq yang dari tadi dok jadi pemerhati.. bagi advice kat atq.... suruh maafkan si A tue...

atq patah balik ke kelas.. atq pun mintak maaf kat die.. makin bertambah kelajuan air mata nie mengalir.. atq peluk die erat-erat.. alhamdulillah lepas tue.. hubungan kami baik sehingga lah ke kenangan seterusnya..

cerita atq masa form 5... kami satu batch kene buat sambutan hari guru.. tema warna merah hati.. seminggu kami siap kan dewan untuk sambut hari guru.. banyak benda yang kami buat.. balik dorm lewat malam.. lagi-lagi sehari sebelum sambutan hari guru.. tido dalam 3 ke 4 jam je.. dan akhirnya.. sambutan hari guru tue adalah sambutan yang paling best dan meriah sepanjang kami kat sekolah....

nie bunga yang melambangkan kami sayang cikgu-cikgu kami.. belanja besar nie


dan beberapa bulan sebelum exam SPM.. guru-guru kami telah mengadakan satu kem score A.. kat bangi.. tempat lupa pulak.. masa tue.. batch kami yang perempuan tengah berpuak-puak.. geng sana tak suke geng sini.. geng sini menyampah dengan geng sana.. geng situ sokong sini.. geng sinun sokong geng sana...

pastu masa mula-mula taklimat.. geng sana duduk depan.. geng sini duduk kat belakang.. adalah separuh duduk belakang lelaki.. kalau dah duduk belakang lelaki..paham-paham jela kejelasan untuk melihat slide.. terlindung.. pastu bermulanya slot yang pertama.. geng sini datang awal.. nak duduk depan la kononnya.. rupanya geng sana dah cop tempat dari masa taklimat..

masa tue bergadoh besar antara geng sana dan geng sini.. siap teralih kerusi meja yang dah disusun... huhuu.. yang budak baik-baik.. duduk diam memerhati kan je... akhirnya geng sini beralah. duduk belakang.. tapi masing-masing dah sakit hati.. dah marah sangat-sangat.. termasuk lah atq.. huhu.. time tue.. budak laki yang ada dua tiga kerat pun join untuk meleraikan keadaan..

sampai ustazah pun perasan perubahan air muka masing-masing.. ustazah siap tanya atq ok ke tak.. jawab ok jela.. huhuhu... dan hubungan kurang baik tue agak berlanjutan sehingga ke habis sekolah.. hahaha...

ada lagi nie.. nak baca


kenangan dengan keluarga.. atq dah cerita sebelum nie.. tapi atq nak review sikit-sikit je

1.  kisah dolu-dolu :. AKU NAKAL .:

> ceritanya macam nie.. masa atq 6 or 7 tahun mungkin... family atq balik la seremban.. rumah makcik atq tue berbukit.. so memang seronok lah kalau main guling-guling... satu hari tue.. atq main beskal.. tengahari... ibu tak bagi.. yela.. panas kan. main sorang-sorang lak tue.. sepupu atq tak join.. kayuh beskal pusing-pusing kawasan rumah.. pastu masa atq kayuh turun bukit.. then lalu kat jalan antara rumah-rumah tue.. tah macam mana... hilang kawalan... myb setan tolak kot.. haha.. termasuk dalam longkang.. then terkene bucu longkang.. pergh.. terkoyak dahi.. sampai nampak tulang doc kata.. [READ MORE]

2. kisah dolu-dolu :. KENE KURUNG DALAM TOILET .:

dah banyak kali atq kene kurung dalam toilet.. sebab terlalu degil.. haha.. atq memang degil dari dulu sampai la nie.. tapi sekarang dah kurang degil da... sebab dah besar kan.. dah pandai beza baik dan buruk...

atq kene kurung dalam toilet sebab atq selalu balik lewat.. masa tue umur atq dalam 5 tahun ke 7 tahun la... masa arwah abah atq ada lagi... balik lewat tue.. takde la sampai lewat malam.. maksudnya balik dah masuk waktu magrib.. sampai kakak atq kene cari atq kat sekitar kawasan perumahan...

dekat dengan rumah atq ada bukit malawat dan taman alam... dulu kat taman alam.. ada playground best.. besar.. dan mencabar.. kat situ la port atq lepak dengan kawan-kawan atq... harap maklum.. kawan-kawan atq semua laki ye masa tue... kawan perempuan hanya ada di sekolah je.. hahaha... [READ MORE]

panjang bebenor dah nie.. huhu.. maaf je Datin.. Tak sengaja.. hehe.. tak tahu nak tag sape.. nak tag... AMANI, ELIS WANIE, FAHMI MAHAT, kak QASEH DAHLIA

Saturday 18 June 2011

SEGMEN : Bila Rindu...............

assalamualaikum wahai reader sekalian...


dah lama tak kene tag dari blogger lain.. tiba-tiba kak ziana aka BLACKROSES tag atq... ada lagi GA tak buat nie... kontest pun ada gak.. hurm.. nie sebab atq tengah rindu seseorang... segmen dari HIKAYAT CERITA DAKU

nk join.. klik gambarnya
atq tak reti berpuisi.. atq tak kreatif... so atq cerita je jela pape ye..

atq jarang rindu kawan-kawan lelaki.. sebab atq nie jenis yang tak kawan sangat dengan lelaki.. semenjak atq kat unieversiti.. baru atq betul-betul rapat dengan lelaki... huhuhu.. dan sekarang.. takde special dalam hidup.. malas nak pikir...

atq join segmen nie sebab atq memang tengah rindu seseorang... dan die adalah adik angkat atq.. die tempat atq luah perasaan.. die tempat atq berceloteh.. sampai kadang-kadang die hanya iyekan jela apa yang atq cerita.. huhuhu... 

die jadi adk angkat atq masa atq form 3.. masa tue die form 2.. dorm atq dengan die depan-depan.. masa die nak masuk form 3.. die pindah sekolah lain.. kalau tak silap.. kami terus terputus hubungan... sehingga la suatu hari tue.. die add FB atq.. die kata.. lama dah die cari.. tapi tak jumpa.. die jumpa FB atq dari FB kawan atq yang pernah satu kuliah dengan die kalau tak silap...

masa raya haji... tahun lepas.. sebab dah lama tak jumpa.. atq sanggup pergi rumah die.. masa tue just nak tahu rumah die kat mana.. dah sampai umah die.. mak die suruh masuk.. maakkk aiii.. masa tue dah la pakai comot je.. hahaha.. memang selekeh.. takde da baju kurung time tue...

semenjak dari tue.. atq kerap ke rumah die.. bawak di jalan-jalan.. peneman atq dikala kebosanan.. tak bosan pun die teman jugak... cuma masa die kat universiti je.. atq jarang jumpa.. jarang mesej.. tapi tiap kali atq rindu die.. atq tulis kat wall die yang atq rindu die.. die pun sama... 

sebelum atq pergi umrah hari tue.. 2 hari die teman atq.. dari pagi sampai petang.. satu teman amik barang atq kat umah sepupu atq.. satu lagi.. die teman atq pergi appoinment.. sempat la gak bawak die pi jalan-jalan kat putrajaya tue... dan sampai sekarang atq tak jumpa die lagi..

rindu... rindu sangat-sangat... huhu.. even mesej pun.. tapi tak sama... mungkin sebab atq banyak benda nak cerita kat die.. hehe... minggu depan die balik umah.. memang atq akan ke rumah die.. jumpa die.. huhuhu...nak bawak pi pantai remis jeram, kuala selangor...

nie la org yang  atq maksudkan.. yang baju biru tue
* nie hanya entry luahan perasaan.. rindu seorang kakak terhadap adik.. tue je.. takde maksud tersirat

atq nak tag


List Website / Blog yang Bakal di Hack

assalamualaikum wahai reader sekalian...


tadi.. atq blogwalking jap.. tiba-tiba ternampak update dari blog INI KISAH TIA pasal senarai website & blog yang akan di hack... grrrr.. sampai camtue sekali...

antara blog yang tersenarai

http://akmalhilmiseksi.blogspot.com/
http://andyhowtt.gapuranetwork.net/
http://benashaari2.blogspot.com/
http://jejakaterhangat.blogspot.com/
http://gadisterbilang.blogspot.com/
http://cikepal06.blogspot.com/
http://nazirulhazwanws.blogspot.com/
http://publicitypublic.blogspot.com
http://torrenttvdevice.blogspot.com
http://zackzukhairi.blogspot.com
http://wanhazel.blogspot.com/
tue antara yang popular la.. ada lagi senarai kat blog DR. JUNGLE BOY.. nak tahu.. tengok la sendiri.. check url sendiri (ctrl + f, taip URL blog)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...